The best things about memory is making them :)
10 June 2017
Sunday, June 18, 2017
Hantarkan Salam Perantauan Anda
Alhmdulillah, kita sudah berada di 10 Malam terakhir Ramadan bagi tahun 2017. Begitu cepat waktu berlalu dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
Bagi mereka yang berada di luar negara, sepertinya sudah menjadi sesuatu kelaziman untuk menghantar salam perantauan untuk dipaparkan di dada akhbar contohnya Berita Harian. Apabila membaca salam perantaun daripada penduduk Malaysia yang berada di luar negara, ini memberi semangat kepada saya bahawa masih ramai di luar sana yang juga sedang berjuang dalam bidang pelajaran (PhD, Msc, undergraduate) dan bidang kerjaya masing-masing.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menghantar salam perantauan, di bawah adalah email-email yang boleh digunakan untuk tujuan ini:
salamperantau@hmetro.com.my

salamaidilfitri@bh.com.my
http://www.bharian.com.my/ (Gambar seperti di bawah)
Salam Perantaun Berita Harian Online 2017 |
Selamat mencuba :)
Wednesday, May 31, 2017
Sistem Semakan Penyata (Lejar) KPT
Salam Ramadan buat semua pembaca.
Khas untuk semua pemegang biasiswa SLAB/SLAI terutama bagi luar negara. Apabila elaun masuk ke dalam akaun, itu adalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua. Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memilih dan menaja kami. :)
Namun, ada kalanya elaun yang diperolehi adalah berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain. Dan adakalanya, kita tidak tahu elaun tersebut adalah elaun apa. Selain daripada berhubung dengan pihak KPT melalui email, saya ingin tunjukkan jalan yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Sila layari: Semakan Lejar KPT
Cuma perlu masukkan kad pengenalan anda.
Setiap kali melihat lejar ini, saya banyak muhasabah diri. Perjalanan saya di Oxford ini adalah amanah dari seluruh rakyat Malaysia. In sha Allah saya dan sahabat-sahabat yang lain akan mencuba sebaik kami. Mohon doakan kami dipermudahkan.
Wasalam.
Khas untuk semua pemegang biasiswa SLAB/SLAI terutama bagi luar negara. Apabila elaun masuk ke dalam akaun, itu adalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua. Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memilih dan menaja kami. :)
Namun, ada kalanya elaun yang diperolehi adalah berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain. Dan adakalanya, kita tidak tahu elaun tersebut adalah elaun apa. Selain daripada berhubung dengan pihak KPT melalui email, saya ingin tunjukkan jalan yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Sila layari: Semakan Lejar KPT
Cuma perlu masukkan kad pengenalan anda.
Masukkan IC |
Semua maklumat detail elaun |
Wasalam.
Sunday, May 28, 2017
Pengalaman Memohon Pertukaran Universiti di bawah Biasiswa SLAB KPT
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua pembaca sekalian.
Malam ini agak kepenatan dengan penyelidikan. Dalam kepenatan ini, saya melihat balik kenangan-kenangan untuk dijadikan semangat. Dan saya melihat surat tawaran ini:
Surat tawaran biasiswa SLAB ke University of Oxford |
30 September 2015
Saya menamatkan pelajaran MSc di Imperial College di bawah Biasiswa Yang Di Pertuan Agong. Segala puji bagi Allah sebaik-baik Penentu dan Maha Penolong. Pada waktu tersebut, saya sudah mendengar ura-ura yang mengatakan kemungkinan besar pihak KPT akan mengurangkan kuota pelajar ke luar negara dan saya tanpa berpikir panjang terus membuat keputusan untuk memohon secepat mungkin. Sebelum saya pulang ke Malaysia, saya sudah memohon untuk melanjutkan pelajaran PhD ke Imperial College London di bawah supervisor saya yang terdahulu. Saya membuat permohonan lebih awal kerana saya tahu untuk mendapatkan surat tawaran universiti juga akan mengambil masa (tip: perlu awal memohon universiti jika merancang untuk memohon biasiswa).
16 Oktober 2015
Saya pulang ke Malaysia pada. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Sehari sampai ke Malaysia, saya terus saya menghubungi pihak pendaftar UKM yang menguruskan urusan cuti belajar pensyarah untuk bertanyakan info mesyuarat cuti belajar di peringkat KPT yang terdekat. Saya dimaklumkan bahawa interview cuti belajar bersama TNC UKM akan diadakan pada pertengahan bulan November 2015 dan . Pada saat itu, hanya Allah yang tahu berdebarnya saya memikirkan sempatkah saya menghantar proposal dan surat tawaran daripada universiti untuk melanjutkan pelajaran PhD. Saya masih belum mendapat surat tawaran daripada ICL kerana terdapat sedikit masalah. Apa yang ada pada fikiran saya pada ketika itu hanyalah tawakal. Saya bisikkan pada diri saya, saya sekadar merancang dan seterusnya Allah yang menentukan. Saya juga akan berkahwin pada 12.12.2015. Di samping perlu membuat persiapan untuk perkahwinan, saya sibuk memerah otak untuk membuat proposal. Bila diingatkan kembali, saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, penat jerih itu sebenarnya untuk mengajar kesabaran.
Alhamdulillah, pihak pendaftar juga banyak bertoleransi dengan saya memandangkan saya belum mendapat surat tawaran lagi. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan mereka terutama Puan Aziha yang sangat sentiasa membantu saya. Seminggu sebelum mesyuarat KPT dijalankan, alhmdulillah saya mendapat surat tawaran PhD dan terus menghantar semua borang permohonan biasiswa SLAB/SLAI untuk diproses. Mesyuarat KPT dijadualkan bersidang pada penghujung bulan Disember 2015. (tip: perlu tahu secara detail 'timeline'yang penting supaya kerja dapat disusun dengan lebih baik)
Surat tawaran PhD di Imperial College London |
Bersama BFF, yati. Malaysia we are coming home :) |
Namun, tiada jawapan kunjung tiba daripada pihak KPT sehingga bulan Januari 2016. Saya sudah agak risau kerana surat tawaran PhD di Imperial College London adalah bermula bulan Februari 2016.
4 Februari 2016
Mendapat surat daripada KPT melalui pendaftar UKM yang mengatakan 3 syarat yang perlu dipatuhi:
1. Pihak KPT hanya akan menghantar pelajar ke universiti luar negara yang mempunyai 'world class ranking' sahaja.
2. Pelajar haruslah bebas daripada disenarai hitam oleh PTPTN
3. Pelajar hanya akan ditawarkan biasiswa untuk pengajian ke luar negara bermula pada September 2016.
Maka, saya dikehendaki menghantar sekali lagi surat tawaran kerana surat tawaran asal pengajian PhD saya akan bermula pada 8 Februari 2016. Alhamdulillah, saya menangguhkan pengajian PhD saya ke September 2016 (mengikut surat tawaran di bawah). Namun, biasiswa SLAB/SLAI belum pasti saya akan dapat atau tidak. Saya perlu menunggu keputusan seterusnya daripada pihak KPT dan cuti belajar UKM.
Surat tawaran terbaru PhD di Imperial College London |
Alhamdulillah, akhirnya penantian berakhir. Saya mendapat tawaran biasiswa SLAB dibawah KPT bagi pengajian ke luar negara selama 3 tahun (gambar di bawah). Syukur tidak terkira di atas semua kurniaan Allah. Terasa kesusahan sebelum ini tidak pernah dirasakan disebabkan kegembiraan menerima surat tawaran ini. Apa yang saya boleh simpulkan pada saat tersebut adalah Allah tidak akan pernah mensia siakan hambaNYA yang berusaha.
Surat Tawaran Biasiswa SLAB (PhD) ke Imperial College London |
Permohonan ke University of Oxford
Saya banyak berkongsi bagaimana saya memulakan permohonan ke University of Oxford. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah melayari link di bawah:
Bagaimana saya memulakan pencarian Supervisor di University of Oxford
Pengalaman temuduga di University of Oxford
Alhmdulillah, setelah saya mendapat surat tawaran daripada University of Oxford, saya perlu memohon kepada KPT dan UKM secepat mungkin bagi permohonan pertukaran universiti luar negara untuk biasiswa SLAB yang telah saya terima. Saya menerima surat tawaran ke University of Oxford pada bulan Jun 2016. Saya dijadualkan berlepas ke Imperial College London pada penghujung bulan September 2016. Oleh itu, saya perlu bertindak cepat untuk mendapatkan kelulusan KPT bagi pertukaran universiti ini.
Emel tersebut adalah seperti di bawah:
Permohonan pertukaran universiti kepada KPT dan UKM |
Alhamdulillah, tidak lama kemudian mendapat maklum balas daripada pihak KPT.
Kelulusan permohonan pertukaran universiti luar negara untuk biasiswa SLAB |
Official letter surat tawaran SLAB ke Universiti of Oxford.
Surat Tawaran Biasiswa SLAB (PhD) ke University of Oxford |
Segalanya dipermudahkan dengan izin Allah. Sekian perkongsian saya. Dalam hidup ini, ada kalanya terlalu banyak perkara yang menghalang kita di hadapan. Jika direnung sedalam-dalamnya, penghalang yang utama adalah diri kita sendiri. Usahalah sebaik mungkin kerana setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan (Al Insyirah: 5-6)
Mulakan langkah anda hari ini. :) All the best.
Tuesday, March 28, 2017
Surat Edaran Permohonan Cuti Belajar SLAB/SLAI 2017
SURAT EDARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR BIASISWA SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)/SUB KEPAKARAN DAN POST DOKTORAL (SKPD) TAHUN 2017
Saya tahu ramai pensyarah yang sedang memohon untuk cuti belajar. Namun, disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda, KPT terpaksa menunda dan mengurangkan bajet pembelanjaan terutama untuk penghantaran pensyarah ke luar negara. Agak sedikit terkejut apabila melihat surat edaran ini, tetapi itulah hakikat yang kita perlu terima dan redha. Masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara, jangan putus asa. Moga Allah pulihkan ekonomi negara kita. Sama-sama kita doakan.
Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, jangan berputus asa. Masih banyak peluang untuk kalian. Antara biasiswa yang pernah saya mohon adalah:
1. Biasiswa Yang Di Pertuan Agong https://www.youtube.com/watch?v=rlwgdiv8p0c
2. Biasiswa Khazanah https://www.biasiswa.info/blog/yayasan-khazanah-scholarship-interviews-experience/
Teruskan usaha dan sama-sama kita doakan kejayaan bersama.
Terima kasih
Sunday, February 19, 2017
Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) di bawah MARA
Masih saya ingat, sebelum saya melanjutkan pelajaran ke Imperial College London pada Oktober 2014, saya merancang untuk membuat sangkutan klinikal di hospital HUKM di bahagian Radiologi (Ultrasound) selama lima bulan. Tujuannya adalah sebagai persediaan ke sana. Saya yang ketika itu bekerja sebagai pembantu penyelidik (research assistant) membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sangkutan klinikal yang akan dilakukan.
Namun, dari manakah saya akan dapatkan duit untuk membiayai saya sepanjang 5 bulan di HUKM? Saya bukanlah datang dari keluarga yang berada dan semestinya tidak sampai hati untuk meminta dari kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia dan tidak bekerja.
Maka saya membuat strategi. Saya memohon bantuan zakat UKM, memohon bantuan di bawah beberapa NGO dan juga Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) di bawah MARA. Saya membuat permohonan pada bulan April 2014 dan memulakan sangkutan klinikal juga pada bulan April. Saya juga cuba untuk mengelakkan melakukan pinjaman.
Jawapan dari zakat adalah saya tidak layak kerana saya bukan pelajar UKM (saya berstatus fellowship ketika itu, tetapi tidak diberi gaji selagi belum melanjutkan pengajian). Tiada khabar daripada agensi lain. Sedikit sedih namun saya terus berdoa dan masih berharap. Atas bantuan seorang abang saya, abg ngah yang memberi RM400 setiap bulan saya meneruskan minat dan impian saya di HUKM.
Jun 2017, saya mendapat khabar yang tidak di sangka-sangka. Menerima cek sebanyak RM1500 yang dipos ke rumah saya daripada Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) di bawah MARA. Sekiranya permohonan ini sudah dibuka semula, saya suka agar sahabat sahabat mewarwarkan kepada semua kerana bagi saya walaupun prosesnya agak lambat, tetapi saya masih mendapat wang tersebut alhamdulillah.
Pada waktu ini, semua permohonan ditutup buat sementara. Rajin rajinkanlah diri untuk menjenguk ke laman website ini. All the best :)
Ini adalah link bagi Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)
http://www.ypm.org.my/index.php/muatturun/borang#sdep

Subscribe to:
Posts (Atom)