9.10.16; 5.33pm
Oxford
Angin petang ini sepoi-sepoi bahasa. Seperti sedang memahami kerinduanku pada keluarga nun jauh di sana. Tik tik, mesej wassap masuk. Lantas ku baca:
"Fifah, apa tips kali pertama berjumpa supervisor. Apa yang perlu saya tanya? Perlu explain proposal terus ke? Bimbang ni, bukan ada idea full lagi", mesej kawanku dengan panjang lebar.
Tersenyum aku. Aku faham, kali pertama atau hari pertama berjumpa supervisor adalah hari yang penting dan sangat mendebarkan. Aku juga berperasaan begitu. Namun, kegusaran dan kebimbangan itu pasti akan dapat ditepis jika kita sedikit sebanyak mendapatkan tips dari orang yang lebih senior. Dan itulah yang aku lakukan sebelum aku berjumpa SV ku, Professor Paul Leeson.
Beberapa tips apabila ingin berjumpa SV:
1. Email SV dan bertanya bilakah beliau mempunyai masa terluang. In my case, ni yang SVku jawab. Gembiranya....
2. Apabila tiba hari berkenaan, bertanya khabar SV dan ceritakan serba sedikit minggu pertama anda di UK.
3. Tanya SV adakah beliau ingin berjumpa setiap hari dan bilakah meeting kumpulan penyelidikan beliau akan dijalankan. Hal ini penting supaya kita sentiasa bersedia untuk hari tersebut.
4. Jika sudah mempunyai idea serba sedikit, boleh berkongsi dengan supervisor apakah idea tersebut dan boleh dapatkan sedikit sebanyak pandangan daripada beliau.
5. Bertanya serba sedikit dengan penyelidikan yang akan anda jalankan: adakah projek ini sudah mempunyai geran atau sumber kewangan, perlukah memohon 'ethical approval'. In my case, penyelidikan sedang berjalan dan sudah tidak perlu memohon ethical approval lagi.
6. Borang penilaian Tahun pertama: sesetengah universiti memerlukan pelajar mengisi borang penilaian ini dan perlu berbincang dengan supervisor.
7. Bertanya pada SV bilakah pertemuan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
:) Semoga berjaya
No comments:
Post a Comment