Cerita burung itu
.. Angin petang sepoi2 bahasa menjengah ke pipiku. Alhamdulillah ya Allah, terasa ketenangan ini dalam hati sambil melihat keindahan langit yang tidak putus-putus disusuli dengan kicauan burung-burung yang sedang terbang balik setelah penat seharian mencari makan. Inilah suasana setiap petang di tanah tempatku dibesarkan, Tanah Merah Kelantan. Sesekali kelihatan kucing kesayangan keluargaku, Gemuk ligat bermain di laman rumah. Ya Allah, terima kasih atas nikmat ketenangan ini, bisikku dalam hati.
Akak, cuba tengok burung-burung yang sedang berkicau terbang tu. Aku mendongak ke langit. Kuat kedengaran kicauan burung-burung itu, mungkin tengah bercakap dalam bahasa mereka, persis hatiku. Ya ayah, semuanya tengah bercakap sesama mereka..hepi gamatnya.. kataku kepada ayah sambil tersenyum.
Ayah memulakan ceritanya.. Ayah masih ingat, dlu ade seorang kawan ayah yang suka menembak burung. Suatu petang, dia berjaya menembak tiga ekor burung. Bila diteliti, ade sekor burung yang agak kosong perutnya, manakala dua ekor lagi penuh dengan makanan.. Terdetik dalam hatinya, tentu sahaja burung yang kosong perutnya akan kelaparan pada malam ni. Entah tidurnya lena atau tidak memikirkan ke manakah destinasinya esok untuk mencari rezeki..Simpati menjengah dirinya. dan akhirnya alhmdulillah kawan ayah tidak memburu lagi selepas itu...
Ayah menambah lagi.. Ayah rasa bunyi kicauan burung sekarang semuanya tengah bercerita sesama mereka apa yang mereka dapat makan hari ini dan ke mana akan mereka pergi pada esok hari. Burung-burung yang kekenyangan kerana berjaya mendapat rezeki yang bnyak mungkin adalah burung yang paling kuat berkicau bercerita.. Kata ayahku sambil tersenyum melihat langit.. Sesungguhnya rezeki itu harus dicari. Rezeki yang halal. Aku juga tersenyum. Mendongak melihat burung-burung yang terbang berpasangan dan berkumpulan di langit. Jarang sekali melihat ade burung yang pulang bersendirian pada petang. Rezeki.. Terbayang di mindaku betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita hamba ALLAH. Terima kasih Allah. Teringat aku kepada sepotong ayat al quran:
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).
Dunia adalah satu pengembaraan
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)
Marilah kita sama-sama menasihati, tolong menolong agar kita lebih kuat di masa hadapan dan menjadi umat berjaya. In sha Allah.
Moga Allah redha :)
Sesungguhnya hidup ini adalah bagi mencari redha Allah
ReplyDeleteAlhmdulillah, terima kasih En Zairi atas ingatan.
DeleteHidup tenang dengan redha Allah :)