Sunday, October 12, 2014

Saturday, October 11, 2014

Perjalananku - Malaysia to London

Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru ana berpeluang untuk berkongsi perjalanan ke London pada 1/10/2014. Kira kira 12 hari yang lepas. Terlalu banyak yang ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat semua. In sha Allah ana akn coretkan sebanyak mungkin di sini untuk panduan sahabat2.

DEPARTURE from KL-HEATHROW LONDON

Departure: Alhmdulillah, ana telah berlepas dari KLIA pada jam 12.00 pagi waktu Malaysia (bye2 malaysia). Untuk flight ni, ana dibenarkan untuk membawa  check in bags (1@2 seberat 30kg) dan 1 hand carry. Sahabat2 dinasihatkan agar letak semua ubat, makanan@ stationery (stapler, gunting) dalam check in bag. In sha Allah akan selamat. Kalau letak semua barang ni dalam handcarry, alamak mg kena ambillh.. Contohnya losyen mustajab ana.. huhu.. sedih bukan kepalang bila officer mintak kebenaran nk ambil losyen tu. (isk2). 

Sepanjang penerbangan (MAS): Alhamdulillah, selepas berlepas je dah smpai makanan. Maka ana makan dengan happynya..hehe.. Perjalanan yang dijadualkan selama 13 jam tu pasti membosankan. Tapi jgn bimbang. Boleh je tengok movie, screen kat dihadapan seat masing2. Boleh bace quran jugak, ade je just usha2 apa yang ade kat screen t J untuk solat, boleh tnya pramugari bila waktu subuh masuk. Ana berada di seat lower desk, boleh solat dihujung bahgian berdekatan dengan toilet. Pendek kata, tnya je pramugari, they are really helpful.

TIBA DI AIRPORT HEATHROW LONDON

For student, kindly prepare your cas letter, Financial affidavit, offer letter and visa.

Tip1. 

  1.  Bila sampai di airport, bagi yang xde no UK lagi, boleh on internet heathrow (45 min free). So boleh wassap dan maklumkan pada kawan@family dah sampai etc.
  2. Jangan simply ambek cab kat luar airport, tersangatlah mahal. Ana sgt recommend sahbat untuk book cab guna BA transfer dari Malaysia lagi http://www.batransfer.com/ Boleh booking a few days before departure. In sha Allah, jauh lebih murah. Murahnya mcam mana?? Ana berdua dan kitrg tempah taxi ke hammersmith (38p). Divide dua orang 18p je sorg, alhmdulillah J ade kawan ana yang ambil je taxi dari luar airport – hammersmith kena 60p.. huhu..but its ok. Belajar dari pengalaman.
  3. Ade vending machine kat airport yang boleh beli simcard. Bagi yang dah ade tempat tinggal kat UK @ ade kwan, boleh order free simcard giffgaff https://giffgaff.com/. Boleh order dari Malaysia lagi dan giffgaff akan send pada alamat yang kita letak dalam application. Cara ana buat. Ana order free simcard giffgaff 2 minggu sebelum bertolak dan letak alamat kawan. Bila smpai airport ana just wassap guna tenet heathrow bgtau dah smpai. Bila taxi BA transfer yang ana book dah smpai, terus pergi rumah kawan dan ambil simcard dan activate..hehe.. senang kan.. (nie cara nk jimat)huhu..

In sha Allah ana akan berkongsi lagi perjalanan hidup di London n, ikhlas dari ana yang masih daif dalam hidup dan sentiasa nak belajar sesuatu yang baruJ Moga perjalanan ini diberkati dan diredai Allah, in sha Allah.. amin :)