Saturday, June 28, 2014

INTERVIEW CUTI BELAJAR UKM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR


Alhamdulilah, syukur pada Allah.. pada malam Ramadan yang penuh mulia ini, diizinkan Allah untuk berkongsi dengan para shabat akan pengalaman menghadapi interview terakhir cuti belajar pada 13 Jun 2014 lalu, jam 3 petang.

Interview tersebut bertempat di Tingkat 6 bangunan canselor UKM. Mungkin sahabat2 agak pelik kenapa begitu banyak interview yang ana lalui untuk fellowship UKM ini. Buat pengetahuan semua, ana telah melalui tiga peringkat interview untuk fellowship UKM:

  •           Interview peringkat Program
  •          Interview peringkat kedekanan
  •       Interview cuti belajar bersama TNC (pada peringkat ini, in sha Allah permohonan adalah 90% sudah berjaya) – peringkat akhir

Pada 13 Jun tersebut, ana sampai awal ke UKM.. Maklumlah naik bas dan ktm, perjalanan agak jauh dari KL. Secara jujur, ana tidak sempat prepara disebabkan demam yang agak teruk pada minggu yang sebelumnya. Dengan selamba ana ckp kat diri.. You can do it, yeah.. In sha Allah.. hehe

Pada hari tersebut, terdapat 4 Candidate yang akan diinterview untuk cuti belajar (1 post doc dan 3 Master). Pemakaian ana pada hari tersebut adalah formal dan ade juga candidate yang membawa fail sijil original tp ana tak bawa. Alhmdulillah, fail sjil2 tidak diperlukan untuk interview tersebut.

Sebaik sahaja masuk dalam bilik mesyuarat, diri ini agak terkejut. Maklumlah, kami masuk berempat tetapi interviewer ada 5 orang (semua prof dan Dr termasuk Prof Riza Atiq). Seram sejuk jadinya. Tapi Alhamdulillah, sapaan Prof Riza Atiq memberi sedikit kelegaan pada hati kami ni. Sepanjang interview cuti belajar trsebut, banyak juga yang kami kena tnya antaranya:


  • Kenapa kamu nak pegi belajar (masa dengar soalan ni, em .. hehe.. soalan yangs sangat simple but of course require jawapan yang terbaik)
  • Apakah contribution research sebelum ini kepada negara@ masyarakat
  •  Kenapa pilih tajuk inii untuk research kamu.
  • Apa yang kamu hendak beri pada masyarakat

 Ini adalah antara soalan yang ditanya kepada. Secara jujur, ana sangat x bersedia bila ditanya berkaitan dengan research yang telah dipilih untuk bidang pengajian nanti. Sebab tu la kot, ana kena nasihat panjang lebar jugak dengan salah seorang interviewer. Namun Alhmdulillah semuanya berjalan lancar.

Apa yang ana belajar dari interview ini adalah sangat penting untuk kita membuat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia khususnya.  Interview pada tahap ini adalah interview yang lebih santai dan lebih ke arah memberi pencerahan kepada kami tentang matlamat kami untuk pergi belajar. Kebanyakkan soalan yang diutarakan akhirnya akan disusuli dengan nasihat-nasihat yang sangat bermakna.
  Dua hari selepas itu dimaklumkan lulus interview cuti belajar ini.. Alhmdulillah..







No comments:

Post a Comment