Wednesday, August 20, 2014

Untuk Renungan Bersama...


Video kesukaan ana..
Memberi inspirasi dan semangat..
Moga untuk sahabat-sahabat juga.. :)

P/s: credit kepada semua yang menghasilkan video ini. Moga menjadi saham di akhirat nanti. in sha ALLAH :)

Sunday, August 17, 2014

Burung itu.....

Cerita burung itu



.. Angin petang sepoi2 bahasa menjengah ke pipiku. Alhamdulillah ya Allah, terasa ketenangan ini dalam hati sambil melihat keindahan langit yang tidak putus-putus disusuli dengan kicauan burung-burung yang sedang terbang balik setelah penat seharian mencari makan. Inilah suasana setiap petang di tanah tempatku dibesarkan, Tanah Merah Kelantan. Sesekali kelihatan kucing kesayangan keluargaku, Gemuk ligat bermain di laman rumah. Ya Allah, terima kasih atas nikmat ketenangan ini, bisikku dalam hati.

Akak, cuba tengok burung-burung  yang sedang berkicau terbang tu. Aku mendongak ke langit. Kuat kedengaran kicauan burung-burung itu, mungkin tengah bercakap dalam bahasa mereka, persis hatiku. Ya ayah, semuanya tengah bercakap sesama mereka..hepi gamatnya.. kataku kepada ayah sambil tersenyum.

Ayah memulakan ceritanya.. Ayah masih ingat, dlu ade seorang kawan ayah yang suka menembak burung. Suatu petang, dia berjaya menembak tiga ekor burung. Bila diteliti, ade sekor burung yang agak kosong perutnya, manakala dua ekor lagi penuh dengan makanan.. Terdetik dalam hatinya, tentu sahaja burung yang kosong perutnya akan kelaparan pada malam ni. Entah tidurnya lena atau tidak memikirkan ke manakah destinasinya esok untuk mencari rezeki..Simpati menjengah dirinya. dan akhirnya alhmdulillah kawan ayah tidak memburu lagi selepas itu...

Ayah menambah lagi.. Ayah rasa bunyi kicauan burung sekarang semuanya tengah bercerita sesama mereka apa yang mereka dapat makan hari ini dan ke mana akan mereka pergi pada esok hari. Burung-burung yang kekenyangan kerana berjaya mendapat rezeki yang bnyak mungkin adalah burung yang paling kuat berkicau bercerita.. Kata ayahku sambil tersenyum melihat langit.. Sesungguhnya rezeki itu harus dicari. Rezeki yang halal. Aku juga tersenyum. Mendongak melihat burung-burung yang terbang berpasangan dan berkumpulan di langit. Jarang sekali melihat ade burung yang pulang bersendirian pada petang. Rezeki.. Terbayang di mindaku betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita hamba ALLAH. Terima kasih Allah. Teringat aku kepada sepotong ayat al quran:

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).



Dunia adalah satu pengembaraan



Belajarlah dengan semua yang berada dan berlaku disekelilingmu. Belajarlah dengan universiti kehidupan ini kerana sesungguhnya persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara. Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang, bantulah kami. Bantulah kami agar tetap menjadi hambanya yang bersyukur.

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)


Berulang-ulang ayat di atas dibacakan kepada ana oleh seseorang yang penting dalam hidup ini. Hafallah dan bacelah dengan mati hati, katanya. Bila di baca dengan penuh penghayatan, sebak di dada. Kenapa? kerana doa ini adalah satu permohonan, satu rayuan kita kepada Allah sebagai hambaNYA yang sangat lemah tetapi ingin  menjadi hamba yang lebih baik dan hamba yang tidak lupa padaNYA. Jadi marilah kita sama-sama berdoa; ketika berdiri, ketika duduk, senang dan juga susah. Dengan doa, hati akan menjadi tenang. Dengan doa, keazaman ini makin kuat kerana hidup ini milik Allah. Dengan doa, semuanya yang tidak mungkin boleh menjadi realiti.. dan dengan doa, tanda kita hamba Allah yang tidak sombong.

Marilah kita sama-sama menasihati, tolong menolong agar kita lebih kuat di masa hadapan dan menjadi umat berjaya. In sha Allah.

Moga Allah redha :)











Friday, August 15, 2014

APPLICATION VISA-TIER 4 (GENERAL) STUDENT

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua.. Alhmdulillah, bertemu lagi kita pada entry pada kali ni. In sha Allah pada kali nie, ana akan berkongsi cara-cara untuk apply visa. J

Terlebih dahulu, untuk sahabat2 yang kali pertama ingin memohon visa, sila lapangkan hati.Hehe. In sha Allah permohonan VISA bukanlah susah bahkan senang sahaja jika kita betul2 ikut step. Pada 14 Oktober 2014 yang lepas, alhmdulillah ana telah menghadiri appoitment visa untuk TIER 4 (GENERAL) STUDENT

Perkara penting yang perlu ada sebelum apply for VISA
  1. CAS letter - boleh dapatkan daripada Universiti
  2. Financial Affidavit 
  3. IELTS
  4. TB test


Sekiranya semua perkara di atas sudah ada, bolehlah mulakan application.
Di bawah adalah step-step yang harus diambil.       
  1. Register an account - https://www.visa4uk.fco.gov.uk/Account/Register
  2. Log in - https://www.visa4uk.fco.gov.uk/Account/login
  3.  Isi application – secara overall, nie adalah section yang ada mase permohonan VISA


Panduan permohonan VISA boleh didownload dalam portal website International Student universiti masing-masing. Cth: Imperial College london ade sediakan PDF lengkap on how to fill up the application form. 

    4.   Book Appointment visa - boleh pilih hari dan masa. Sape yang nak book appoitment visa kat sabah@ sarawak, kena add additional charges, dalam RM300 something. Ana book appoitment kat KL iaitu di Wisma MCA Jalan Ampang, berdekatan dengan KLCC.


   
 5.   Buat pembayaran - pembayaran boleh dibuat sama ada melalui kredit @ debit card.


    6.   Hari appointment VISA

Memandangkan ni kali pertama apply for VISA, ana sediakan bnyak dokumen untuk appoitment. Apa yang ana bawa adalah seperti dibawah:
  • Sijil & transkrip degree
  • IELTS
  • Pasport baru & lama
  • Gambar untuk VISA ( xboleh nampak gigi)
  • Financial affidavit
  • Letter CAS
  • Offer letter Uni
  • TB test
  • Surat Appointment VISA (download dari website VISA)
  • Application form VISA (download dari website VISA)
Tetapi, mase appoitment VISA t, hanya few dokumen sahaja yang diambil iaitu
  • Pasport baru & lama
  • Letter CAS
  • TB test
  • Application form VISA
  • Financial affidavit

Jika tiada sebarang masalah, In sha Allah dalam masa 14 hari, VISA sudah boleh dapat. Bergantung pada waktu, jika peak time between August – Septmber, proses siap VISA boleh memakan masa 15 hari. Jika bukan peak time, lebih awal boleh siap. In sha Allah.


Sekian sahaja perkongsian. Moga bermanfaat. J



Apa yang ditakdirkan ALLAH, pasti satu KEBAIKAN..

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)



Bersyukurkah aku?? Persoalan yang sentiasa ana ungkapkan dalam diri ini. Dalam sedar x sedar, Allah dah bawa ana jauh, melepasi hari-hari yang lepas dengan jayanya, alhmdulillah.. ana harap shabat-shabat juga begitu...

Belajarlah dari universiti dunia. Setiap yang berlaku, tidak bertujuan untuk sia-sia melainkan membawa seribu pengajaran dan pengalaman untuk di contohi dan dipelajari untuk hari ini dan masa hadapan yang lebih baik.

Buat sahabat-sahabat pembaca, jom sama-sama kita ingatkan diri:

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

JIka terasa berat, kembalilah kepada Allah. JIka terasa susah hati, berdoalah kepadanya, sujudlah kepadaNYA. Lumrah seorang insan akan betul betul tunduk kepada ALLah apabila di dalam kesedihan dan kesempitan. Jika tidak kembali kepada Allah, kepada siapa lagi kita boleh berpaling dan mengharap?

Tuhan pemilik segalanya. Tuhan yang menggerakkan hati-hati manusia. Kita ada Allah, sesungguhnya itu adalah lebih bermakna dari segala-galanya.


P/s: Buat adikku syofwan dan amir yang tersayang, setiap yang datang dalam hidup ini pasti bersebab. Kuatkan semangat, yakin dan terus berdoa, Allah pasti bersama.. :)