Sunday, March 23, 2014

DHL Express - Pos Laju Ke Luar Negara

Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah, moga semua sahabat sihat2 belaka hendaknya..in shaa Allah.. :)

Sekdar nak berkongsi dengan semua, beberapa minggu yang lepas ana telah menggunakan khidmat pos laju DHL Express untuk menghantar beberapa dokumen ke luar negara. Alhmdulillah, ana yakin dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun tidak dinafikan harganya agak mahal. Yang penting, keselamatan dokumen yang dihantar. Tapi pada pendapat ana, jika dokumen yang ingin dihantar tersebut tidak urgent' , mungkin boleh tinjau juga perkhidmatan pos laju lain cth Pos laju Malaysia kerana ana yakin in shaa Allah bayarannya tidaklah semahal DHL express ni (boleh jimat duit skit..hehe).

Boleh lihat step dibawah:

1. Layari laman web "http://www.dhl.com/en.html" untuk melihat di manakah perkhimatan DHL yang terdekat dengan tempat anda

2. Kaunter DHL Central Market Pasar Seni KL. Di sini, kaunter DHL terletak di bahagian paling hadapan Central Market, jadi senang nak cari. Dibuka sehingga 10 Malam. Tapi apa2 pun, kena cek balik dalam website dhl sebab semua lokasi akan diprovide dengan waktu perkhidmatan dan waktu perkhidmatan adalah sedikit berbeza , bergantung kepada tempat tersebut.

Pemilihan sampul berdasarkan barang@dokumen yang ingin dihantar


Envelope 

Paparan belakang envelope

3. Selesai semua urusan dengan bayaran RM140, ana diberi shipment receipt dan dalam resit tersebut, terdapat tracking no envelope. Boleh track lokasi dokumen yang dihantar melalui internet.



4. Bila envelope dah selamat sampai didestinasi, boleh minta Electronic Prof of Delivery. Dan bukti ini akan dihantar melalui email. Sekian, xie xie ni.


Moga membantu :)

Monday, March 17, 2014

Easy way how to match your abstract to a journal.

Assalamualaikum wbt. Semoga semua shabt2 sentiasa berada dalam sihat walafiat.

Ok , entry kali ni insyaAllah ana akn kongsi easy way how to match your abstract to a journal. Ana yakin tentunya ramai di antara kita yang mungkin pada saat ini sudah berjaya menyiapkn manuskrip untuk dihantar for publication dan juga ade di antaranya masih lagi dalam proses menyiapkan manuskrip. Apa2 pun, ana doakan agar semuanya dpermudahkan :)

Ana x maksudkan cara ini adalah yang terbaik untuk mencari journal yang paling sesuai untuk manuskrip kalian, cuma pada pendapat ana, kaedah nie banyk membantu ana terutama sebagai pembantu penyelidik dalam mencari kesesuaian journal untuk publication manuscript. In term of impact factor, rate of acceptance et, semua diprovide dalam walau yang sangat singkat dan cepat.in Sha Allah. Jom tengok perkongsian di bawah :)


1. Google "Elsevier'

Choose "Elsevier is a world-leading provider..........

2. Go to "Author, editors & reviewers". Click "Find a journal to publish in"



3. Click "Start matching"



4. Insert paper title & paper abstract .
    Choose field of your research.
    Click find journal


5. Results in term of Impact factor, Editorial times, rate of acceptance and production times will be displayed.


Moga membantu. Selamat mencuba :)




Saturday, March 15, 2014

Pengalaman di Singapore Malaysia Radiographers Conference

Assalamualaikum semua.. moga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah. Ya Allah, lembutkanlah hati kami agar kami sentiasa terarah untuk berusaha menjadi hambamu yang lebih baik. Amin. Wahai Tuhan yang Melembutkan Hati.

Kali ni terasa ingin berkongsi pengalaman sbagai presenter di 28th Singapore Malaysia Radiographers Conference in conjuction with 1st Singapore-Hong Kong-Malaysia Radiation Theraphy Symposium. Conference yang berlangsung dr 13-15 September 2013 ini sangat membri pengalaman dan pendedahan secara lebih jelas berkaitan isu semasa dan kajian trkini dalam bidang medical imaging. Alhmdulillah ana terpilih brsama 4 orang shabat lagi untuk mewakili UiTM ke conference tersebut. Kami telah membentangkn final year project Ijazah kami.

Negara sngapore memang tidak dapat dinafikan dari segi kebersihan. Terpana sekejap dngan kebersihan negara mereka. Moga kita juga mencontohi mereka. Perjalanan kami dimulakn dengan menaiki MRT dari johor ke National University Hospital, Singapore.

Alhmdulillah. Sesampai shaja di sana, orang pertama yang ana jumpa adalah En Mazli dari HUKM. Kemudian, berkenalan pula dengan beberapa wakil dari Malaysia termasuk juga pelajar-pelajar Malaysia yang akan menajdi presenter pada hari terakhir conference nanti. Sepanjang conference tiga hari ini, terasa banyak sgt pengalaman berharga yang diperolehi. Disamping memberi peluang untuk berkenalan dengan pelajar2 dari Jepun, Hong Kong, Taiwan etc, kami juga didedahkn dengan teknologi pengimejan di Singapore.

Dibawa melawat di NUH
Bersama pelajar dr Jepun

28th SMRC

Group dari Malaysia

Alhmdulillah, pada hari terakhir sbaik sahaja selesai membentangkan project dan majlis penutupan, ana tidak ketinggalan untuk ke China Town Singapore. Suasana meriahnya adalah seperti Masjid Jamek dan Wakaf Cheyeh Kelantan. Cuma, China town ini lebih besar dan dapat dilihat ia dikunjungi oleh lebih ramai pelancong luar negara.

Seni lukis

MRT Chinatown

Shopping....

Pengalaman ini sgt berharga. Alhamdulillah. terima kasih UiTM di hatiku, krn bagi kami peluang yg sgt berharga ni.
:)










Friday, March 07, 2014

SKIM FELLOWSHIP UMP & TNAGA PENGAJAR MUDA UITM (TPM)

Assalamualaikum wbt.

Moga sihat2 selalu semua.. dalam rahmat Allah. insya Allah. Dalam kesibukan yang melanda, moga Allah sentiasa beri kelapngan masa kepada kita semua untuk membantu orang lain. insya Allah.

Skim Fellowship UMP  2014 telah dibuka. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah apply :)

http://pendaftar.ump.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=79%3Askim-fellowship&catid=35%3Aberita






Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar MUda UITM juga telah dibuka sekali lagi. Boleh dapatkn maklumat lanjut dengan melayari blog ini
 http://sayapensyarah.com/biasiswa/tawaran-biasiswa-tenaga-pengajar-muda-tpm-2014-uitm/ yang banyak memberi penjelasan berkaitan TPM (credit to this blogger) :)

CeepatTempoh iklan dibuka pula adalah dari hari ini 7 Mac 2014 sehingga 20 Mac 2014 sahaja.

Moga membantu :)