Sunday, January 04, 2015

Istighfar - pembuka rezeki

Aku mohon keampunan pada Allah, Aku taubat pada Allah
. Tazkirah dari Dr Maza - Moga Allah merahmati beliau. Amin.





Keajaiban istighfar.. Sahabt2 yang disyangi sekalian dengarlah.. sekejap sahaja :)

Istighfar-Pembuka Rezeki

Bila ana mendengar tazkirah nie, ya Allah ia betul2 berlaku dalam hidup saya. One of the biggest things happened in my life....
Masih ana ingt bagaimana ana sangat mengharap untuk medapat Biasiswa Yang di Pertuan Agong,Istighfar dijadikan sebagai peneman ana.. Sebab ketika tue, mg rase xkan diplih melainkan dengan pertolongan Allah.. Allah Sebaik-Baik Pendengar, Sebaik-Baik Pemberi Rezeki..

Dengan istighfar,
rezeki bertambah
Kekuatan bertambah
kebahagian bertambah...

Ubat kepada semua perkara dalam hidup - ISTIGHFAR






Friday, January 02, 2015

Takut Ambil IELTS?? Continue - REPEAT IELTS

Alhmdulillah.. dapat lagi kita berjumpa di entry kali nie 2015. setelah sekian lama x update. Hopefully semuanya sehat2 ye.. In sha Allah :) ini adalah sambungan kepada entry ana yg lepas http://iefa123.blogspot.co.uk/2014/04/takut-ambil-ielts.html

Memang bnyak terima persoalan dan pertanyaan dari sahabat sahabat yang x lepas IELTS. Em, sebelum kita pergi jauh, jom dengar pengisian nie skjp je. (4 minutes) hehe. Ade hikmahnya, in sya ALLAH

Jom kita balik kepada perbincangan ielts. Ok, xlepas ielts mg agak sakit, terutama bagi sesiapa yang dah xckup masa dan kenkangan duit. Ana faham, perasaan nak ambil ielts tue. Jadi, terlebih dahulu, sila bertegang, pejamkan mata dan tarik nafas dalam2. Byangkan kehijauan alam kurniaan Allah. istifar dan istifar...

Subhanallah, tanamkan dalam hati, Allah pasti permudahkan kita, in sha Allah..

Mood ielts.........Di bawah adalah sekadar my opinion. Moga membantu.



Tips 1: Sila rujuk jadual dibawah:




Sebelum start buat latihan, cuba renung jadual kat bawah nie dahulu dan fahamkan. Setkan score yang kita ingin dapat untuk lulus the requirement needed, perjalanan latihan ielts kita akan lebih teratur, In sha Allah. Make sure setiap kali selesai buat latihan, tengok score yang kita dapat untuk setiap bahagian. Bila dah buat banyak latihan, boleh listkan jadual score yang kita dapat mengikut the two main parts yang boleh dicalculate sendiri (listening & reading) dan lihat bahagian manakah yang kita perlu lebih beri perhatian.

Untuk writing :

Writing band descriptors








Tips 2: PDF conversation ielts.

Sahabat2 boleh rujuk kepada Post Fb di bawah (link). Banyak sangat pandangan dan pendapat yang bagus dari sahabat2.

IELTS- DISCUSSION--fb


Semua nie hasil perkongsian sahabat2 di FB . Mereka sangat bersemangat mencari tips2 yang boleh membantu shabat2 lain yang repeat ielts. Hopefully dapat membantu. terima kasih kepada semua yang pernah berkongsi, moga Allah permudahkan urusan mereka selalu. AMin.

 In sha Allah, selepas kita ambil ielts, minda akan lebih terbuka dan faham kepentingan untuk belajar English. So automatically kita akan cuba untuk improve diri kita agar belajar english dengan lebih baik, in sha Allah.

Sama sama kita niatkan ikhlas belajar kerana Allah. Moga Allah permudahkan urusan kita, tajamkan kefahaman dan kuatkan ingatan kita.. Amin.

All da best :)

Thursday, January 01, 2015

Simple Target 2015

Alhamdulillah, 2015 menjelma... :) Wall blog ana pom dah bertukar, alhmdulillah :)



Alhamdulillah Allah masih beri ruang dan peluang untuk terus berjuang di dunia sementara ni. Lately selalu sangat dengar nasyid nie, sayu hati.. dengarlah, sekejap saje, moga ade pengajaran yang kita dapat disebalik nasyid ini MANA MILIK KITA

Ok, in sha Allah kali nie nak berkongsi dengan shabat2 simple way to make plan for 2015. Targetkan apa yang kita ingin capai for 2015, moga kita akan lebih jelas dengan impian dan cita2 kita. 

Target ini in sha Allah akan membantu kita supaya keep going even diuji dengan dugaan. in sha Allah dengan izin Allah, kita akan capai segala target for 2015, dengan usaha , doa dan tawakal :)


Steps 1: 



Steps 2: Menulis target


All da best shabat2. Moga Allah permudahkan urusan kita semua :) amin


Salam perantauan,
Afifah Mohamed
London



Sunday, November 23, 2014

Contoh Personal Statement

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat. Alhamdulillah, moga semua sahabat dalam keadaan yang baik2 saja. Lately banyak menerima mesej berkaitan dengan application ke ICL, sponsorship dan juga ielts. Semoga berjaya diucapkan kepada semua yang sudah memulakan langkah. Remember, jejak jejak mimpi untuk berjaya bermula dengan impian kita. Tahniah untuk yang sudah memulakan langkah anda. Bagi yang belum, in sha Allah boleh mulakan dari sekarang.


Di bawah dilampirkan satu laman web untuk rujukan sahabat2 dalam proses membuat personal statement.  In sha Allah sangat membantu. Contoh personal statement mengikut bidang pengajian

Di bawah adalah link kepada contoh personal statement ana My personal statement


Sekadar selingan. Ana masih ingat terasa hampir putus asa mase proses menulis personal statement untuk applicaton ke Imperial . Namun, jangan putus asa..hehe. Specially to all, just spend 7 minutes menonton video inspirasi nie Jejak-jejak mimpi (terima kasih kepada pemilik video, video anda memberi inspirasi).

Kejayaan terilham dengan jejak jejak mimpi kita. Dalam sedar atau tidak kita mempunyai impian dan harapan masing-masing. Siapa yang akan initiate langkah kita adalah diri kita sendiri dengan pertolongan Allah (dengan doa, usaha & tawakal).

Moga Allah permudahkan :)










Tuesday, November 11, 2014

Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang Dipertuan Agong sesi 2014/2015

Assalamualaikum wbt dan salam sjahtera untuk semua pembaca.. Syukur Alhmdulillah atas segala nikmat yang x kunjung putus . Maha Suci Allah yang Maha Mempermudahkan semuanya.. Kenkangan masa menyebabkan blog nie lama x di update.

Alhamdulillah, pada 24 Oktober 2014 ana telah pulang ke Malaysia selepas 24 hari bermaustatin di London utuk Majlis penganugerahan Biasiswa Yang Dipertuan Agong sesi 2014/2015. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancangan kerana tidak pernah terfikir untuk terpilih menerima Biasiswa ini memandangkan persaingannya sangt sengit. Allah Maha Penyanyang, syukur atas rezeki ini.

  - 4 November 2015

Di majlis penganugerahan yang bertempat di Parlimen Malaysia

Bersama penerima lain di Istana Negara

Kenangan bersama

With beloved brother yang hadir di Majlis Penganugerahan

Di parlimen Malaysia




Terima kasih kepada ssemua yang mendoakan kejayaan ini. In sha Allah akan ana terapkan dalam hati sebaik mungkin untuk contribute back to my beloved country, Malaysia and the society.

Buat pembaca di luar sana, ingtan untuk diri ini juga, Allah sebaik baik Pendengar. If we want something, strive towards it. Sebaik baik perancangan Allah akan mudah difahami oleh orang yang redha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. If I can do this, ue can do it too :)

P/s: my strengh, beloved mom and dad :)





Sunday, October 12, 2014

Saturday, October 11, 2014

Perjalananku - Malaysia to London

Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru ana berpeluang untuk berkongsi perjalanan ke London pada 1/10/2014. Kira kira 12 hari yang lepas. Terlalu banyak yang ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat semua. In sha Allah ana akn coretkan sebanyak mungkin di sini untuk panduan sahabat2.

DEPARTURE from KL-HEATHROW LONDON

Departure: Alhmdulillah, ana telah berlepas dari KLIA pada jam 12.00 pagi waktu Malaysia (bye2 malaysia). Untuk flight ni, ana dibenarkan untuk membawa  check in bags (1@2 seberat 30kg) dan 1 hand carry. Sahabat2 dinasihatkan agar letak semua ubat, makanan@ stationery (stapler, gunting) dalam check in bag. In sha Allah akan selamat. Kalau letak semua barang ni dalam handcarry, alamak mg kena ambillh.. Contohnya losyen mustajab ana.. huhu.. sedih bukan kepalang bila officer mintak kebenaran nk ambil losyen tu. (isk2). 

Sepanjang penerbangan (MAS): Alhamdulillah, selepas berlepas je dah smpai makanan. Maka ana makan dengan happynya..hehe.. Perjalanan yang dijadualkan selama 13 jam tu pasti membosankan. Tapi jgn bimbang. Boleh je tengok movie, screen kat dihadapan seat masing2. Boleh bace quran jugak, ade je just usha2 apa yang ade kat screen t J untuk solat, boleh tnya pramugari bila waktu subuh masuk. Ana berada di seat lower desk, boleh solat dihujung bahgian berdekatan dengan toilet. Pendek kata, tnya je pramugari, they are really helpful.

TIBA DI AIRPORT HEATHROW LONDON

For student, kindly prepare your cas letter, Financial affidavit, offer letter and visa.

Tip1. 

  1.  Bila sampai di airport, bagi yang xde no UK lagi, boleh on internet heathrow (45 min free). So boleh wassap dan maklumkan pada kawan@family dah sampai etc.
  2. Jangan simply ambek cab kat luar airport, tersangatlah mahal. Ana sgt recommend sahbat untuk book cab guna BA transfer dari Malaysia lagi http://www.batransfer.com/ Boleh booking a few days before departure. In sha Allah, jauh lebih murah. Murahnya mcam mana?? Ana berdua dan kitrg tempah taxi ke hammersmith (38p). Divide dua orang 18p je sorg, alhmdulillah J ade kawan ana yang ambil je taxi dari luar airport – hammersmith kena 60p.. huhu..but its ok. Belajar dari pengalaman.
  3. Ade vending machine kat airport yang boleh beli simcard. Bagi yang dah ade tempat tinggal kat UK @ ade kwan, boleh order free simcard giffgaff https://giffgaff.com/. Boleh order dari Malaysia lagi dan giffgaff akan send pada alamat yang kita letak dalam application. Cara ana buat. Ana order free simcard giffgaff 2 minggu sebelum bertolak dan letak alamat kawan. Bila smpai airport ana just wassap guna tenet heathrow bgtau dah smpai. Bila taxi BA transfer yang ana book dah smpai, terus pergi rumah kawan dan ambil simcard dan activate..hehe.. senang kan.. (nie cara nk jimat)huhu..

In sha Allah ana akan berkongsi lagi perjalanan hidup di London n, ikhlas dari ana yang masih daif dalam hidup dan sentiasa nak belajar sesuatu yang baruJ Moga perjalanan ini diberkati dan diredai Allah, in sha Allah.. amin :)