Sunday, December 15, 2013

Apply oversea Uni sebelum habis belajar.. Macam mana??

Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah.. syukur pada Allah yang telah banyak mempermudahkan urusan seharian kita semua.. Terima kasih ya Allah krn masih beri kami kesempatan dan peluang untuk kami meneruskan jejak langkah kami di bumi yang indah ini.. Alhmdulillah :)

sejak akhir-akhir ini banyak mendapat soalan daripada adik dan shabat berkaitan mcm mana nak dapatkan placement di Uni oversea untuk pengajian master/pHd sebelum tamat belajar. InsyaAllah untuk entry ini ana akan kongsikan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil :)


Ana tamat belajar pada Bulan July 2013 yang lepas. Dan Alhmdulillah sebelum tamat belajar tue ana sudah dapat dua offer letter seperti yang ana kongsikan di sini http://iefa123.blogspot.com/2013/12/offer-letter.html

Dan intake untuk uni tersebut adalah pada bulan 9 lebih kurg mcm tue.. Kalau ikutkan insyaAllah sempat untuk fly selepas tamat belajar (bulan 9) walaupun kita tak konvo pom lagi..

Di bawah ana listkan step2 yang perlu dibuat jika berminat untuk sambung belajar ke luar negara sebaik sahaja habis belajar. Entry ini specific untuk sambung master je bkn Phd.

Here we go.
1. Sila clarify berminat untuk sambung belajar dalam bidang apa.

2. Search for university yang ade kos tersebut.
  (biasanya ade directory yang specific untuk setiap kos cth- Postgraduate Directory for Medical   Imaging, tp    kena cari lah).

3. Bace requirement yang diperlukan. Bila intake etc.
  (Ade sesetengah uni memerlukan keputusan IELTS (english exam seperti MUET, tapi IELTS adalah   untuk sambung belajar diluar negara). Tapi, ade sesetengah Uni xperlu pun result IELST instead      mereka ok je kalau kita bagi result GSCE mase SPM dulu.

4. Bila dah berminat boleh apply melalui online apllication. Ade uni yang memerlukan kita bayar yuran permohonan, ade Uni yang boleh apply for free. kalau nak senang, boleh apply melalui agent education. Macam mana nak apply boleh rujuk di sini  http://iefa123.blogspot.com/2013/12/agent-education-untuk-apply-uni-oversea.html

Document yang perlu disediakan adalah seperti previous entry http://iefa123.blogspot.com/2013/12/tips-menyediakan-online-dokumen-untuk.html


Ana dulu tengah praktikal ana apply. Senang saje procedure, cuma mula-mula tue memerlukan kesabaran sebab ana belajar apply sendiri, totally belajar dari blog and pengalaman senior. jadi untuk kali nie ana nak kongsi lah dengan semua.

Untuk academic transcipt-
boleh guna lastest acdemic transcript. Boleh guna mini tanscript yang ade result kita sampai sem 7.

Untuk Uni yang memerlukan IELTS-
kena preparelah.. Lepas habes belajar cth mcm ana dlu habes belajar dalam bulan 7. Intake Uni dalam bulan 9. jadi dalam awal bulan 8 tue dah boleh ambek ILETS. belajarlah IELTS sepanjang sem terakhir. InsyaAllah untuk kebaikan diri kita dan masa depan diri kita sndiri.

Intake University-
Akan ade intake Uni oversea untuk bulan 9/10 dan 2/3 setiap tahun.

Untuk scholarship-
Be aware dengan MARA. MARA akan kluarkan notis iklan biasiswa dalam bulan 3, apply mase tue. mereka akan buat pemilihan dalam bulan 5. Ini berdasarkan previous application untuk MARA.

JPA- bagi pemegang biasiswa JPA yang mndapat result first class, insyaAllah boleh apply permohonan biasiswa JPA under Program pelajar Cemerlang (PPC). mase ana dulu, JPA keluarkan permohonan dalam tengah bulan 7. Awal bulan 8, JPA dan panggil interview mana-mana pelajar yang appy untuk ke luar negara. result x lama lepas tue dah keluar.

University yang dipilih sebolehnya adalah top ranking university untuk memudahkan lagi proses untuk mendapatkan biasiswa. insyaAllah.


Moga dipermudahkan untuk urusan ye. Sebelum apply tu, adalah lebih baik untuk kita check niat kenapa ingin belajar di sana.. Jom sama-sama strive untuk menjadi ummat yang berjaya ..insyaAllah ;)

Sekian, moga membantu.




14 comments:

  1. asalamualaikum, untuk menyambung pengajian ke master luar negara selalunya dikeluarkan oleh universiti waktu undergraduate atau mohon sendiri dilaman web university tertentu?? maaf banyak bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam wbt. maaf atas kelewatan sis.

      klu nk belejar MSc di luar negara, kena thu biasenya intake adalah pada bulan 2/3 & 9/10 setiap tahun. jadi boleh masuk laman web universiti yang berminat dan tgok link mcm mana nk apply uni tersebut. Ada sesetengah uni yang mengenakan bayaran permohonan, ade sesetengah uni tidak mengenakan apa2 bayaran. Cuma sebolehnya carilah uni yang top ranking supaya lebih senang untuk mencari biasiswa nanti. :)

      Delete
  2. salam.. trimak kasih atas perkongsian yg sgt berguna..Saya nk tanya berkenaan dgn biasiswa ppc jpa. Memandangkan awak blom grad dan x dpt lg degree cert, n result practical pun x kuar lg, macam mana kt nak buktikan kat jpa yg kt mmg akan grad dgn 1st class? thnx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam wbt. Terima kasih atas pertnyaan.

      Ok sebenanrnya walaupun saya dapat offer dari 3 uni luar negara, untuk PPC tahun lpas saya pply untuk dalam negara. Hhe. Dan masa tu betul saya xdapat resuz sem 8 lagi, just ade mini transcript yang tunjuk dari resuz sem 1-7 shaja sebb keputusan pun belum keluar.

      Masa tu offer dari UiTM untuk MSc dalam negara ni pun masih bersyarat sebb saya belum trima ijazah. Saya call JPA dan dia cakap its ok. Just gunakan mini transcript tersebut dan minta pengesahan dari pihak UiTM. dan mereka akan faham sebab banyak kali juga saya call JPA PPC sebb mg just ade bukti mini transcript yang xlengkap dan syarat tawaran juga masih conditional.

      Dan alhmdulillah saya dapat tawaran PPC dalam negara dalam bulan 10, 2013. Grad saya adalah bulan 11, 2013. Cuma saya tolak je tawaran PPC t.

      All da best. Moga membantu :)

      Delete
    2. terima kasih atas info.. :) saya apply utk luar negara utk intake bln sept ni... tp tu la, sy pun sbnrnya baru hbs praktikal dan x dpt lg transcript yg state akan grad dgn kls prtama... sy rasa kena call jugak dorang tanya kan?? eh.. tp bukan awak further kat imperial ke?

      Delete
    3. Saya call JPA tnya, diorg yang mintak saya bagi mini transcript yang tunjuk smpai sem 7. Mesti ade pengesahan.

      Tp one thing yg awak kena thu, saya ase JPA luar negara keluar lambt sikit resuz. Jadi awak mesti standby any possibility kalau resuz keluar lambt. :)

      Aa.. in sha Allah hujung bulan 9 fly.. mohon doanya ye :) Anything nak tnya lagi silalah.. in sha Allah saya cuba tolong.

      Delete
  3. Nk tanya, skrg sy third year, ade baki setahun pengajian. Tp sy dpt offer smbung master oversea. Maksudnya sy kne apply jpa skrg ke tahun dpn? Lagi 1, ppc tu untuk yg first class je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tahniah Cik Bae.

      Sebenarnya, untuk memohon biasiswa kebiasaannya memerlukan transcript keseluruhan semester.

      tetapi you can give a try. Just read the term and condition of the scholarship that you want to apply. You can give them a call as well. Just need to do a little extra effort to get the info that will ease your way.

      In term of PPC, I am not sure whether this year JPA still having PPC or not. PPc is only for previous JPA scholar with first class degree.

      But dont worry. There is lot of other scholarships that you can apply like

      1. Biasiswa yang Dipertuan Agong http://iefa123.blogspot.my/2014/11/majlis-penganugerahan-biasiswa-yang.html

      2. Fellowship
      http://iefa123.blogspot.my/2014/02/mcm-mana-nak-apply-fellowshiptutor.html

      3. Biasiswa luar (Khazanah, celcom, Bank Negara, Yayasan etc

      Moga Allah permudahkan urusan urusan di hadapan awak.

      Delete
    2. Assalam maaf mencelah��sy plajar thun tiga juga. kalau bagi pemegang biasiswa jpa n nak sambung master di overseas tapi cgpa sy tak first class. boleh ke sy apply biasiswa lain? Atau saya dikira melanggar prjanjian dgn jpa? TQ

      Delete
    3. Wasalam. Jika biasiswa yang awak ingin pohon adalah biasiswa yang tidak memerlukan awak bekerja dengan mereka tiada masalah. Awak hanya perlu menghantar surat mmenyatakan awak ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (saya akan tulis satu entry berkaitan permohonan ini).

      Jika biasiswa yang awak bakal mohon ini memerlukan awak bekerja bersama penaja baru (contoh: bekerja bersama bank), saya cadangkan awak berhubung dengan JPA untuk menanyakan status kebenaran. Hal ini kerana baru baru ini JPA ada mengeluarkan notis berapakah kadar pembayaran yang perlu dibayar bagi pelajar lepasan tajaan JPA yang tidak berkerja dengan kerajaan, sebaliknya bekerja dengan government link company (GLC) dan private company.

      Delete
    4. Wasalam. Jika biasiswa yang awak ingin pohon adalah biasiswa yang tidak memerlukan awak bekerja dengan mereka tiada masalah. Awak hanya perlu menghantar surat mmenyatakan awak ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (saya akan tulis satu entry berkaitan permohonan ini).

      Jika biasiswa yang awak bakal mohon ini memerlukan awak bekerja bersama penaja baru (contoh: bekerja bersama bank), saya cadangkan awak berhubung dengan JPA untuk menanyakan status kebenaran. Hal ini kerana baru baru ini JPA ada mengeluarkan notis berapakah kadar pembayaran yang perlu dibayar bagi pelajar lepasan tajaan JPA yang tidak berkerja dengan kerajaan, sebaliknya bekerja dengan government link company (GLC) dan private company.

      Delete
  4. Nk tanya, skrg sy third year, ade baki setahun pengajian. Tp sy dpt offer smbung master oversea. Maksudnya sy kne apply jpa skrg ke tahun dpn? Lagi 1, ppc tu untuk yg first class je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman, program PPC pada tahun 2016 sudah tidak ditawarkan (mungkin disebabkan bajet). Dan saya tidak pasti adakah program tersebut akan ditawarkan pada tahun depan dan tahun seterusnya. PPC hanya untuk pelajar tajaan JPA yg memperolehi ijazah kelas pertama.

      Saya cadangkan saudari mencari biasiswa lain seperti yang saya cadangkan di komen sebelum ini. All the best.

      Delete
    2. Untuk makluman, program PPC pada tahun 2016 sudah tidak ditawarkan (mungkin disebabkan bajet). Dan saya tidak pasti adakah program tersebut akan ditawarkan pada tahun depan dan tahun seterusnya. PPC hanya untuk pelajar tajaan JPA yg memperolehi ijazah kelas pertama.

      Saya cadangkan saudari mencari biasiswa lain seperti yang saya cadangkan di komen sebelum ini. All the best.

      Delete