Saturday, December 21, 2013

KARNIVAl Pendidikan MARA 2013 ( 21&22 DISEMBER)

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.. bertemu lagi kita untuk entry pada kali ini. Ana doakan semua sahabat2 sentiasa ceria dan jgn lupa ceria-ceria selalu. Sentiasa tersenyum ye.
Alhamdulillah hari sabtu kelmarin (sidang pagi) di manfaatkan dengan open day Columbia Hospital yang mana ana dan student dari UKM menerangkan tentang Breast Self Examination (BSE). Sambutan adalah sangat menggalakkan dalam for sure sangat gembira krn dapat improve communication skill dan dapt hadiah. Yeay :) Alhmdulillah



Dalam perjalanan pulang sekitar jam 1.30 tengahhari, kami semua tertido kepenatan. Perancangan Allah, Allah sebaik2 penentu perjalanan setiap hambaNYA. Alhmdulillah, apabila sampai berdekatan dengan Sogo Kl, ana tersedar dan tiba-tiba ternampak banner ni....Karnival MARA (21-22 DISEMBER).




Dan secara tidak langsung, nampak jugak bangunan MARA tempat karnival tersebut berlangsung. Terus je trun ke sana dan join karnival tersebut. Di Karnival ni seperti biasa representative dari universiti swasta kebanyakkannya. Kepada sesiapa yang mempunyai adik SPM@ STPM, bolehlah dtg untuk bertnya dan mengetahui peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.








Pada masa yang sama, ana juga banyak bertanyakan tentang Pinjaman MARA. InsyaAllah untuk sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman MARA, permohonan akan dibuka dalam bulan Feb@ mac ini. Jadi bolehlah standby ye J

Tinggal sehari saje lagi iaitu hari ni untuk karnival ini. Kepada yang tak berkesempatan jangan bimbang. Hehe. Sebab saya dapat tahu daripada salah satu representative bahawa Karnival Pendidikan MARA akan diadakan secara besar-besaran lagi pada 15-16 MAC 2014. Jadi save the date. Mase ni insyaAllah keputusan SPM dah keluar.

Moga dpermudahkan urusan. Wasalam.


Monday, December 16, 2013

Fellowship (UKM) Interview PART 1

Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah.. syukur atas rahmat Allah.. moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita dalam mencari redhaNYA.. Pentingnya sahabat yang selalu mengingatkan kepadaNYA.. Terima kasih krn selalu menasihati diri ni.



Untuk entry kali nie ana ingin berkongsi tentang interview fellowship dari sebuah IPTA pada 10/12/2013 yang lepas. Alhmdulillah, diinterview oleh mereka-mereka yang sangat supportive dan helpful.

kali ini ana diinterview oleh lima org pensyarah. Bila masuk je dalam bilik terasa sangat berdebar-debar. Namun alhmdulillah, bila start je mock up teaching , semua gelabah hilang. Alhmdulillah, ALLah MAha Penolong..

Selesai mock up teaching, sesi temubual dijalankan.. Sesi ini mengambil mase hampir sejam. terasa penat berfikir-fikir jawapan. Antra soalan yang ditnya:

1. Please introduce yourself
2. What would be your specialization in the future, plan of study
3. What are the benefit if we choose you
4. What can you contribute for this Uni in the future
5. Life plan-marry etc
6. What is your plan instead if you dont get placement at any of the uni
(kos yang ana ingin mintak nie sgt limited. probability untuk dpt Uni yang ana apply adalah rendah krn di Malaysia profession ini masih lagi lack )
7. What is yourstrength

.............Sebenrnya banyak lagi soalan yang ditnya. Selepas habes interview, interviewers mengutarakan komen-komen membina.

You should be confident with yourself. Dont say words maybe, if,.. Instead, say I strongly believe, I can do it etc. terasa seperti praktis MUEt..hehe. please improve your English. Grammar.

Oh my English. Uni yang ana pply ini sgt strict. Untuk dapat fellowship nie adalah susah tetapi bukan mustahil..insyaAllah. Komen membina mereka banyak memberi semangt kepada ana agar sentiasa berlatih dan improve my English.

Ana akan melalui second part rehearsal interview sebagai preparation terakhir sebelum interview di Peringkat kedekanan.terima kasih untuk semua interviewers yang sgt prihatin dan membantu. Mohon doa semua yang membaca.

Sekian, moga perkongsian ini mampu memberi manfaat pada org lain..insyaAllah :)




Sunday, December 15, 2013

Apply oversea Uni sebelum habis belajar.. Macam mana??

Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah.. syukur pada Allah yang telah banyak mempermudahkan urusan seharian kita semua.. Terima kasih ya Allah krn masih beri kami kesempatan dan peluang untuk kami meneruskan jejak langkah kami di bumi yang indah ini.. Alhmdulillah :)

sejak akhir-akhir ini banyak mendapat soalan daripada adik dan shabat berkaitan mcm mana nak dapatkan placement di Uni oversea untuk pengajian master/pHd sebelum tamat belajar. InsyaAllah untuk entry ini ana akan kongsikan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil :)


Ana tamat belajar pada Bulan July 2013 yang lepas. Dan Alhmdulillah sebelum tamat belajar tue ana sudah dapat dua offer letter seperti yang ana kongsikan di sini http://iefa123.blogspot.com/2013/12/offer-letter.html

Dan intake untuk uni tersebut adalah pada bulan 9 lebih kurg mcm tue.. Kalau ikutkan insyaAllah sempat untuk fly selepas tamat belajar (bulan 9) walaupun kita tak konvo pom lagi..

Di bawah ana listkan step2 yang perlu dibuat jika berminat untuk sambung belajar ke luar negara sebaik sahaja habis belajar. Entry ini specific untuk sambung master je bkn Phd.

Here we go.
1. Sila clarify berminat untuk sambung belajar dalam bidang apa.

2. Search for university yang ade kos tersebut.
  (biasanya ade directory yang specific untuk setiap kos cth- Postgraduate Directory for Medical   Imaging, tp    kena cari lah).

3. Bace requirement yang diperlukan. Bila intake etc.
  (Ade sesetengah uni memerlukan keputusan IELTS (english exam seperti MUET, tapi IELTS adalah   untuk sambung belajar diluar negara). Tapi, ade sesetengah Uni xperlu pun result IELST instead      mereka ok je kalau kita bagi result GSCE mase SPM dulu.

4. Bila dah berminat boleh apply melalui online apllication. Ade uni yang memerlukan kita bayar yuran permohonan, ade Uni yang boleh apply for free. kalau nak senang, boleh apply melalui agent education. Macam mana nak apply boleh rujuk di sini  http://iefa123.blogspot.com/2013/12/agent-education-untuk-apply-uni-oversea.html

Document yang perlu disediakan adalah seperti previous entry http://iefa123.blogspot.com/2013/12/tips-menyediakan-online-dokumen-untuk.html


Ana dulu tengah praktikal ana apply. Senang saje procedure, cuma mula-mula tue memerlukan kesabaran sebab ana belajar apply sendiri, totally belajar dari blog and pengalaman senior. jadi untuk kali nie ana nak kongsi lah dengan semua.

Untuk academic transcipt-
boleh guna lastest acdemic transcript. Boleh guna mini tanscript yang ade result kita sampai sem 7.

Untuk Uni yang memerlukan IELTS-
kena preparelah.. Lepas habes belajar cth mcm ana dlu habes belajar dalam bulan 7. Intake Uni dalam bulan 9. jadi dalam awal bulan 8 tue dah boleh ambek ILETS. belajarlah IELTS sepanjang sem terakhir. InsyaAllah untuk kebaikan diri kita dan masa depan diri kita sndiri.

Intake University-
Akan ade intake Uni oversea untuk bulan 9/10 dan 2/3 setiap tahun.

Untuk scholarship-
Be aware dengan MARA. MARA akan kluarkan notis iklan biasiswa dalam bulan 3, apply mase tue. mereka akan buat pemilihan dalam bulan 5. Ini berdasarkan previous application untuk MARA.

JPA- bagi pemegang biasiswa JPA yang mndapat result first class, insyaAllah boleh apply permohonan biasiswa JPA under Program pelajar Cemerlang (PPC). mase ana dulu, JPA keluarkan permohonan dalam tengah bulan 7. Awal bulan 8, JPA dan panggil interview mana-mana pelajar yang appy untuk ke luar negara. result x lama lepas tue dah keluar.

University yang dipilih sebolehnya adalah top ranking university untuk memudahkan lagi proses untuk mendapatkan biasiswa. insyaAllah.


Moga dipermudahkan untuk urusan ye. Sebelum apply tu, adalah lebih baik untuk kita check niat kenapa ingin belajar di sana.. Jom sama-sama strive untuk menjadi ummat yang berjaya ..insyaAllah ;)

Sekian, moga membantu.




Wednesday, December 11, 2013

AGENT EdUCATION untuk APPLY UNI oversea


                                                    Ilmu ibarat penyuluh kegelapan 
menerangi segenap ruang 
belajar beramal 

mencari bekal perjalanan panjang .............

Assalamualaikum wbt..
Subhanallah, Alhmdulillah, Allahhuakhbar.. Saat nie sgt terkesan dengan nasyid by Hijjaz yang bertajuk ILMU...insyaAllah, sama-sama kita berusaha menimba ilmu di jalanNYA..

Entry kali ini, ana akan listkan agent-agent education yang boleh dicontact untuk application ke luar negara:

1. IDP http://www.malaysia.idp.com/
2. Nazza Education http://nazza.com.my/home.html
3. PDVL http://www.pd-vl.com/
4. E & M Education Counselling http://www.emeducation.com.my/ (Aus Uni only)
5. GEN Education http://www.gen-education.com/
6. EMS management centre http://www.emsmc.com/
7. JM Education http://www.jmecc.com/

Step 1.
Pergi ke laman web yang tertera di atas dan bace detail tentang agent tersebut
Step 2.
Contact mereka, usually hanya guna email. Boleh bagitau kita berminat nak sambung kos apa dan dimana
Step 3.
Sediakan dokumen yang telah discan seperti yang ana ceritakan. Dokumen yang perlu disediakan kebiasaannya bergantung kepada agent. tetapi boleh rujuk ke link ini http://iefa123.blogspot.com/2013/12/tips-menyediakan-online-dokumen-untuk.html
Step 4. 
Tunggu offer letter..yeay... :)



InsyaAllah tidak perlu bayar apa2. Mereka berada di bawah agensi masing-masing.
Untuk pemilihan university, kebiasaannya, KPT dan JPA melihat kepada ranking university berdasarkan laman web di bawah:

Sekian, untuk perkongsian ini. Mak ana ckp dan selalu pesan, bila nk memulakan perjalanan, jangan niat kerana gaji mahal atau pangkat, tetapi niatkan agar dari menjadi sumber yang mampu memberi manfaat kepada ummah. Thanks mom.....

Jom, sama-sama kita betulkan niat , menimba ilmu untuk menjadi umat Islam yang berjaya dan dan mampu memberi manfaat kepada Ummah..Selamat berjaya.



p/s: Alhmdulillah, nikmat yang Allah berikan tak kunjung putus. Penganugerahan biasiswa Yang Dipertuan Agong Majlis Anugerah Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2014/2015 tempoh hari lebih menambah semangat ana, in sha Allah untuk contribute more to others :)
jika sahabat2 ade soalan atau kekeliruan, bolehlah di post dalam bahgian komen di bawah. Ana akan cuba menolong setakat termampu. Yang paling penting, in sha Allah perbincangan kita akan memberi manfaat kepada org lain yang membacanya. in sha Allah.

                                                  



OFFer Letter

Bismillah.. Ya Allah, terima kasih ya Allah kerana kami masih lagi diberi kesempatan untuk berada di atas muka bumi ini. Moga perjalanan hidup ini sentiasa dirahmati dan juga berada di atas landasan mencari redhaNYA.

Teringat akn peringatan daripada ceramah ustaz Al-Amin yang mengatakan.. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk konsisten dalam taubat adalah mengurangkan pilihan. Setiap hari kita akan berhadapan dengan pilihan..insyaAllah moga sama-sama kita memilih pilihan yang seiring dengan redha Allah..insyaAllah ..

Untuk entry kali ini, insyaAllah ana akn kongsikan dengan sahabat offer letter yang ana dapat. Bukan untuk menunjuk, jauh sekali untuk berbangga, sekadar perkongsian. Sesungguhnya, setiap usaha itu manis menanti dihujungnya..insyaAllah..

Semalam baru sahaja mendapat offer letter dari Uni of Queensland. Perancangan ana asalnya adalah untuk menyambung pelajaran di sana, tetapi memandangkan sekarang insyaAllah ana ade peluang yang lebih baik, offer letter ini di simpan sebagai kenangan. Uni ini ana apply melalui agent.. insyaAllah untuk entry akan datang akan ana kongsikan agent2 yang boleh dihubungi dan tolong kita for free untuk application. Tawaran di bawah adalah untuk intake study awal tahun 2014. :)

Uni of Queensland, Aus


Sebelum ana habes belajar pada bulan 7, 2013 yang lalu, alhmdulillah ana juga mendapat dua tawaran dari university di UK. Yang ini ana apply on my own, through online application. Agak sedikit leceh dan memerlukan kesabaran tp hasilnya alhmdulillah tetap dapat offer letter.

Uni of Leeds, UK

Uni of Bradford, UK

Moga ceria-ceria selalu :)

Dunia KUCINGku,....

Alhmdulillah.. berjumpa lagi pada entry ni..moga semua ceria-ceria selalu..insyaAllah..Senyum itu sedekah..
Senyumlah :)
Ana sangat meminati DUNIa KUCINg" ..jadi di sini ini ana attachkan gambar si comel yang di ambil dari fb dunia kucing ..

Moga sentiasa tersenyum.... :)

Nama saya abg long..hehe

tengok tv..jangan kacau

pkir masa depan...

mcm sedap je burung nie..

jom tido.

penat main

1 + 2 = 3.. betul ke ni??

Hibernate.. patah kaki

comelnyer saya..hehe

Monday, December 09, 2013

Memberi & Memberi....



Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah syukur pada Allah, masih lagi dapat menjalani hidup pada hari ini. Moga walau di mana kita berada, insyaAllah perasaan ingin mmberi dan menolong orang lain sentiasa mekar dalam jiwa kita sebagai seorang hamba Allah. :)

What you give, you get back.



Dalam kehidupan seharian kita sekarang, tentu sahaja kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam kehidupan. Yang mana jika tidak kita sandarkan semuanya kepada Allah, tentulah akan timbul perasaan resah dan gelisah. Indahnya pergantungan kepada Allah membantu kita agar kuat melangkah dan tenang menghadapi hari-hari yang mendatang.

Berbalik kepada konsep memberi dan memberi. Ana pasti tentu sahaja setiap sahabat ade pandangan mereka masing-masing. Indanhnya hidup memberi adalah kerana kita akan dapat tlg orang lain dan insyaAllah hati lebih tenang.

Maha suci Allah yang sentiasa mengetahui perjalanan yang terbaik untuk setiap hambanya. Cuba kita jengah dan renung sebentar hari-hari yang berlalu dalam kehidupan kita. Alhmdulillah kan, tanpa kita sedar, sebenarnya kita sudah berada di tempat yang kita inginkan atau dalam perjalanan ke arah mencapai matlamat kita. Dengan usaha, doa dan tawakal, kita berada ditempat kita berpijak sekarang. Seiring dengan itu, sama-samalah kita timbulkan perasaan kuat dalam diri ini untuk memberi dan memberi , sebagai salah satu tanda bersyukur di atas kemudahan yang telah Allah berikan kepada kita dalam urusan-urusan terdahulu dan akan datang.

Sebenarnya sangat banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memberi:

1. Paling simple, tlg kwn2. Jika bukan dari segi wang ringgit, mungkin dari segi sokongan dan galakkan.
2. Boleh beri mkan pada kucing atau binatang2 seperti burung.
3. Boleh beri 'doa'. Berdoa untuk orang2 yang jauh dari kita.

Untuk konsep doa, sebenarnya adalah satu kaedah memberi yang sangat mudah dan elok untuk kita praktiskan dalam kehidupan kita. Contoh kita melihat orang peminta sedekah, lafazkanlah doa dlm hati-ya Allah, moga Engkau Permudahkan rezekinya pada hari ini. Melihat kucing sedang mencari makan-Ya Allah, bantulah ia untuk mendapatkan makanannya. Sangat simple bukan. :)

Memberi lah. Walaupun dengan senyuman, itu sudah dikira memberi dan sedekah. Moga hidup kita sentiasa di bawah rahmatNYA. :)


Mungkin ade sahabat yang berpengalaman dalam kisah memberi . Silalah kongsikan disini, insyaAllah sebagai perkongsian kita dalam menambah ilmu .

Syukran jazilan.


Sunday, December 08, 2013

TIPS menyediakan ONLINE DOKUMEN untuk APPLICATION UNIVERSITY LUAR NEGARA


Subhanallah, Alhmdulillah, Allahuakhbar.. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi peluang kepada kami untuk masih lagi hidup di dunia ini.. mOGA hati2 para sahabat sentiasa ceria. InsyaAllah.

Terfikir untuk berkongsi tentang persediaan dokumen untuk application uni luar negara. kebiasaanya, untuk attach dokumen secara online, dokumen-dokumen dibawah hendaklah disediakan terlebih dahulu :

1. Personal statement (bergantung kepada course, ade kos yang tidak memerlukan personal statement)
2. CV - boleh rujuk cth how to write good cv.
3. Ijazah@ transkrip akademik
4. English qualifications (IELTS). Tp dalam case ana, ana xde ielts lagi dan ana attachkan sijil muet dan GCEO mase sekolah menengah.
5. Front page passport
6.  related dokumen yg university request.



Untuk scan dokumen di atas, sebolehnya (cth academic transkript) -include breakdown of marks as well as the rubric of the grading scheme, biasanya ade kat belakang mini transkript. Scan both sides. Hal ini penting kerana uni luar negara tak semuanya tahu tentang malaysia punya grading system.


sila lihat pada anak panah merah


Jika dokumen ini disediakan terlebih dahulu, insyaAllah online application akan lebih senang dan lancar. Tips yang ana bagi di atas adalah untuk apply uni by our own, bukan melalui agent. Jika melalui agent insyaAllah lebih senang.. Hanya perlu sediakan hardcopy dokumen shaja dan mereka akan applykan untuk kita. 

Moga membantu :)



Thursday, December 05, 2013

Pewasitan MANUSCRIPT


Assalamualaikum wbt.. jauh di sudut hati yang kecil nie, ana sentiasa doakan agar diri ana dan juga shabat2 sentiasa tenang bawah lembahyung rahmatNYA.. Ketenangan yang dianugerahkan oleh Allah adalah ketenangan yang x mampu untuk kita beli dengan sesiapa. Moga Allah mengurniakan ketenangan kepada semua hati-hati yang sentiasa merinduiNYA, insyaAllah. Amin.

Tinggal dalam 5 jam lagi, bengkel manuscript akan diadakan dan sepatutnya ana menghantar manuscript ana sendiri. Saat ni terasa dah x larat nk completedkan manuscript nie, semestinya memerlukan masa lagi. Walaupun agar sedih kerana xdapat hantar esok, insyaAllah hari isnin nanti akan ana usahakan agar dapat dihantar manuscript ini untuk dicek. 

Untuk entry kali nie, ana nak bercerita tentang apa itu bengkel pewasitan manuscript. Bengkel yang ana join ini adalah dianjurkan oleh UKM dan alhmdulillah walaupun hanya bergelar research assitant, ana diberi peluang untuk turut serta. 

Bengkel ini sebenarnya dianjurkan kepada mana2 pelajar master/phd UKM yang sudah berjaya menyiapkan manuscript mereka. Di dalam bengkel tersebut, mereka akan menyediakan 2 hardcopy manuscript sendiri dan menghantarnya kepada examiners yang terdiri daripada 2 kategori. Hardcopy manuscript yang pertama akan di check oleh Doktor2 PHD yang pakar dalam manuscript. Mereka akan memeriksa dari segi flow of the manuscript. Manakala kategori kedua, manuscript tersebut akan dicheck oleh Professor Thomas dan beliau akan melihat dari segi grammatical error. Combination dari dua kategori ini semestinya akan insyaAllah menambahkan lagi kualiti manuscript disamping meningkatkan possibility untuk membuat publication pada high impact journal.

Bengkel ini biasanya akan diadakan dua kali dalam setahun dan bengkel pada pagi nanti adalah kali yang kedua. Disebabkan ana tidak dapat siapakan manuscript ana pada hari ini, terpaksalah hantar secara sendiri untuk di check dan berbayar dengan harga RM25. Tapi insyaAllah, mengorbankan sedikit wang ringgit untuk mendapatkan kualiti kerja yang terbaik adalah berbaloi.. :) 

Menyiapkan manuscript memerlukan ketelitian. Ya Allah kuatkanlah hambamu ini.




Interview Fellowship UPM (tenaga akademik muda)


Assalamualaikum wbt .. Alhmdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNYA masih lagi kita diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi nie.. walau dimana kita berada, moga rahmat Allah sentiasa mengiringi, insyaAllah :)

Alhmdulillh semalam selesai interview sebagai tutor di sebuah IPTA. interview yang berlangsung selama 40 minit tue banyak memberi pengalaman dan melatih ana agar lebih yakin, insyaAllah.

sekadar ingin berkongsi, pengalaman diinterview. Sebaik sahaja masuk dalam pejabat, ana duduk menunggu di bilik ketua jabatan sementara kerani menyediakan PC untuk mock up teaching ana. masuklah dua org doktr, pensyarah daripada jabatan tersebut dan kami bersalaman..

Antara solan yang ditnya :
1. can you introduce yourself
2. What is your study plan (where, when and why)
3. Do you know the ketua jabatan..hehe

Soalan kedua, plan nak further study di mana, bila dan kenapa plih kos tue. memang mereka tnya agak detail dan ana jwb setakat yang ana boleh. cuma alhmdulillah sebelum nie mg dah buat plan , jadi bila menjawab tue rasa ok lah, insyaAllah. Tapi memandangkan mungkin mereka ade plan tersendiri, ayat last ana untuk soalan nie adalah 'I might reconsider this plan if there is better plan from you all'. hehe

Lepas tue , kena mock up teaching. Tajuk mock up teaching ana ialah radiation safety, buat sndri slide. Ana present dalam masa 12 minit and then kena Q&A.. hehe.. masa nie dalam bilik dah jadi 4 orang, 3 orang doktr pensyarah dan seorang radiographer. Soalan paling susah kena tnya (Susah sebab xthu jawapan) ialah can you explain tissue weighting factor.. hehe.. mase nie terkial2 jugalah nak jawab. nasib baik ada juga jawapan yang betul, alhmdulillah.

Selesai sudah semua Q & A, interviewer tnya, awak ade soalan apa2. ana tnya agak2 bila ye dapat tahu result. hehe. Jawapan yang agak mengejutkan tapi xpelah, kalau ade rezeki tue adalah.

"Kami xberani nak janji, sebb orang yang kena interview tahun lepas pun pendaftar tak panggil lagi"..hehe. Selesai lah sudah interview pada hari tersebut. :)

Alhmdulillah, walau pun tiada jaminan, pengalaman yang diperoleh tue sangat bernilai.
Till we meet again for the next entry. insyaAllah akan ana kongsikan pengalaman kena buat mock  upteaching hari selasa akan datang untuk Fellowship dari sebuah IPTA lain.

Assalamualaikum wbt.





Monday, December 02, 2013

Preparation interview Fellowship UPM


Assalamualaikum wbt..alhmdulillah syukur pada nikmat Allah. Kita masih lagi hidup, sihat walafiat.. walaupun mungkin ade yang sakit, insyaAllah itu semua dugaan untuk mendekatkn diri lagi padaNYa.. sabar ye shbt :)



Saat nie sbnnrya ana tgh buat preparation. baru2 nie dapat call dapat dari satu IPTA untuk interview as a tutor . alhmdulillah ,moga ade pengalaman yang dapat ditimba dari interview nie.

Dalam membuat persiapan interview ni, ana tnya rmai pengalaman dr org2 yg pernah diinterview dan juga melihat blog. Hasilnya, kemungkinan di bawah adalah soalan2 bocor untuk interview tutor..hehe. Tapi satu je yg memang konpem adalah ana kena present slama 10 minit on radiation safety and of course they want to see whether we have good eye contact and communication.. insyaAllah would try my best.. Pray for me :)

Soalan2 kemungkinan yang akan ditnya adalah :
1. introduce yourself
2. why choose that IPTA
3. working experiences
4. role kat tempat kerja
5. chracteristics of good lecturer
6. area of interest to further study
7. final year project
8. what is your weakness
9. Mission n vision uni
10. isu semasa


Ya Allah permudahkanlah urusanku dan sahabat2 yang lain ..

Amin..

Wednesday, November 27, 2013

ALLAH sAYANG kITA




Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih panjangkan usiaku sehingga kini. Ya Allah Engkau kurniakan lah keberkatan dan rahmatMU bagi hamba-hambamumu yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan.. Amin Amin .

Skrg ana dalam pejabat. Tetapi terasa terkesan dengan ceramah yg didengar dua hari lpas dan hati nie terpanggil untuk berkongsi.

.............................
Syukur??
" ada kalanya, kita tidak akan pernah bersyukur kita dapat makan walaupun dengan sebungkus roti, sehinggalah kita melihat ade pengemis yang tidak ade makanan langsung untuk dijamah,
"adakalanya kita tidak akan pernah bersyukur kita ade kasut, sehinggalah kita melihat ade org yang tidak memiliki kasut pun,
" adakalanya kita tidak pernah bersyukur dengan nikmat bahagia dan aman yang Allah kurniakan pada kita, sehinggalah kita melihat peritnya penderitaan saudara2 seagama kita si palestin,
"adakalanya kita tidak pernah bersyukur dengan kehadiran ibu bapa kita, sehinggalah kita melihat tangisan anak yatim yang rindukan ibu bapa mereka
"adakalanya ......


Macam mana nak tahu kita redha atau tidak dengan ujian?? 

Redha dengan ujian bermakna kita meyakini dengan seluruh hati bahawa setiap yang Allah tentukan itu pasti ade hikmahnya sama ada cepat atau lambt.


Ya Allah, kenapa aku diuji, Allah x sayang aku ke??

Maksud org yang beriman bukanlah "ORANG YANG TIDAK DIUJI".

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Quran Surat Al-Ankabuut Ayat 2)

"Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Quran Surat Al-Ankabuut Ayat 3).





Kasih sayang Allah tidak bertepi. Jika kita diuji sedangkan kita seorang yang sentiasa mengaji dan ckup solatnya, mungkin ujian itu adalah untuk meningkatkan lagi martabat kita disisinya dan juga adalah sebagai persediaan untuk kita menerima sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
Sayangnya Allah kepada kita kerana ade diantara dosa2 kita tidak Allah balas kerana rahmat Allah yang tidak bertepi pada kita :

"sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meninggalkannya. Dan telah menentukan beberapa hudud(batas), maka janganlah Engkau melampauinya. Dan telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan DIA telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya"
(Riwayat al-Baihaqi no. 20217 dalam sunan al kubra dan Abu Nu'aim dalam Hilayah al-Auliya (9/17)

(Riwayat al-Baihaqi no. 20217 dalam sunan al kubra dan Abu Nu'aim dalam Hilayah al-Auliya (9/17)
.............................
Sebenarnya banyak lagi perkongsian yang ingin ana titipkan kat sini. Sama-sama kita berazam berubah ke arah yang lebih baik, berusaha menjadi hambaNYA yang lebih baik. Allah sayang KITA :)