Saya dalam fasa tahun akhir menghabiskan PhD di University of Oxford. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu bertapa sibuk, dan adakalanya sangat rasa bersalah pada anak dan suami kerana tidak meluangkan masa yang cukup untuk mereka.
Jiwa kena kental, usaha kena kuat. Saya rasa ini adalah kata kata terbaik untuk diri sendiri sebagai seorang pelajar,isteri dan juga ibu (banyaknya title).
Tips untuk hari ini bagi mengatasi rasa sedih, bersalah dan macam macam perasaan lagi dalam diri anda jika anda seperti saya:
1. Minta maaf dengan suami
Saya selalu minta maaf dengan suami dan minta beliau doakan saya. Saya bagitahu tentang kerja saya dan minta dia selalu doakan dan maafkan saya. Moga moga dengan itu, lagi mudah dan lancar perjalanan PhD saya. Amin. Alhmdulillah beliau sangat memahami. Lepas tu, saya akan tenang.
2. Selalu minta mak ayah doakan
Yang ni saya selalu lakukan dari dulu. Selalu call dan cakap cakap. Mg style saya tak pernah bagitahu masalah di sini cuma sekadar mohon mereka doakan. Berkat doa mak ayah.
3. Selalu baca kata kata positif
4. Sujud dan doa pada Allah
Ni yang paling penting. Apabila sibuk saya selalu lupa yang saya patut lebih tunduk dan sujud padaNYA. KERANA DIA SEBAIK BAIK PENOLONG. Yang Maha Mengetahui. Menjaga hubungan denganNYA adalah kunci utama kepada keberkatan dalam belajar.
Good luck to me and all.
P/s: Writing my paper. It took me so long. But I just need to be strong , keep going and in sha Allah everything will be fine. Do pray for me 🥰
Salam Afifah,
ReplyDeleteDidoakan writing phase afifah dipermudahkan dan dilancarkan segalanya. Sy ada email Afifah untuk bertanya mengenai application prosedur di Oxford.
Boleh sy contact afifah utk pertanyaan lanjut? Boleh set masa bila afifah free, perhaps by Skype?
Salam ukhwah
Wasalam. Good luck.happy to help dan terima ksih atas doanya :)
ReplyDelete