Tuesday, August 09, 2016

Minggu Penyelidikan dan Perubatan kali ke 18 HUKM - present poster


Alhmdulillah, minggu penyelidikan dan perubatan kali ke 18 HUKM. Terima kasih kepada jabatanku kerana sudi menaja kursus ni.. RM400.. huhu

Buku program. Di dalam ini ada abstrakkuu


Akhirnya hari yang mendebarkan sudah tiba. Memandangkan ni adalah kali pertama saya menjadi peserta pertandingan poster, debaran sangatlah dirasai. Sempat mendapatkan tips pembentangan poster dari seorang sahabat:

" Terangkan apa yang penting saja. Ada kalanya masa yang diberikan untuk pembentangan hanyalah 3 - 5 mini bergantung pada keadaan"

Siap siaga di hadapan poster. Menanti kedatangan para juri. Secara jujur memang saya kurang yakin kerana tahu banyaknya kelemahan dalam dissertation master ini. Tapi dikuatkan hati ini untuk menyertai. Tengah sabar menunggu, mataku terpaku pada Profesor Datin Dr Norlinah Mohamed Ibrahim, tokoh penyelidik HUKM 2016 yang semakin menghampiriku. Berdebarnya hanya Allah yang tahu, bimbang kena hentam. Kuterangkan dengan ringkas berkenaan projekku kepada Datin. Beberapa soalan ditanya kepadaku. Tetapi soalan Datin yang terakhir paling menjeratku.

Datin: Awak dah bagitahu HUKM berkenaan findings awak? Minta mereka pertimbangkan untuk diaplikasi pada pesakit haemodialysis."
Diriku: Err, Datin, ini hanyalah preliminary study dan findings saya bukanlah significant. Hanya satu ini sahaja, itupun masih memerlukan penyelidikan lanjut", jawabku tersipu sipu.
Datin: This is a good finding and a good research. Please contact Prof.... and tell him about your finding. Just inform him that I'm the one that ask you to do so.
Diriku: In sha Allah Datin. Terima kasih

Subhanallah, Allahuakhbar, terasa sangat terkejut. Kerana tidakku sangka penyelidikan kecilku ini sebenarnya bagus (perasan sendiri.hihi). Datin sudah berlalu, datang pula seorang Dr dari Hospital di kedah. Dengan penuh keriangan, bersungguh sungguh saya menerangkan kepada beliau berkenaan posterku. Banyak betul soalan yang ditanyaku. Tetapi apa yang menarik;

Dr: This is a very good study. Never come across this idea before.
Me: Dr, frankly speaking, I didn't know what is the preferred angle by the surgeon in Malaysia. I tried to reach a few surgeons asking about this questions, but seems it really difficult to approach them myself.
Dr: Well, I'm in this field and I am familiar with this angle of anastomosis. What interest me is, when we create the anastomosis, we never think about a specific or standard angle. As long as the blood flow can flow well, it is enough. So your study is something new for me.
Me: Really. I'm so happy if that so.
Dr: Can I take picture of this poster? I can study more on this.
Me: Gulp'. Sure, as you wish.

Ya Allah, is this for real. Alhamdulillah, tak sangka. Makin bersemangat diriku. Dan diriku dan poster terus dikunjungi oleh 3 orang Dr.yang sedang membuat Master dari jabatan radiologi. Mereka juga ambil gambar posterku dan siap cakap nak sambung penyelidikan ini. Hehe. diriku tersenyum sendiri.

Alhamdulillah, lebih kurang 45 minit saya bercakap. Tetapi secara jujur, hari ini telah memberi saya semangat dan kekuatan untuk terus menyelidik. Bagi yang belum berkesempatan untuk membuat presentation poster, silalah berbuat demikian. In sha Allah banyak sangat pengalaman yang kalian akan dapat yang akan terus membantu kalian di masa depan.

PhD menunggukuu.. Ya Allah permudahkanlah :) Amin

Bersama posterku dan abstrak ini akan diterbitkan di jurnal UKM, almdulillah







No comments:

Post a Comment