Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhmdulillah, syukur atas nikmat Allah yang tidak putus putus kepada kita semua. Terpanggil saya untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang kisah perjalanan hidup selepas mendapat Ijazah di UiTM. Moga bermanfaat kepada para pembaca.
Julai 2013
Alhamdulillah, tamat sudah pengajian Ijazah Pengimejan Perubatan di UiTM. Selama 4 tahun bertapak, UiTM mengajar saya sejuta erti kehidupan dan pastinya salah satu sebabnya saya berjumpa jodoh di situ ;) Namun di benak pikiran saya, saya ingin berkerja di mana dan sebagai apa. Juruxray, medical sale executive, tutor? Bermain-main dibenak fikiran. Istikharah saya membawa saya keyakinan untuk berada dalam bidang pendidikan di IPTA. Tetapi bagaimana untuk bertapak? Lantas saya menggunakan Mr Google untuk mendapatkan info. Saya banyak membaca blog-blog hasil perkongsian dari orang ramai. Sebenarnya, kebanyakkan info yang saya dapat daripada membaca blog memang sangat membantu untuk membuat perancangan seterusnya. Dipendekkan cerita, saya membuat keputusan untuk memohon pekerjaan sebagai pembantu penyelidik di beberapa buah IPTA di negara kita iaitu UiTM, UIA, dan UKM. Cara memohon, senang sahaja. Saya menggunakan bantuan Mr Google;
1. Cari bidang yang berkaitan di setiap laman web universiti.
2. Cari nama pensyarah dan lihat bidang kepakaran pensyarah tersebut (cari yang menepati minat diri)
3. Email kepada pensyarah tersebut dan nyatakan hasrat untuk menjadi pembantu penyelidik di bawah beliau
Alhamdulillah, September 2014, saya menerima tawaran untuk menjadi pembantu penyelidik di bawah Ketua Program Pengimejan Diagnostik di UKM. Dan bermulalah perjalanan saya di UKM.
Sepanjang berada di UKM, saya terlibat dengan beberapa penyelidikan di bawah ketua program. Peluang ini banyak memberi pengalaman baru kepada saya. Saya juga mengambil peluang untuk menghadiri kelas kelas yang dianjurkan untuk pelajar siswazah secara percuma dengan kebenaran ketua program. Minat semakin mendalam untuk menyumbang ke arah akademik. Lalu saya cuba google beberapa skim pensyarah di beberapa buah IPTA yang mempunyai bidang berkaitan iaitu USM, UiTM, Unisza, UIA, UPM dan UKM. Perkongsian mengenai bagaimana saya memohon boleh dilihat di link di bawah:
UKM
Bagaimana memohon Fellowship/skim pensyarah muda
Interview Fellowship UKM Part I
Interview Fellowship UKM Part II
UPM
Persediaan Interview Fellowship (Tenaga Akdemik Muda) UPM
Interview Fellowship UPM
Sambung belajar
Permohonan ke Universiti Luar Negara
Agent Education untuk Permohonan Universiti Luar Negara
Contoh permohonan ke Imperial College London
Tip Menyediakan Dokumen untuk Permohonan Universiti Luar Negara
Persediaan IELTS
Post Kumpulan Soal Jawab
Q&A Fellowship, Skim Pensyarah Muda & Biasiswa
Alhamdulillah, officially graduated from Imperial College of London
Konvokesyen di Imperial Colege London
Pengalaman Interview Dphil In Medical Sciences, University of Oxford
Interview di Universiti of Oxford
Tawaran ke Universiti of Oxford
Masih banyak yang ingin ditulis dan dikongsi in sha Allah moga diberi kesempatan itu nanti. Amin :)
No comments:
Post a Comment