Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru ana berpeluang
untuk berkongsi perjalanan ke London pada 1/10/2014. Kira kira 12
hari yang lepas. Terlalu banyak yang ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat
semua. In sha Allah ana akn coretkan sebanyak mungkin di sini untuk panduan
sahabat2.
DEPARTURE from
KL-HEATHROW LONDON
Departure: Alhmdulillah,
ana telah berlepas dari KLIA pada jam 12.00 pagi waktu Malaysia (bye2 malaysia). Untuk flight
ni, ana dibenarkan untuk membawa check
in bags (1@2 seberat 30kg) dan 1 hand carry. Sahabat2 dinasihatkan agar letak
semua ubat, makanan@ stationery (stapler, gunting) dalam check in bag. In sha
Allah akan selamat. Kalau letak semua barang ni dalam handcarry, alamak mg kena
ambillh.. Contohnya losyen mustajab ana.. huhu.. sedih bukan kepalang bila officer
mintak kebenaran nk ambil losyen tu. (isk2).
Sepanjang penerbangan
(MAS): Alhamdulillah, selepas berlepas je dah smpai makanan. Maka ana makan
dengan happynya..hehe.. Perjalanan yang dijadualkan selama 13 jam tu pasti
membosankan. Tapi jgn bimbang. Boleh je tengok movie, screen kat dihadapan seat
masing2. Boleh bace quran jugak, ade je just usha2 apa yang ade kat screen t J untuk solat, boleh
tnya pramugari bila waktu subuh masuk. Ana berada di seat lower desk, boleh
solat dihujung bahgian berdekatan dengan toilet. Pendek kata, tnya je
pramugari, they are really helpful.
TIBA DI AIRPORT
HEATHROW LONDON
For student, kindly prepare your cas letter, Financial
affidavit, offer letter and visa.
Tip1.
- Bila sampai di airport, bagi yang xde no UK lagi, boleh on internet heathrow (45 min free). So boleh wassap dan maklumkan pada kawan@family dah sampai etc.
- Jangan simply ambek cab kat luar airport, tersangatlah mahal. Ana sgt recommend sahbat untuk book cab guna BA transfer dari Malaysia lagi http://www.batransfer.com/ Boleh booking a few days before departure. In sha Allah, jauh lebih murah. Murahnya mcam mana?? Ana berdua dan kitrg tempah taxi ke hammersmith (38p). Divide dua orang 18p je sorg, alhmdulillah J ade kawan ana yang ambil je taxi dari luar airport – hammersmith kena 60p.. huhu..but its ok. Belajar dari pengalaman.
- Ade vending machine kat airport yang boleh beli simcard. Bagi yang dah ade tempat tinggal kat UK @ ade kwan, boleh order free simcard giffgaff https://giffgaff.com/. Boleh order dari Malaysia lagi dan giffgaff akan send pada alamat yang kita letak dalam application. Cara ana buat. Ana order free simcard giffgaff 2 minggu sebelum bertolak dan letak alamat kawan. Bila smpai airport ana just wassap guna tenet heathrow bgtau dah smpai. Bila taxi BA transfer yang ana book dah smpai, terus pergi rumah kawan dan ambil simcard dan activate..hehe.. senang kan.. (nie cara nk jimat)huhu..
In sha Allah ana akan berkongsi lagi perjalanan hidup di London
n, ikhlas dari ana yang masih daif dalam hidup dan sentiasa nak belajar sesuatu
yang baruJ Moga perjalanan ini diberkati dan diredai Allah, in sha Allah.. amin :)
Salam Pn. Iefa. Berkobar-kobar semangat saya nak sambung study di luar negara tau bila baca post-post Pn. Iefa. Rasa lebih tenang dan lebih yakin untuk survive di negara orang. Hanya Allah yang boleh balas jasa Pn. Iefa. Doakan saya berjaya jejakkan kaki di UK untuk menuntut ilmu ye.. Amin. =)
ReplyDeleteWaalaikummusalam wbt. Terima kasih atas doa yang dititipkan. Amin ya rob.
DeleteUntuk awak juga, moga Allah permudahkan semuanya. AMin. :) Salam ramadan