Thursday, September 26, 2019

Thesis writing: Malas menulis??

Hati ini terdetik untuk menulis mengenai pengalamanku menulis thesis. Menulis thesis bukanlah senang seperti yang disangka. Sebelum aku mula menulis, hati sentiasa berkobar-kobar merancang dengan jadual penulisan. Apabila tiba waktu menulis, adakalanya hati merasa sangat malas. Bukan malas kerana diriku seorang pemalas, tetapi perasaan ini timbul secara tiba-tiba. Walaupun sudah berada di hadapan laptop, ada sahaja perkara lain yang ingin aku lakukan. Lalu aku bertanya kepada sahabatku yang sudah memulakan penulisan thesis lebih awal dariku, adakah perasaan ini normal? Atau aku yang memberi alasan semata-mata.. Jawapannya adalah Iya, perasaan malas boleh berkunjung tiba tanpa diminta. Tetapi jangan terbawa-bawa dengan perasaan itu.


Jadi apa yang aku lakukan pada hari ini?Buat kerja sejam dan selebihnya tengok movie, menulis buku dan blog. Rasa bersalah??Tipu jika aku tidak merasa bersalah. Sedangkan suami dan anak ada di rumah menanti. Tetapi, aku teringat satu kata-kata

....DON'T BE TOO HARD ON YOURSELF...


And this is so true. Memberi peluang dan ruang untuk diri sendiri juga merupakan satu nikmat. Yang paling penting adalah pengajaran yang akan diambil dari setiap keputusan yang diambil. Perlu diingat juga, kita belajar dari kehidupan dan pengalaman. Setiap pengalaman yang dilalui, sama-samalah kita mencari iktibar dan juga pengajaran untuk kehidupan hadapan yang lebih baik.



Moral valueDon't be too hard on yourself. Enjoy the moment and learn from it. :):) 


All the best. Sesiapa yang melalui pengalaman yang sama, bolehlah berkongsi di bawah (comment). 



x
My desk station, Cardiovascular Clinical research Facility