Monday, May 09, 2016

Pengalaman interview DPhil in Medical Sciences, Oxford

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Moga ketenangan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kalian semua.
Terdetik hati ini untuk berkongsi dengan semua pengalaman menghadapi temuduga di Uni. of Oxford untuk 'DPhil in Medical Sciences' pada 3 Mei 2016.

Walau keputusannya masih belum diketahui, saya ingin berkongsi kerana ingin menggalakkan sahabat sahabat yang mungkin selama ini atau saat ini sudah terselit keinginan tersebut, tetapi masih ragu ragu untuk memohon University of Oxford kerana terlalu banyak faktor penghalang terutama faktor kurang keyakinan diri.

Pengalaman interview

Pada 3 Mei 2016, saya datang ke John Radcliffe Hospital seawal jam pukul 11.00 pagi dan temuduga dijadualkan berlangsung pada pukul 2.45 petang di Cardiovascular Clinical Research Facility (CCRF), John Radcliffe Hospital, Oxford . Pada hari tersebut, hanya Allah yang tahu perasaan dalam hati ini, sungguh berdebar, namun kususuli dengan istifar dan zikir, sambil berbisik pada diri sendiri, semua ini dari Allah, yakin dengan janji janjiNYA bagi orang yang berusaha.

Jam 2.45 petang. Saya diinterview oleh dua orang independent panel iaitu Prof Martin Farrell and Prof Jurgen Schneider. Pertamanya, saya dikehendaki membentangkan 'dissertation master' selama 5 minit. Pembentangan tersebut sangat ringkas kerana mereka tidak mahu saya menerangkan secara detail, Selesai sahaja pembentangan, bermulalah otak berfikir dengan ligat untuk menjawab soalan soalan yang ditanya. Saya kategorikan soalan tersebut kepada dua bahagian:

1. Soalan soalan penyelidikan
  • Referring to your MSc project, in short,explain the benefit of your research
  • What is placebo? Referring to your MSc project, how to implement placebo in your research
  • Why we need clinical trials. Give example
  • What is Double blinded. Explain how it works if e.g. you need to add it in your MSc research
  • Referring to your MSc project, how do you categorize the patients in your research. How to identify by looking at the ultrasound images which group they are belong.
  • What you intend to do for your DPhil?
  • What are the apparatus to measure endothelial dysfunction and how?
  • Others questions related to research
2. General questions
  • Why you want to do a DPhil in oxford?
  • Why CCRF, Oxford
  • What do you expect from us
  • What is the biggest challenge in doing PhD
  • Have you discuss on what project to do in Oxford
  • WHat is your MSc result. 
  • Explain the theory of ultrasound
  • How to measure blood using ultrasound - (lots of questions on this topic, hehe)
  • What are other machine or apparatus that can be used to measure blood
Temuduga tersebut berlansung selama 45 minit. Lepas selesai temuduga, saya terasa sangat lega dan tenang. Secara jujur memang banyak soalan yang saya tidak dapat jawab dan jawab dengan tepat, tetapi Alhamdulillah dimaklumkan oleh panel temuduga ada 'keywords' yang betul dalam jawapan yang diberikan.

In sha Allah saya akan berkongsi pada post akan datang berkaitan dengan bagaimana hati saya tergerak untuk memohon Oxford, apakah yang telah saya lakukan, dan bagaimanakah untuk memberi keyakinan kepada diri agar memohon.

Short p/s: Dare to dream big :)

Sekian sahaja perkongsian dari saya yang tak seberapa. Ini adalah sedikit sebanyak pengalaman saya. Mungkin ada orang lain prosesnya lebih senang berbanding saya. Doakan kejayaan saya :) 
Terima kasih semua

Terima kasih Allah. Msc In Medical Ultrasound 2015 di Royal Albert Hall
Kenangan bersama suami tercinta di Imperial College London sempena Graduation day 2016



Tip 1 PhD4all: Read & Explain

# Tip preparing for PhD. From my previous supervisor, Dr Mohamad Aslam (Imperial College London - 6 May 2016)
READ & EXPLAIN
Familiarize yourself to read at least one article per day. After reading, explain it in your own words either at your husband, siblings, friends, colleagues or many others.
Doing this everyday will help you to remember the information longer and unsure your better understanding on the concept and content of the article as you are using your own words to explain to others. Additionally, for the long term effect, this technique helps to boost your confidence for an effective delivering of presentation without looking at the slides :)


smile emoticon :0

Saturday, March 19, 2016

Jom aksess Perkhidmatan Perpustakaan Digital Secara Percuma

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaksanakan perkhidmatan perpustakaan Digital dengan menyediakan sebanyak 26 pangkalan data komersial dalam dan luar negara secara percuma kepada rakyat Malaysia. Boleh layari dan mendaftar di www.pnmdigital.gov.my


Saya baru sahaja mendaftar dan ianya sangat bagus. Contohnya National Geographic Kids selection sangat sesuai untuk tontonan kanak kanak . Bagi anak anak yang sudah boleh membaca, mereka juga berpeluang untuk belajar membaca bahasa Inggeris mengikut rakaman video yang telah direkod (Tekan 'listen" dan ikut bacaan di bawah gambar yang akan dihighlightkan).
Sebarkan. Moga orang lain juga akan mendapat manfaat. In sha Allah 

Thursday, March 05, 2015

Sang pemikir...

malam sudah melabuhkan tirai..
Insan kerdil nie masil lagi dihadapan PC, penuh dengan nota nota dihadapan..Nota nota kehidupan#

Tiba tiba teringat kisah adik kesaynganku, syofwan.
Sungguh jika putus asa itu menjemput, tengoklah orang-orang yang begitu berusaha untuk belajar, namun masih belum mendapat peluang..Kesungguhan dia, adikku untuk terus belajar menyambung pelajaran, buat aku terpikir..

Ya Allah, indahnya percaturan hidup ini. Tidak semua yang ENGKAU kurniakan senang, adalah senang dalam semua bentuk kehidupan. Senang harta, mungkin tidak tenang hati. Miskin harta, tapi mungkin kaya hati. Maha suci Allah sebaik baik perancang. Indahnya perancangan Allah.

Buat sang sang pemikir di luar sana termasuk diriku, andai di hadapan ini seribu duri yang dikau lihat, pujuk hati ini dengan seribu masalah yang kita telah berjaya tempuhi. Hidup ini tidak menjanjikan semuanya senang kerana ujian adalah pasti untuk org org yang beriman. Tetapi jika kesusahan itu hadir, pastinya itu adalah rencana Allah untuk hamba hambaNYA yg tersayang..

Just one word, keep going.. 
Spread the positive talk and mind, 
may Allah bless.


Thursday, February 26, 2015

How to set target everyday??

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, berjumpa lagi pada entry kali ini.

Pernah x rasa, setiap hari berlalu tanpa kita rase ada apa2 pencapaian? Dan bila ini berlaku, maka pulang ke rumah dalam keadaan yang kecewa dan resah. What I have done today? What did I achieved today??

write our target and at the end of the day, try to tick which target we have achieved. In sha Allah, kita akan rasa lebih tenang.
Bagaimana untuk set target bergantung pada anda. Ade yang suka set target untuk seminggu, tapi untuk kali ini, ana akan berkongsi bagaimana untuk set target everyday.

TARGET SETIAP HARI

Tips membuat target:

1. Utamakn apa yang penting dulu
2. Buat pecahan target mengikut keperluan
3.  Masukkn target yang mampu kita selesaikan dalam satu hari. If we put more than we can bear, at the end of the day we might feel quiet disspointed if we couldnt achieve the goals listed.
4. Tulis kata kata motivasi

Moga post ini membantu.
Terima ksh untuk my friends yg bnyak berkongsi how to set your target. May Allah bless them.

Selamat mencuba :)

Monday, February 23, 2015

Transfer Wang dari UK ke Malaysia (Telegraphic Transfer Maybank)

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah berjumpa lagi pada entry kali ini. Moga semua sahabat sehat2 semuanya..amin. Mohon doanya agar ana dipermudahkan menimba ilmu di sini ye. Terima kasih semua :)

Ok, sekarang ana akan terangkan proses transfer wang ini by step. Firstly, kenapa perlu transfer wang ke Malaysia sedangkan duit biasiswa yang diberikan selepas beberapa bulan di UK akan dimasukkn direct ke akaun UK (in my case, Lloyds bank).

Well, ana berniat untuk membuat tabungan di Malaysia. Sebenarnya banyak lagi option lain yang boleh diambil untuk menyimpan duit. Ade orang lebih prefer untuk membuka akaun satu lagi akaun di UK as saving account or mungkin ada yang berniat untuk menyimpan wang dalam bentuk dinar emas etc. Tapi, bagi siapa yang ingin berbuat seperti ana, bolehlah follow step di bawah.

1. Layari http://www.lloydsbank.com/ (Lloyds bank) - Log in

2. Click international payments

3. Masukkn swift code Maybank - MBBEMYKL. Then click continue




4. Fill up the column. Just follow the instructions.



5. Selesai saja isi kolum di atas, sila cari icon ini. Click
  • 1. UK & International payments
  • 2.  International payments



6. Click make payment. Just follow instruction - masukkan jumlah wang yang ingin ditransfer. In sha Allah duit akan smpai di akaun Maybank dalam masa 2-3 hari. In sha Allah, proses ini tidaklah begitu berbeza dengan bank bank lain di UK.


P/s: untuk rate currency tukaran pound ke Malaysia, boleh cek di sini

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/M2UCurrencyConverter.do



Pertukaran ini akan dikenakan charge oleh kedua dua bank.

Llods bank:
transfer < 5k p : 10p
transfer > 5k p : 17.50p

Maybank:
rm 10 or rm 12. (maaf yang n agak terlupaakan update soon the exact value

Jika ada yang mampu menyimpan wang dengan membeli dinar emas, itu adalah yang terbaik. That is one of my dream too. Tapi memandangkan bila berunding dengan my father, ayah kurang bersetuju bimbang sesuatu berlaku. tapi bagi yang berkemampuan, teruskanlah dengan menyimpan dinar emas ye :)

Ana juga ingin mengingatkan para pembaca yang bahawa saya cuma berkongsi mengenai pengalaman saya dan saya memohon maaf kerana banyak komen di bawah tidak dapat saya balas kerana itu betul-betul di luar pengetahuan saya. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat untuk pembaca di luar sana.

Sekian, selamat mencuba :)

Sila klik: Scammer oh Scammer

P/s: Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab banyak soalan yang ditanya kerana kebanyakkan soalan tersbut adalah diluar pengethuan saya. Namun saya berharap agar melalui platform ini, akan ada yang lebih ramai yang sudi berkongsi dan menjawab soalan yang ditanya jika mengetahui jawapannya. Juga peringatan untuk para pembaca sekalian, jika ragu-ragu silalah menghubungi bank-bank yang berdekatan agar mendapat penjelasan yang jelas berkaitan transfer duit terutamanya bagi yang melibatkan akaun luar negara. Moga dipermudahkan urusan dan terima kasih kerana membaca :)