Tuesday, April 30, 2019

Tip Memilih Supervisor PhD

In sha Allah pada entri kali ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dalam memilih supervisor (SV). Walau pengalaman ini tidak seberapa,saya berharap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan panduan kepada para pembaca yang mungkin berniat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat MSc atau PhD terutama di luar negara.

Sebelum meneruskan pembacaan, suka saya tekankan di sini bahawa semua maklumat di bawah adalah daripada pengalaman dan cadangan saya semata-mata. dan anda tidak perlu bersetuju dengan semua maklumat ini :) Selamat membaca.

Tips memilih SV


1. Jika boleh, carilah SV daripada universiti yang terkemuka
Kebanyakkan universiti terkemuka mempunyai "postgraduate support system" yang sangat baik contohnya University of Oxford. Sistem sokongan seperti adalah sangat penting bagi membantu perkembangan perjalanan PhD seseorang pelajar. Dengan sokongan luar seperti support sistem daripada college (independent daripada supervisor), segala masalah adalah lebih senang untuk diselesaikan terutamanya apabila melibatkan masalah supervisor. 


2. Bagaimana bakal SV membalas email
Sekiranya anda ada menghantar email kepada bakal SV, contoh memberitahu minat untuk membuat PhD atau MSC dibawah beliau, cuba anda teliti balasan email daripada mereka. Balasan email memberi banyak maklumat mengenai bakal SV tersebut:

  - Adakah bakal SV cepat atau lambat membalas email
    (Sekiranya cepat, saya andaikan dia merupakan seorang yang aktif dan peka dalam membuat sesuatu. Cth terdekat adalah SV saya).
  - Sekiranya anda ada bertanya kepada bakal SV pada email sebelumnya, adakah balasan email      daripada bakal SV ada menerangkan panduan bagaimana untuk mencari atau menyelesaikan perkara tersebut.
    Sekiranya beliau menerangkan sedikit sebanyak bagaimana untuk mendapatkan jawapan tersebut, saya yakin beliau adalah seorang yang akan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pelajarnya.


3. Kumpulan penyelidikan yang besar 
Apabila bakal SV mempunyai group research yang agak besar, ini bermakna kebarangkalian untuk mendapat tunjuk ajar daripada post doc juga adalah lebih besar. Mendapat tunjuk ajar daipada post doc sepanjang PhD adalah sangat membantu. Di samping itu, kumpulan penyelidikan yang besar juga memberi impak kepada penerbitan kerana kita bekerja secara berkumpulan dan secara tidak langsung penerbitan juga lebih banyak.


Sekian saja perkongsian saya. Sekiranya para pembaca mempunyai cadangan atau pengalaman lain, bolehlah berkongsi di ruang komen untuk panduan kita semua :)






Thursday, April 18, 2019

Untukmu suamiku tercinta.


Dirimu yang terbaik untukku, dunia dan akhirat, in sha Allah. 
- Mr Mahmud Bukhari -





Terima kasih kerana berkorban untukku dan Yusuf.
Maafkan diriku di atas kesibukan dalam mengejar PhD ini,
Engkau suamiku yang terbaik dunia akhirat,
Sabar melayani kerenahku dan juga Yusuf,
Allah sebaik-baik yang mampu membalas segala jasamu.

Allah melindungimu dunia akhirat. Amin.


p/s: PhD adalah satu perjalanan yang memerlukan pengorbanan terutama dari pasangan. Saya doakan semua yang sedang berjuang dalam pelajaran akan dikurniakan suami yang sangat memahami, dan semoga urusan menuntut ilmu kalian dipermudahkan. amin.


Afifah



Tempatku belajar di University of Oxford

Terpanggil untuk memperkenalkan tempat di mana saya belajar di Oxford.

Nama: Cardiovascular Clinical Research Facility (CCRF)
https://www.rdm.ox.ac.uk/about/our-clinical-facilities-and-mrc-units/cardiovascular-clinical-research-facility

Location: The John Radcliffe Hospital, Oxford

Division: Medical Sciences

Department: Radcliffe Department of Medicine

University: University of Oxford

My profilehttps://www.rdm.ox.ac.uk/people/afifah-mohamed

My research projecthttps://www.rdm.ox.ac.uk/about/our-clinical-facilities-and-mrc-units/cardiovascular-clinical-research-facility/ongoing-clinical-studies/trial-of-exercise-to-prevent-hypertension-in-young-adults-tephra

&

https://www.rdm.ox.ac.uk/about/our-clinical-facilities-and-mrc-units/cardiovascular-clinical-research-facility/ongoing-clinical-studies/yacht

CCRF merupakan sebuah unit trial yang sangat cepat membangun. Di sini, saya banyak berkecimpung dalam clinical trials. Terlalu banyak yang ingin saya kongsi berkaitan tempat belajar saya. Terasa sangat bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang saya anggap seperti keluarga di sini, CCRF family. In sha Allah bila berkelapangan saya akan berkongsi serba sedikit tentang CCRF.

Spring Time. Tempatku menimba ilmu

With part of the great team, CCRF
CCRF team




Wednesday, April 17, 2019

Suami, anak dan PhD

Suami anak dan PhD😄

Saya dalam fasa tahun akhir menghabiskan PhD di University of Oxford. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu bertapa sibuk, dan adakalanya sangat rasa bersalah pada anak dan suami kerana tidak meluangkan masa yang cukup untuk mereka. 

Jiwa kena kental, usaha kena kuat. Saya rasa ini adalah kata kata terbaik untuk diri sendiri sebagai seorang pelajar,isteri dan juga ibu (banyaknya title). 

Tips untuk hari ini bagi mengatasi rasa sedih, bersalah dan macam macam perasaan lagi dalam diri anda jika anda seperti saya:

1. Minta maaf dengan suami
Saya selalu minta maaf dengan suami dan minta beliau doakan saya. Saya bagitahu tentang kerja saya dan minta dia selalu doakan dan maafkan saya. Moga moga dengan itu, lagi mudah dan lancar perjalanan PhD saya. Amin. Alhmdulillah beliau sangat memahami. Lepas tu, saya akan tenang.

2. Selalu minta mak ayah doakan
Yang ni saya selalu lakukan dari dulu. Selalu call dan cakap cakap. Mg style saya tak pernah bagitahu masalah di sini cuma sekadar mohon mereka doakan. Berkat doa mak ayah.

3. Selalu baca kata kata positif

4. Sujud dan doa pada Allah
Ni yang paling penting. Apabila sibuk saya selalu lupa yang saya patut lebih tunduk dan sujud padaNYA. KERANA DIA SEBAIK BAIK PENOLONG. Yang Maha Mengetahui. Menjaga hubungan denganNYA adalah kunci utama kepada keberkatan dalam belajar. 

Good luck to me and all.


P/s: Writing my paper. It took me so long. But I just need to be strong , keep going and in sha Allah everything will be fine. Do pray for me 🥰