Monday, December 09, 2013
Memberi & Memberi....
Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah syukur pada Allah, masih lagi dapat menjalani hidup pada hari ini. Moga walau di mana kita berada, insyaAllah perasaan ingin mmberi dan menolong orang lain sentiasa mekar dalam jiwa kita sebagai seorang hamba Allah. :)
What you give, you get back.
Dalam kehidupan seharian kita sekarang, tentu sahaja kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam kehidupan. Yang mana jika tidak kita sandarkan semuanya kepada Allah, tentulah akan timbul perasaan resah dan gelisah. Indahnya pergantungan kepada Allah membantu kita agar kuat melangkah dan tenang menghadapi hari-hari yang mendatang.
Berbalik kepada konsep memberi dan memberi. Ana pasti tentu sahaja setiap sahabat ade pandangan mereka masing-masing. Indanhnya hidup memberi adalah kerana kita akan dapat tlg orang lain dan insyaAllah hati lebih tenang.
Maha suci Allah yang sentiasa mengetahui perjalanan yang terbaik untuk setiap hambanya. Cuba kita jengah dan renung sebentar hari-hari yang berlalu dalam kehidupan kita. Alhmdulillah kan, tanpa kita sedar, sebenarnya kita sudah berada di tempat yang kita inginkan atau dalam perjalanan ke arah mencapai matlamat kita. Dengan usaha, doa dan tawakal, kita berada ditempat kita berpijak sekarang. Seiring dengan itu, sama-samalah kita timbulkan perasaan kuat dalam diri ini untuk memberi dan memberi , sebagai salah satu tanda bersyukur di atas kemudahan yang telah Allah berikan kepada kita dalam urusan-urusan terdahulu dan akan datang.
Sebenarnya sangat banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memberi:
1. Paling simple, tlg kwn2. Jika bukan dari segi wang ringgit, mungkin dari segi sokongan dan galakkan.
2. Boleh beri mkan pada kucing atau binatang2 seperti burung.
3. Boleh beri 'doa'. Berdoa untuk orang2 yang jauh dari kita.
Untuk konsep doa, sebenarnya adalah satu kaedah memberi yang sangat mudah dan elok untuk kita praktiskan dalam kehidupan kita. Contoh kita melihat orang peminta sedekah, lafazkanlah doa dlm hati-ya Allah, moga Engkau Permudahkan rezekinya pada hari ini. Melihat kucing sedang mencari makan-Ya Allah, bantulah ia untuk mendapatkan makanannya. Sangat simple bukan. :)
Memberi lah. Walaupun dengan senyuman, itu sudah dikira memberi dan sedekah. Moga hidup kita sentiasa di bawah rahmatNYA. :)
Mungkin ade sahabat yang berpengalaman dalam kisah memberi . Silalah kongsikan disini, insyaAllah sebagai perkongsian kita dalam menambah ilmu .
Syukran jazilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment