Saturday, February 16, 2019

Langkah si scammer: Kenal pasti penipuan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entry kali ini adalah berkaitan penipuan yang saya yakin semakin menjadi-jadi pada zaman sekarang.
Saya terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang ada setelah seorang sahabat bertanya adakah email yang diterima benar atau hanya penipuan semata-mata. Seorang pelanggan ingin membeli barangan beliau yang berharga RM120. Beliau diminta untuk refund kepada agent pelanggan ini yang berada di Malaysia sebanyak RM580 kerana kononnya pelanggan ini telah membuat pembayaran kepada beliau sebanyak RM700. 

Kenapa bayar RM700? Kerana kononya minimum penghantaran wang dari luar negara ke Malaysia melalui Barclays bank adalah RM700. 

Sebagai seorang peniaga online, pastinya email ini menimbulkan keraguan dan adakah pembeli ini adalah true customer atau scammer. Kepada peniaga atau sesiapa sahaja di luar sana, sila berhati-hati sekiranya menerima email atau dihubungi oleh pelanggan yang pelik’. Saya ingin berkongsi beberapa perkara yang jelas dan senang untuk dilihat sama ada ini adalah penipuan atau tidak.

Di bawah adalah contoh email yang diterima oleh seorang sahabat saya

Sila lihat red arrow'







11.  From: Onlinetransferservice02@gmail.com (anak panah merah)

Ini adalah penipuan yang sangat jelas. Barclays bank menggunakan GMAIL sebagai medium penghantaran email? Barclays bank merupakan world-wide bank dan sistem email yang digunakan pastinya bukan gmail. Saya menggunakan Lloyds bank di UK dan email yang digunakan adalah contoh: -----@lloydsbank.co.uk



Sila lihat red arrow'


1.     2.     Bank detail status: Verified!

Tiada bank yang menggunakan tanda baca seperti tanda seru (VERIFIED!) untuk membuktikan kesahihan transaksi.


3. World wide bank biasanya tidak menggunakan pengantara untuk menerima wang yang dihantar dari luar negara. Saya sendiri pernah membuat telegraphic transfer dari UK(Lloyds bank) ke Malaysia (Maybank). Perkongsian bagaimana saya membuat penghantaran wang tersebut boleh dibaca di sini Transfer wang dari UK ke Malaysia. Mengetahui serba sedikit bagaimana proses penghantaran dan penerimaan wang dari luar negara adalah penting terutamanya bagi peniaga yang berurusan dengan pelanggan luar negara. 




4.  https://www.barclays.co.uk/ways-to-bank/international-payments/



Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas juga, bolehlah google 'international payment' untuk bank yang berkaitan. Banyak maklumat yang boleh didapati melalui website rasmi bank.


5.    We've placed a temporary hold on the funds of this transaction


Kenapa??? Kerana ini adalah alasan yang selalu digunakan oleh scammer untuk mendapatkan duit. Duit yang dihantar tidak akan dibank in' sehingga peniaga membuat pembayaran kepada agent (detail seperti dalam gambar). Sekali lagi diingatkan, world wide bank tidak akan menggunakan agent untuk menerima atau menghantar wang ke luar negara. Adakalanya, scammer juga menggunakan taktik mengugut penjual, kononnya tindakan undang undang atau laporan polis akan dibuat sekiranya wang yang diminta tidak diberi. Rule of thumb, you've done nothing wrong, so no need to be afraid. 



S  Saya sangat menggalakkan laporan di buat kepada pihak polis atau pihak berkaitan agar mereka dapat menyoal selidik "agent" yang kononnya telah dilantik tersebut. "Agent" ini, yang mana nama dan akaun nombor boleh didapati dalam email di atas pastinya mempunyai kaitan atau mempunyai info mengenai si scammer. Jika kita tidak melaporkannya, siapa lagi akan berbuat demikian. 


Sekian perkongsian dari saya. Kepada scammer di luar sana, sesungguhnya hidup lebih indah dan BERKAT tanpa penipuan :)










34 comments:

  1. Assalamualaikum

    Saya skrg ada isu ini, minta tlg wasap saya bernombor 60193983517.Isu ini

    ReplyDelete
  2. huhu baru jumpa blog ni 😢 rm300 sy dh burn.. sbb percaya pada mulanya.. lepastu dia mintak lgi rm500.. smpai situ sy dh mula ragu2 then x jdi transfer rm500 tu..

    ReplyDelete
  3. saya ada juga kena msok 550 msok kat agent nama safrina mybank international betul ke

    ReplyDelete
  4. Nak tanya betul ke kalau kawan dari luar negara transfer ke malaysia kita dikenakan cas? Please jawab

    ReplyDelete
  5. Dia cakap saya dikenakan cas 500 ratus lepas tu bila saya dah bayar dia atar gambar kat saya dia cakap sistem pending lepas tu dia cakap saya oerlu bayar 500 lagi untuk baikinya.. Adakah semua ini betul atau menipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tanya kawan saya ada transfer usd kepada saya... Tetapi saya perlu membayar wang pemprosesan sebanyak rm2150.untuk di masukkn kedlm akaun saya..tggi nilai dia ni... Mn saya cari.... Nak tahu la sama ada ni scammer ka apa..

      Delete
    2. Saya pun kena macam ni juga? Lepastu apa yang awak buat? Betul scammer ka?

      Delete
    3. Saudari, saya sangat Yakin apa yang kalian lalui adalah scam. Bukan apa, kenapa kalian perlu bayar proses pengurusan wang kalau kalian adalah penerima? Boleh berhubung dengan bank dalam negara juga untuk mengetahui lebih lanjut.

      Delete
    4. Its a scam sis, sepatutnya takkan pending dan any transaction dari luar negara dia akan terus masuk ke acc kita tanpa ada charge

      Delete
  6. Saya mahi tahu currency itu Kita bayar ka atau terus tolak dari Wang yang dikirim

    ReplyDelete
  7. Sebijik dpt mcm ni..mujur rasa ragu2 dan cr info sbb 1st time deal utk post ke luar..alhamadulillah syukur x kene..terima kasih atas info ini

    ReplyDelete
  8. Slm.mcmane kita nk knl scmmar@x ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mereka minta duit dari kita. Again, penerima tak perlu byr any fee. Please contact the nearest bank if you have to pay the fee. Hanya pengirim yang perlu bayar fee, dan itu pun bukanlah bnyak.

      Delete
  9. Assalamualaikum saya nak tanya adakah bank barclays menggunakan agen utk nak release duit ..agen mibta sy duit untuk nak upgrade amaun saya sebab dia kata duit yg nak masuk tu banyak..adakah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Saya guna Lloyds bank. Untuk release duit Lloyds bank xpernah guna agen. Peghantaran biasa duit, hanya pengirim yang dikenakan sedikit fee. Penerima tidak dikenakan sebarang fee

      Delete
  10. Assalamualaikum sya nk tnya adakah pen air federal credit union, menggalakan bayaran fee bgi si penerima??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Maaf saya tidak pasti. Tetapi setakat semua transaksi dari luar ke Malaysia yang pernah saya buat, penerima tidak akan dikenakan fee. Hanya pengirim sahaja

      Delete
    2. Saya ada kes yg sama baru ni kawan kirim duit melalui Braclays Uk dn minta saya untuk bayar rm2000 for processing fee .adakah itu benar ?

      Delete
  11. Saya cm nak kne jek..dy bg saya duit tp saya kne bayar 5000 pd bank bru dy masuk kn duit dlm bank... Scammer ke ni

    ReplyDelete
  12. Teman saya kirim uang dr luar negri ke Indonesia . Agen bank nya minta saya ngirim duit untuk nilai tukar uang . Betul kah ??

    ReplyDelete
  13. saya bayar ke bank yang ada di malaysia , then untuk dapatkan duit yg saya hbis dalam RM1.6K dia kata kena bayar fee , saya bayar untuk dptkan balik duit saya , kemudian dia mau tranfer duit melalui acc KAS UK BANK sbnyak RM25K dan kmudian saya dikenakan fee RM800 , saya bgitahu mmber saya dan orng itu mengugut saya dia akan tahan dan cari saya sebab dia FBI , saya sngat takut kalau dia apa ii kan saya mohon admin reply dan mintak ws saya

    ReplyDelete
  14. Ada yang punya contoh struk bank Barclays tidak?

    ReplyDelete
  15. Katanya ada yang transfer saya melalui bank Barclays, tapi saya minta ke rupiah dia tidak Mao, tapi dia sudah transfer sekarang dia minta nilai tukar uang sebesar 2juta,

    ReplyDelete
  16. Untuk biyaya nilai tukar, apakah bener atau tidak

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. proses uang pengirimian antara dua negara membutuhkan waktu berapa lama??

      Delete
  18. Berarti penipuan ya. Saya diminta uang sebesar 7 juta oleh manager Barclays. Katanya untuk nilai tukar dolar ke rupiah. Tapi saya yakin ini modus

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum tolong ws saya kejap saya urgent nak tanya pasal benda ni sebab saya dapat email dari bank yang sama jugakk pleasee!! 01137198061

    ReplyDelete
  20. Saya ada pertanyaan mengenai kiriman wang dari barclays... Saya diminta membayar yuran rm3000 untuk menaiktaraf akaun saya agar wang yang dikirim masuk ke akaun saya...dan selagi saya belum membayar yuran wang yang dikirim masih di udara... Dan sekiranya saya tidak membayar yuran dan saya ada masa 14hari... jika saya gagal membayar yuran wang yang dikirim akan hilang...

    ReplyDelete
  21. Salam Pn Nak Tanya pernah dengar tak pasal Derllingram bank.Ini scammer ke bank betul .confiusing lah

    ReplyDelete
  22. Ada seseorang yg transfer duit kedlm acc sya,sbb nk bntu sya.Dia guna instant transfer Barclays Bank. Adalah ini scammer? Tolong sya

    ReplyDelete
  23. Saya jual barang kat mudah. Ada orang luar negara berminat. Dia transfer amaun + rm300. Katanya nak duit masuk kena transfer rm300. Adakah itu memang prosedur atau scammer?

    ReplyDelete