Selamat Hari Lahir buatmu sayang...
Sungguh aku sayang padamu,
Pengorbananmu tidak mungkin dapat kubalas,
Berkorban datang ke Bumi Ratu,
Meninggalkan keluarga dan pekerjaanmu,
Demi menggalas sebuah tanggungjawab,
Untuk sentiasa berada di sisiku...
Sungguh aku sayang padamu,
Saatku bersedih atau bercelaru,
Engkau sentiasa menemani,
Dan sabar menanti,
Terima kasih kerana sentiasa menyayangiku..
Doaku yang ikhlas,
Agar Allah sentiasa melindungimu,
Disetiap langkahmu,
Dan semoga Allah kekalkan diriku,
Sebagai suri hatimu di dunia dan akhirat..
Ya Allah,
Engkau mengetahui betapa besarnya pengorbanan suamiku ini,
Aku mohon dengan rahmat kasih sayangmu,
Berkatilah setiap langkahnya dalam menjadi hambaMU yang lebih baik,
Pimpinlah hatinya dalam mencariMU, Tuhan yang Maha Baik,
Janganlah ENGKAU tinggalkan dia walau sesaat Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.
Engkau Ya Allah adalah tuhan sebaik-baik pelindung. Amin