Saturday, February 16, 2019

Langkah si scammer: Kenal pasti penipuan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entry kali ini adalah berkaitan penipuan yang saya yakin semakin menjadi-jadi pada zaman sekarang.
Saya terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang ada setelah seorang sahabat bertanya adakah email yang diterima benar atau hanya penipuan semata-mata. Seorang pelanggan ingin membeli barangan beliau yang berharga RM120. Beliau diminta untuk refund kepada agent pelanggan ini yang berada di Malaysia sebanyak RM580 kerana kononnya pelanggan ini telah membuat pembayaran kepada beliau sebanyak RM700. 

Kenapa bayar RM700? Kerana kononya minimum penghantaran wang dari luar negara ke Malaysia melalui Barclays bank adalah RM700. 

Sebagai seorang peniaga online, pastinya email ini menimbulkan keraguan dan adakah pembeli ini adalah true customer atau scammer. Kepada peniaga atau sesiapa sahaja di luar sana, sila berhati-hati sekiranya menerima email atau dihubungi oleh pelanggan yang pelik’. Saya ingin berkongsi beberapa perkara yang jelas dan senang untuk dilihat sama ada ini adalah penipuan atau tidak.

Di bawah adalah contoh email yang diterima oleh seorang sahabat saya

Sila lihat red arrow'







11.  From: Onlinetransferservice02@gmail.com (anak panah merah)

Ini adalah penipuan yang sangat jelas. Barclays bank menggunakan GMAIL sebagai medium penghantaran email? Barclays bank merupakan world-wide bank dan sistem email yang digunakan pastinya bukan gmail. Saya menggunakan Lloyds bank di UK dan email yang digunakan adalah contoh: -----@lloydsbank.co.uk



Sila lihat red arrow'


1.     2.     Bank detail status: Verified!

Tiada bank yang menggunakan tanda baca seperti tanda seru (VERIFIED!) untuk membuktikan kesahihan transaksi.


3. World wide bank biasanya tidak menggunakan pengantara untuk menerima wang yang dihantar dari luar negara. Saya sendiri pernah membuat telegraphic transfer dari UK(Lloyds bank) ke Malaysia (Maybank). Perkongsian bagaimana saya membuat penghantaran wang tersebut boleh dibaca di sini Transfer wang dari UK ke Malaysia. Mengetahui serba sedikit bagaimana proses penghantaran dan penerimaan wang dari luar negara adalah penting terutamanya bagi peniaga yang berurusan dengan pelanggan luar negara. 




4.  https://www.barclays.co.uk/ways-to-bank/international-payments/



Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas juga, bolehlah google 'international payment' untuk bank yang berkaitan. Banyak maklumat yang boleh didapati melalui website rasmi bank.


5.    We've placed a temporary hold on the funds of this transaction


Kenapa??? Kerana ini adalah alasan yang selalu digunakan oleh scammer untuk mendapatkan duit. Duit yang dihantar tidak akan dibank in' sehingga peniaga membuat pembayaran kepada agent (detail seperti dalam gambar). Sekali lagi diingatkan, world wide bank tidak akan menggunakan agent untuk menerima atau menghantar wang ke luar negara. Adakalanya, scammer juga menggunakan taktik mengugut penjual, kononnya tindakan undang undang atau laporan polis akan dibuat sekiranya wang yang diminta tidak diberi. Rule of thumb, you've done nothing wrong, so no need to be afraid. 



S  Saya sangat menggalakkan laporan di buat kepada pihak polis atau pihak berkaitan agar mereka dapat menyoal selidik "agent" yang kononnya telah dilantik tersebut. "Agent" ini, yang mana nama dan akaun nombor boleh didapati dalam email di atas pastinya mempunyai kaitan atau mempunyai info mengenai si scammer. Jika kita tidak melaporkannya, siapa lagi akan berbuat demikian. 


Sekian perkongsian dari saya. Kepada scammer di luar sana, sesungguhnya hidup lebih indah dan BERKAT tanpa penipuan :)