Saturday, March 15, 2014

Pengalaman di Singapore Malaysia Radiographers Conference

Assalamualaikum semua.. moga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah. Ya Allah, lembutkanlah hati kami agar kami sentiasa terarah untuk berusaha menjadi hambamu yang lebih baik. Amin. Wahai Tuhan yang Melembutkan Hati.

Kali ni terasa ingin berkongsi pengalaman sbagai presenter di 28th Singapore Malaysia Radiographers Conference in conjuction with 1st Singapore-Hong Kong-Malaysia Radiation Theraphy Symposium. Conference yang berlangsung dr 13-15 September 2013 ini sangat membri pengalaman dan pendedahan secara lebih jelas berkaitan isu semasa dan kajian trkini dalam bidang medical imaging. Alhmdulillah ana terpilih brsama 4 orang shabat lagi untuk mewakili UiTM ke conference tersebut. Kami telah membentangkn final year project Ijazah kami.

Negara sngapore memang tidak dapat dinafikan dari segi kebersihan. Terpana sekejap dngan kebersihan negara mereka. Moga kita juga mencontohi mereka. Perjalanan kami dimulakn dengan menaiki MRT dari johor ke National University Hospital, Singapore.

Alhmdulillah. Sesampai shaja di sana, orang pertama yang ana jumpa adalah En Mazli dari HUKM. Kemudian, berkenalan pula dengan beberapa wakil dari Malaysia termasuk juga pelajar-pelajar Malaysia yang akan menajdi presenter pada hari terakhir conference nanti. Sepanjang conference tiga hari ini, terasa banyak sgt pengalaman berharga yang diperolehi. Disamping memberi peluang untuk berkenalan dengan pelajar2 dari Jepun, Hong Kong, Taiwan etc, kami juga didedahkn dengan teknologi pengimejan di Singapore.

Dibawa melawat di NUH
Bersama pelajar dr Jepun

28th SMRC

Group dari Malaysia

Alhmdulillah, pada hari terakhir sbaik sahaja selesai membentangkan project dan majlis penutupan, ana tidak ketinggalan untuk ke China Town Singapore. Suasana meriahnya adalah seperti Masjid Jamek dan Wakaf Cheyeh Kelantan. Cuma, China town ini lebih besar dan dapat dilihat ia dikunjungi oleh lebih ramai pelancong luar negara.

Seni lukis

MRT Chinatown

Shopping....

Pengalaman ini sgt berharga. Alhamdulillah. terima kasih UiTM di hatiku, krn bagi kami peluang yg sgt berharga ni.
:)










No comments:

Post a Comment