Assalamualaikum wbt.. jauh di sudut hati yang kecil nie, ana sentiasa doakan agar diri ana dan juga shabat2 sentiasa tenang bawah lembahyung rahmatNYA.. Ketenangan yang dianugerahkan oleh Allah adalah ketenangan yang x mampu untuk kita beli dengan sesiapa. Moga Allah mengurniakan ketenangan kepada semua hati-hati yang sentiasa merinduiNYA, insyaAllah. Amin.
Tinggal dalam 5 jam lagi, bengkel manuscript akan diadakan dan sepatutnya ana menghantar manuscript ana sendiri. Saat ni terasa dah x larat nk completedkan manuscript nie, semestinya memerlukan masa lagi. Walaupun agar sedih kerana xdapat hantar esok, insyaAllah hari isnin nanti akan ana usahakan agar dapat dihantar manuscript ini untuk dicek.
Untuk entry kali nie, ana nak bercerita tentang apa itu bengkel pewasitan manuscript. Bengkel yang ana join ini adalah dianjurkan oleh UKM dan alhmdulillah walaupun hanya bergelar research assitant, ana diberi peluang untuk turut serta.
Bengkel ini sebenarnya dianjurkan kepada mana2 pelajar master/phd UKM yang sudah berjaya menyiapkan manuscript mereka. Di dalam bengkel tersebut, mereka akan menyediakan 2 hardcopy manuscript sendiri dan menghantarnya kepada examiners yang terdiri daripada 2 kategori. Hardcopy manuscript yang pertama akan di check oleh Doktor2 PHD yang pakar dalam manuscript. Mereka akan memeriksa dari segi flow of the manuscript. Manakala kategori kedua, manuscript tersebut akan dicheck oleh Professor Thomas dan beliau akan melihat dari segi grammatical error. Combination dari dua kategori ini semestinya akan insyaAllah menambahkan lagi kualiti manuscript disamping meningkatkan possibility untuk membuat publication pada high impact journal.
Bengkel ini biasanya akan diadakan dua kali dalam setahun dan bengkel pada pagi nanti adalah kali yang kedua. Disebabkan ana tidak dapat siapakan manuscript ana pada hari ini, terpaksalah hantar secara sendiri untuk di check dan berbayar dengan harga RM25. Tapi insyaAllah, mengorbankan sedikit wang ringgit untuk mendapatkan kualiti kerja yang terbaik adalah berbaloi.. :)
No comments:
Post a Comment