Friday, August 12, 2016

Perjalanan hidupku

Saat ini saya di Perpustakaan HUKM. Bertemankan buku dan telefon i Asusku.

Ya Allah, masa untuk ke sana cuma tinggal lebih kurang sebulan. Segala persediaan untuk ke Oxford sedang dibuat, cuma tuannya yang belum bersedia. Bagi sahabat sahabat yang membaca post ini, mohon doakan kemudahkan saya dan suami untuk perjalanan tiga tahun ke sana.

Saya masih ingat, antara doa doa yang sangat makbul adalah doa doa orang yang teraniaya, orang musafir dan pemimpin yang adil.

Moga Allah redha dan tenangkan hati ini. Perjalanan phd yang akan dilalui ini bukan senang, tetapi moga perjalanan ini akan menguatkan lagi hubungan saya dan suami dan yang paling diharapkan menambahkan lagi kebergantungan kami pada Allah.

Saat ini saya sangat rindukan keluarga saya yang nun jauh di kelantan. Meninggalkan mereka untuk jihad belajar ini sangat berat bagi saya tambah dengan kesihatan ayah yang tidak berapa mengizinkan. Namun, Allah sebaik baik saya letakkan pengharapan ini, sandaran dan sebaik baik penjaga untuk ibu bapa dan ahli keluarga.


Ayah mengetuai solat berjemaah 



Saya mendoakan semoga semua para pembaca dipermudahkan urusan. Jika ada yang sedang dalam kesedihan, sama sama kita banyakkan istifar dan mendoakan orang lain. In sha Allah moga dengan doa doa itu, ada di antara doa kita yang dimakbulkan. Amin


2 comments:

  1. Assalamualaikum. sy betul2 terinspirasi dengan kisah2 drpd saudari. sy pun sebenanrya grad dlm bidang medical imaging. skrg smbung master dlm bidang neuroscience di usm. perancangan sy ialah utk smbung dlm functional neuroimaging utk phd. insyaAllah akan habis master bulan 6 tahun depan. sekarang tengah mencari2 biasiswa/fellowship utk smbung phd. ada cadangan tak utk biasiswa/fellowship yg boleh sy apply. sblm ni pernah apply utk UPM, dh panggil interview, tp tak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam sis. ALhmdulillah, tahniah dan semoga sis dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. tidak dinafikan kebanyakkan fellowship atau skim tenaga pengajar sudah dibekukan atau dikurangkan kuota memandangkan keadaan eknomi yang tidak berapa stabil. Saya pernah mendengar kata kata dari dekan saya, suatu hari nanti kebanyakkan universiti akan mengambil tenaga pengajar yang sudah mempunyai kelulusan PhD sebagai pensyarah. Oleh itu beberapa nasihat saya untuk saudari:

      1. Buat yang terbaik untuk pengajian saudari sekarang.
      2. Jika mampu, pastikan ada publication sebelum tamat belaajr
      3. Saudari juga boleh bertanya pada sv saudari sekiranya ada keksongan sebagai tenaga pengajar
      4. Jika saudari tidak berjaya mendapat mana mana skim tenaga pengajar, boleh bersedia untuk apply beberapa biassiwa sepertii; biasiswa agong, biasiswa khazanah, komanvel dan beberapa lagi biasiswa.

      Semua ini memerlukan saudari merancang. SO rancanglah dengan baik. Selebihnya banyakkan berdoa dan tawakal padaNYA. Moga Allah permudahkan urusan saudari. Amin

      Delete