Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah.. syukur pada Allah yang telah banyak mempermudahkan urusan seharian kita semua.. Terima kasih ya Allah krn masih beri kami kesempatan dan peluang untuk kami meneruskan jejak langkah kami di bumi yang indah ini.. Alhmdulillah :)
sejak akhir-akhir ini banyak mendapat soalan daripada adik dan shabat berkaitan mcm mana nak dapatkan placement di Uni oversea untuk pengajian master/pHd sebelum tamat belajar. InsyaAllah untuk entry ini ana akan kongsikan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil :)
Ana tamat belajar pada Bulan July 2013 yang lepas. Dan Alhmdulillah sebelum tamat belajar tue ana sudah dapat dua offer letter seperti yang ana kongsikan di sini
http://iefa123.blogspot.com/2013/12/offer-letter.html
Dan intake untuk uni tersebut adalah pada bulan 9 lebih kurg mcm tue.. Kalau ikutkan insyaAllah sempat untuk fly selepas tamat belajar (bulan 9) walaupun kita tak konvo pom lagi..
Di bawah ana listkan step2 yang perlu dibuat jika berminat untuk sambung belajar ke luar negara sebaik sahaja habis belajar. Entry ini specific untuk sambung master je bkn Phd.
Here we go.
1. Sila clarify berminat untuk sambung belajar dalam bidang apa.
2. Search for university yang ade kos tersebut.
(biasanya ade directory yang specific untuk setiap kos cth- Postgraduate Directory for Medical Imaging, tp kena cari lah).
3. Bace requirement yang diperlukan. Bila intake etc.
(Ade sesetengah uni memerlukan keputusan IELTS (english exam seperti MUET, tapi IELTS adalah untuk sambung belajar diluar negara). Tapi, ade sesetengah Uni xperlu pun result IELST instead mereka ok je kalau kita bagi result GSCE mase SPM dulu.
4. Bila dah berminat boleh apply melalui online apllication. Ade uni yang memerlukan kita bayar yuran permohonan, ade Uni yang boleh apply for free. kalau nak senang, boleh apply melalui agent education. Macam mana nak apply boleh rujuk di sini
http://iefa123.blogspot.com/2013/12/agent-education-untuk-apply-uni-oversea.html
Document yang perlu disediakan adalah seperti previous entry
http://iefa123.blogspot.com/2013/12/tips-menyediakan-online-dokumen-untuk.html
Ana dulu tengah praktikal ana apply. Senang saje procedure, cuma mula-mula tue memerlukan kesabaran sebab ana belajar apply sendiri, totally belajar dari blog and pengalaman senior. jadi untuk kali nie ana nak kongsi lah dengan semua.
Untuk academic transcipt-
boleh guna lastest acdemic transcript. Boleh guna mini tanscript yang ade result kita sampai sem 7.
Untuk Uni yang memerlukan IELTS-
kena preparelah.. Lepas habes belajar cth mcm ana dlu habes belajar dalam bulan 7. Intake Uni dalam bulan 9. jadi dalam awal bulan 8 tue dah boleh ambek ILETS. belajarlah IELTS sepanjang sem terakhir. InsyaAllah untuk kebaikan diri kita dan masa depan diri kita sndiri.
Intake University-
Akan ade intake Uni oversea untuk bulan 9/10 dan 2/3 setiap tahun.
Untuk scholarship-
Be aware dengan MARA. MARA akan kluarkan notis iklan biasiswa dalam bulan 3, apply mase tue. mereka akan buat pemilihan dalam bulan 5.
Ini berdasarkan previous application untuk MARA.
JPA- bagi pemegang biasiswa JPA yang mndapat result first class, insyaAllah boleh apply permohonan biasiswa JPA under Program pelajar Cemerlang (PPC). mase ana dulu, JPA keluarkan permohonan dalam tengah bulan 7. Awal bulan 8, JPA dan panggil interview mana-mana pelajar yang appy untuk ke luar negara. result x lama lepas tue dah keluar.
University yang dipilih sebolehnya adalah top ranking university untuk memudahkan lagi proses untuk mendapatkan biasiswa. insyaAllah.
Moga dipermudahkan untuk urusan ye. Sebelum apply tu, adalah lebih baik untuk kita check niat kenapa ingin belajar di sana.. Jom sama-sama strive untuk menjadi ummat yang berjaya ..insyaAllah ;)
Sekian, moga membantu.