Sunday, November 23, 2014

Contoh Personal Statement

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat. Alhamdulillah, moga semua sahabat dalam keadaan yang baik2 saja. Lately banyak menerima mesej berkaitan dengan application ke ICL, sponsorship dan juga ielts. Semoga berjaya diucapkan kepada semua yang sudah memulakan langkah. Remember, jejak jejak mimpi untuk berjaya bermula dengan impian kita. Tahniah untuk yang sudah memulakan langkah anda. Bagi yang belum, in sha Allah boleh mulakan dari sekarang.


Di bawah dilampirkan satu laman web untuk rujukan sahabat2 dalam proses membuat personal statement.  In sha Allah sangat membantu. Contoh personal statement mengikut bidang pengajian

Di bawah adalah link kepada contoh personal statement ana My personal statement


Sekadar selingan. Ana masih ingat terasa hampir putus asa mase proses menulis personal statement untuk applicaton ke Imperial . Namun, jangan putus asa..hehe. Specially to all, just spend 7 minutes menonton video inspirasi nie Jejak-jejak mimpi (terima kasih kepada pemilik video, video anda memberi inspirasi).

Kejayaan terilham dengan jejak jejak mimpi kita. Dalam sedar atau tidak kita mempunyai impian dan harapan masing-masing. Siapa yang akan initiate langkah kita adalah diri kita sendiri dengan pertolongan Allah (dengan doa, usaha & tawakal).

Moga Allah permudahkan :)










Tuesday, November 11, 2014

Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang Dipertuan Agong sesi 2014/2015

Assalamualaikum wbt dan salam sjahtera untuk semua pembaca.. Syukur Alhmdulillah atas segala nikmat yang x kunjung putus . Maha Suci Allah yang Maha Mempermudahkan semuanya.. Kenkangan masa menyebabkan blog nie lama x di update.

Alhamdulillah, pada 24 Oktober 2014 ana telah pulang ke Malaysia selepas 24 hari bermaustatin di London utuk Majlis penganugerahan Biasiswa Yang Dipertuan Agong sesi 2014/2015. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancangan kerana tidak pernah terfikir untuk terpilih menerima Biasiswa ini memandangkan persaingannya sangt sengit. Allah Maha Penyanyang, syukur atas rezeki ini.

  - 4 November 2015

Di majlis penganugerahan yang bertempat di Parlimen Malaysia

Bersama penerima lain di Istana Negara

Kenangan bersama

With beloved brother yang hadir di Majlis Penganugerahan

Di parlimen Malaysia




Terima kasih kepada ssemua yang mendoakan kejayaan ini. In sha Allah akan ana terapkan dalam hati sebaik mungkin untuk contribute back to my beloved country, Malaysia and the society.

Buat pembaca di luar sana, ingtan untuk diri ini juga, Allah sebaik baik Pendengar. If we want something, strive towards it. Sebaik baik perancangan Allah akan mudah difahami oleh orang yang redha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. If I can do this, ue can do it too :)

P/s: my strengh, beloved mom and dad :)





Sunday, October 12, 2014

Saturday, October 11, 2014

Perjalananku - Malaysia to London

Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru ana berpeluang untuk berkongsi perjalanan ke London pada 1/10/2014. Kira kira 12 hari yang lepas. Terlalu banyak yang ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat semua. In sha Allah ana akn coretkan sebanyak mungkin di sini untuk panduan sahabat2.

DEPARTURE from KL-HEATHROW LONDON

Departure: Alhmdulillah, ana telah berlepas dari KLIA pada jam 12.00 pagi waktu Malaysia (bye2 malaysia). Untuk flight ni, ana dibenarkan untuk membawa  check in bags (1@2 seberat 30kg) dan 1 hand carry. Sahabat2 dinasihatkan agar letak semua ubat, makanan@ stationery (stapler, gunting) dalam check in bag. In sha Allah akan selamat. Kalau letak semua barang ni dalam handcarry, alamak mg kena ambillh.. Contohnya losyen mustajab ana.. huhu.. sedih bukan kepalang bila officer mintak kebenaran nk ambil losyen tu. (isk2). 

Sepanjang penerbangan (MAS): Alhamdulillah, selepas berlepas je dah smpai makanan. Maka ana makan dengan happynya..hehe.. Perjalanan yang dijadualkan selama 13 jam tu pasti membosankan. Tapi jgn bimbang. Boleh je tengok movie, screen kat dihadapan seat masing2. Boleh bace quran jugak, ade je just usha2 apa yang ade kat screen t J untuk solat, boleh tnya pramugari bila waktu subuh masuk. Ana berada di seat lower desk, boleh solat dihujung bahgian berdekatan dengan toilet. Pendek kata, tnya je pramugari, they are really helpful.

TIBA DI AIRPORT HEATHROW LONDON

For student, kindly prepare your cas letter, Financial affidavit, offer letter and visa.

Tip1. 

  1.  Bila sampai di airport, bagi yang xde no UK lagi, boleh on internet heathrow (45 min free). So boleh wassap dan maklumkan pada kawan@family dah sampai etc.
  2. Jangan simply ambek cab kat luar airport, tersangatlah mahal. Ana sgt recommend sahbat untuk book cab guna BA transfer dari Malaysia lagi http://www.batransfer.com/ Boleh booking a few days before departure. In sha Allah, jauh lebih murah. Murahnya mcam mana?? Ana berdua dan kitrg tempah taxi ke hammersmith (38p). Divide dua orang 18p je sorg, alhmdulillah J ade kawan ana yang ambil je taxi dari luar airport – hammersmith kena 60p.. huhu..but its ok. Belajar dari pengalaman.
  3. Ade vending machine kat airport yang boleh beli simcard. Bagi yang dah ade tempat tinggal kat UK @ ade kwan, boleh order free simcard giffgaff https://giffgaff.com/. Boleh order dari Malaysia lagi dan giffgaff akan send pada alamat yang kita letak dalam application. Cara ana buat. Ana order free simcard giffgaff 2 minggu sebelum bertolak dan letak alamat kawan. Bila smpai airport ana just wassap guna tenet heathrow bgtau dah smpai. Bila taxi BA transfer yang ana book dah smpai, terus pergi rumah kawan dan ambil simcard dan activate..hehe.. senang kan.. (nie cara nk jimat)huhu..

In sha Allah ana akan berkongsi lagi perjalanan hidup di London n, ikhlas dari ana yang masih daif dalam hidup dan sentiasa nak belajar sesuatu yang baruJ Moga perjalanan ini diberkati dan diredai Allah, in sha Allah.. amin :)







Wednesday, August 20, 2014

Untuk Renungan Bersama...


Video kesukaan ana..
Memberi inspirasi dan semangat..
Moga untuk sahabat-sahabat juga.. :)

P/s: credit kepada semua yang menghasilkan video ini. Moga menjadi saham di akhirat nanti. in sha ALLAH :)

Sunday, August 17, 2014

Burung itu.....

Cerita burung itu



.. Angin petang sepoi2 bahasa menjengah ke pipiku. Alhamdulillah ya Allah, terasa ketenangan ini dalam hati sambil melihat keindahan langit yang tidak putus-putus disusuli dengan kicauan burung-burung yang sedang terbang balik setelah penat seharian mencari makan. Inilah suasana setiap petang di tanah tempatku dibesarkan, Tanah Merah Kelantan. Sesekali kelihatan kucing kesayangan keluargaku, Gemuk ligat bermain di laman rumah. Ya Allah, terima kasih atas nikmat ketenangan ini, bisikku dalam hati.

Akak, cuba tengok burung-burung  yang sedang berkicau terbang tu. Aku mendongak ke langit. Kuat kedengaran kicauan burung-burung itu, mungkin tengah bercakap dalam bahasa mereka, persis hatiku. Ya ayah, semuanya tengah bercakap sesama mereka..hepi gamatnya.. kataku kepada ayah sambil tersenyum.

Ayah memulakan ceritanya.. Ayah masih ingat, dlu ade seorang kawan ayah yang suka menembak burung. Suatu petang, dia berjaya menembak tiga ekor burung. Bila diteliti, ade sekor burung yang agak kosong perutnya, manakala dua ekor lagi penuh dengan makanan.. Terdetik dalam hatinya, tentu sahaja burung yang kosong perutnya akan kelaparan pada malam ni. Entah tidurnya lena atau tidak memikirkan ke manakah destinasinya esok untuk mencari rezeki..Simpati menjengah dirinya. dan akhirnya alhmdulillah kawan ayah tidak memburu lagi selepas itu...

Ayah menambah lagi.. Ayah rasa bunyi kicauan burung sekarang semuanya tengah bercerita sesama mereka apa yang mereka dapat makan hari ini dan ke mana akan mereka pergi pada esok hari. Burung-burung yang kekenyangan kerana berjaya mendapat rezeki yang bnyak mungkin adalah burung yang paling kuat berkicau bercerita.. Kata ayahku sambil tersenyum melihat langit.. Sesungguhnya rezeki itu harus dicari. Rezeki yang halal. Aku juga tersenyum. Mendongak melihat burung-burung yang terbang berpasangan dan berkumpulan di langit. Jarang sekali melihat ade burung yang pulang bersendirian pada petang. Rezeki.. Terbayang di mindaku betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita hamba ALLAH. Terima kasih Allah. Teringat aku kepada sepotong ayat al quran:

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).



Dunia adalah satu pengembaraan



Belajarlah dengan semua yang berada dan berlaku disekelilingmu. Belajarlah dengan universiti kehidupan ini kerana sesungguhnya persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara. Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang, bantulah kami. Bantulah kami agar tetap menjadi hambanya yang bersyukur.

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)


Berulang-ulang ayat di atas dibacakan kepada ana oleh seseorang yang penting dalam hidup ini. Hafallah dan bacelah dengan mati hati, katanya. Bila di baca dengan penuh penghayatan, sebak di dada. Kenapa? kerana doa ini adalah satu permohonan, satu rayuan kita kepada Allah sebagai hambaNYA yang sangat lemah tetapi ingin  menjadi hamba yang lebih baik dan hamba yang tidak lupa padaNYA. Jadi marilah kita sama-sama berdoa; ketika berdiri, ketika duduk, senang dan juga susah. Dengan doa, hati akan menjadi tenang. Dengan doa, keazaman ini makin kuat kerana hidup ini milik Allah. Dengan doa, semuanya yang tidak mungkin boleh menjadi realiti.. dan dengan doa, tanda kita hamba Allah yang tidak sombong.

Marilah kita sama-sama menasihati, tolong menolong agar kita lebih kuat di masa hadapan dan menjadi umat berjaya. In sha Allah.

Moga Allah redha :)











Friday, August 15, 2014

APPLICATION VISA-TIER 4 (GENERAL) STUDENT

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua.. Alhmdulillah, bertemu lagi kita pada entry pada kali ni. In sha Allah pada kali nie, ana akan berkongsi cara-cara untuk apply visa. J

Terlebih dahulu, untuk sahabat2 yang kali pertama ingin memohon visa, sila lapangkan hati.Hehe. In sha Allah permohonan VISA bukanlah susah bahkan senang sahaja jika kita betul2 ikut step. Pada 14 Oktober 2014 yang lepas, alhmdulillah ana telah menghadiri appoitment visa untuk TIER 4 (GENERAL) STUDENT

Perkara penting yang perlu ada sebelum apply for VISA
  1. CAS letter - boleh dapatkan daripada Universiti
  2. Financial Affidavit 
  3. IELTS
  4. TB test


Sekiranya semua perkara di atas sudah ada, bolehlah mulakan application.
Di bawah adalah step-step yang harus diambil.       
  1. Register an account - https://www.visa4uk.fco.gov.uk/Account/Register
  2. Log in - https://www.visa4uk.fco.gov.uk/Account/login
  3.  Isi application – secara overall, nie adalah section yang ada mase permohonan VISA


Panduan permohonan VISA boleh didownload dalam portal website International Student universiti masing-masing. Cth: Imperial College london ade sediakan PDF lengkap on how to fill up the application form. 

    4.   Book Appointment visa - boleh pilih hari dan masa. Sape yang nak book appoitment visa kat sabah@ sarawak, kena add additional charges, dalam RM300 something. Ana book appoitment kat KL iaitu di Wisma MCA Jalan Ampang, berdekatan dengan KLCC.


   
 5.   Buat pembayaran - pembayaran boleh dibuat sama ada melalui kredit @ debit card.


    6.   Hari appointment VISA

Memandangkan ni kali pertama apply for VISA, ana sediakan bnyak dokumen untuk appoitment. Apa yang ana bawa adalah seperti dibawah:
  • Sijil & transkrip degree
  • IELTS
  • Pasport baru & lama
  • Gambar untuk VISA ( xboleh nampak gigi)
  • Financial affidavit
  • Letter CAS
  • Offer letter Uni
  • TB test
  • Surat Appointment VISA (download dari website VISA)
  • Application form VISA (download dari website VISA)
Tetapi, mase appoitment VISA t, hanya few dokumen sahaja yang diambil iaitu
  • Pasport baru & lama
  • Letter CAS
  • TB test
  • Application form VISA
  • Financial affidavit

Jika tiada sebarang masalah, In sha Allah dalam masa 14 hari, VISA sudah boleh dapat. Bergantung pada waktu, jika peak time between August – Septmber, proses siap VISA boleh memakan masa 15 hari. Jika bukan peak time, lebih awal boleh siap. In sha Allah.


Sekian sahaja perkongsian. Moga bermanfaat. J



Apa yang ditakdirkan ALLAH, pasti satu KEBAIKAN..

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)



Bersyukurkah aku?? Persoalan yang sentiasa ana ungkapkan dalam diri ini. Dalam sedar x sedar, Allah dah bawa ana jauh, melepasi hari-hari yang lepas dengan jayanya, alhmdulillah.. ana harap shabat-shabat juga begitu...

Belajarlah dari universiti dunia. Setiap yang berlaku, tidak bertujuan untuk sia-sia melainkan membawa seribu pengajaran dan pengalaman untuk di contohi dan dipelajari untuk hari ini dan masa hadapan yang lebih baik.

Buat sahabat-sahabat pembaca, jom sama-sama kita ingatkan diri:

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

JIka terasa berat, kembalilah kepada Allah. JIka terasa susah hati, berdoalah kepadanya, sujudlah kepadaNYA. Lumrah seorang insan akan betul betul tunduk kepada ALLah apabila di dalam kesedihan dan kesempitan. Jika tidak kembali kepada Allah, kepada siapa lagi kita boleh berpaling dan mengharap?

Tuhan pemilik segalanya. Tuhan yang menggerakkan hati-hati manusia. Kita ada Allah, sesungguhnya itu adalah lebih bermakna dari segala-galanya.


P/s: Buat adikku syofwan dan amir yang tersayang, setiap yang datang dalam hidup ini pasti bersebab. Kuatkan semangat, yakin dan terus berdoa, Allah pasti bersama.. :)

Sunday, July 13, 2014

Permohonan PPC dalam negara-Perkongsian

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah ana terpanggil untuk menulis entry ini. tercetus dari soalan seorang shabat berkaitan macam mana ana apply PPC dalam negara pada Tahun lepas, 2013 sdangkan pada waktu tersebut ana belum grad dan baru shaja tamat semester akhir Ijazah...

Ok, pada tahun lepas ana apply PPC dalam negara untuk MSc by research UiTM. Dan alhmdulillah ana berjaya. Cuma ana tolak tawaran tersebut.. in sha Allahini yang terbaik untuk ana. Allah sebaik2 perancang :)

Masa apply tue dalam bulan 7, 2013 sama mcam sekarang. Jika diimbau pada saat tue, mg ana sangat keliru betul ke nak belajar di UiTM, sebenarnya aku nak apa. Maklumlah baru habes belajar, baru hbes viva osce semua, minda pom macam terkejut.hehe. Tapi teringat pesanan ma tersayang, apa2 dalam hidup nie, jika ade peluang apply je, dapat ke tak lain kira dan kalau dapat tapi xnak boleh tolak tawaran. In sha Allah sebagai persediaan mana tahu tiba2 saat dapat tawaran PPC tue berubah hati memang nak sambung di UiTM.. hehe. Kata2 bondaku tersayang.

Jadi berbekalkan pesanan dari ma ni, ana apply. Yang tercatat syarat adalah:
1. tawaran mesti unconditional
2. Kena lampirkan keputusan Ijazah
3. Study plan

Apa yang ana send adalah
1. Twaran bersyarat (conditional) - sebab memang masa tu ana x grad lagi, mg x mungkin akan dapat unconditional offer.
2. Ana hantar mini transcript Ijazah yang tunjuk resuz dari sem 1-7. At that moment, resuz sem 8 x keluar lagi.

Mungkin ramai yang teringin nak minta PPC jpa dalam negara tapi syarat2 seperti Unconditional offer letter xdpat lagi. Pada ana, apply je. Who knows, ada rezeki untuk ini.  sesungguhnya, nie semua dari Allah, Alhmdulillah.

 Jika sesiapa yang berminat dan sudah dapat tawaran Msc kat dalam negara, walaupun masih tawaran bersyarat, mohonlah.. Sekdar usaha, selebihnya sama sama tawakal pada Allah. ;)

Moga membantu :)



Saturday, July 12, 2014

Cari Rumah/bilik sewa Di LONDON

Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah, bertemu lagi kita pada entry kali ini. Ana doakan agar Allah sentiasa mempermudahkn urusan shabat2 sekalian..in sha Allah.

Terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat yang akan berhijarah ke london, in sha Allah.
Perkongsian pada kali ini adalah mengenai permohonan accommondation di Ducane Housing, London.

Dibawah adalah step2 yang perlu di ambil:

1. Layari laman web DUcane housing (http://ducaneha.org.uk/)
website ducane housing

2. Click Applicants   (download form yang berkaitan dan Isi)
download form yang berkaitan

3. Pos ke alamat yang telah tertera di belakang form permohonan tersebut. Ana cdangkan guna pos daftar malaysia saje. Kosnya adalah lebih kurang Rm 10 ringgit sahaja. Ana hantar application ini menggunakan pos daftar pada 1 July dan alhmdulillah permohonan tersebut sampai ke Imperial Accommondation centre 7 hari kemudian.. Cepat dan jimat kan :) Pos daftar ni kita boleh track document smpai ke x juga dalam website Pos malaysia. Tapi untuk hantar sijil original, ana akn suggestkan supaya guna pos DHL seperti yang ana kongsi di entry ini : http://iefa123.blogspot.com/2014/03/dhl-express-pos-laju-ke-luar-negara.html


Post daftar Malaysia


4. Untuk pelajar Imperial College London, anda terlebih dahulu akan menerima email dari Imperial Accommondation Centre yang akan memaklumkan borang tersebut sudah sampai kepada mereka untuk pengesahan dan dihantar ke Unit Ducane housing.



5. Memandangkan Ducane housing nie applicantsnya ramai, jadi adalah lebih baik untuk ada tempat tinggal sebagai standby bimbang lambat dapat jawapan dari Ducane. Jadi ana cdangkan kat sini agar cari homestay malaysian iaitu sewa bilik bersama family malaysia yang tinggal di sana selama sebulan. Untuk cari homstay tersbut, bolehlah cari kwn2 yang tinggal di London dan minta diorg surveykan jika ada mana2 family Malaysia yang ingin sewakan bilik untuk 1-2 bulan pertama di sana. Jadi dalam sebulan pertama tu, boleh pergi ke Ducane housing dan urge diorang ckp kita dah ada di london dan inginkan tempat tinggal. Pada masa yang sama, bolehlah survey2 rumah di kawasan2 yang dirasakan sesuai dan tidak terlalu jauh dari campus untuk bulan kedua di London.

For this part (homestay), i would like to thank my fren Ira for the help. Moga Allah sentiasa permudahkn urusanmu kerana permudahkan urusan org lain, in sha Allah. amin :)

Untuk penjelasan yang lebih baik tentang tempat tinggal yang sesuai di london, boleh layari blog di bawah. sangat membantu.

Credit to the Blogger for the efforts :)
http://guwapunyesuke.blogspot.com/2013/06/again-mara-house-london.html


Moga membantu :)

P/s : 








Sunday, June 29, 2014

Application to Imperial College London (ICL) & Student Portal ICL


aSSALamualaikum wbt semua.. Alhmdulillah berjumpa lagi kita pada entry kali ni. Salam ramadan buat sahbat2 semua. Moga kita sama sama mmnfaatkan bulan barakah ini, in sha Allah :) Ana doakan sahabat-shabat pembaca sihat sihat selalu. In sha Allah pada kali ini ana terpanggil untuk berkongsi dengan para shabat tentang cara memohon Imperial College of London (ICL) dan sistem portal student ICL.

Sebelum itu, ana yakin dan pasti kebanyakkan biasiswa termasuk juga MARA hanya akan menaja pelajar yang mendapat tempat pengajian di Top ranking university or top 200 uni yang dilistkn oleh penaja masing2. Contoh:
  • MARA: Akan menaja listed university yang dikeluarkan oleh MARA sendiri. But for certain cases, MARA ada juga memberi pinjaman kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di University yang telah dilistkan (tertaluk kepada sebab dan peruntukan)
  •  JPA PPC (program pelajar Cemerlang) : Menaja pelajar lepasan JPA first class ke 20 top ranking universiti in the world (list dikeluarkan oleh JPA sendiri)
  • Biasiswa Agong : Menaja pelajar untuk Top ranking universiti in the world (list dikeluarkan oleh JPA)
  •  Etc – kebanyakkan menaja pelajar yang mendapat tempat di Top ranking universiti in the world

Dan alhamdulillah imperial college of London berada pada ranking 10/200 berdasarkan list yang dikeluarkan oleh KPM pada tahun 2014. Oleh itu, tujuan ana menulis entry ini adalah panduan yang dtujukan khusus kepada ssiapa yang berminat untuk memohon MSc di ICL sahaja. Sila rujuk di bawah:

  • Disember 2013: Ana telah memohon program MSc di ICL sebaik sahaja prmohonan di buka. Untuk tips permohonan adalah kalian perlu apply secepat yang mungkin sebaik sahaja permohonan dibuka. Ana memohon sendiri memandangkan tiada agent ducation yang boleh membantu untuk permohonan ana ke ICL (mungkin ade, tetapi dari pencarian ana xde. So if ade kindly share wit me k J). ICL ade meyediakan PDF panduan permohonan dalam websitenya dan pastikan bace panduan permohonan tersebut dahulu. Proses mengisi borang seperti biasa bagi ana agak leceh dan memrlukan kesabaran, namun Alhmdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pada tahap ini, tiada sebarang hard copy dokumen yang perlu dihantar ke pihak universiti.
  • April 2014 : pada 25 April, ana menerima email mengatakan bahawa department telah membuat keputusan kepada permohonan ana dan sila cek status permohonan di portal ICL (jangan risau, link adress dan password semua ada).
Laman hadapan portal student ICL


Alhmdulillah pada saat tersebut status permohonan ana adalah “conditional offer”. Kenapa “conditional offer” (tawaran berseyarat)? Hal ini krana, ade bberapa outstanding items (hardcopy original document seperti yang ana highlightkan) yang perlu ana pos kepada pihak admission team bagi membolehkan mereka memberi status unconditional offer pada ana. Ana telah pos ke admission team di London 3 perkara:
  • Guarantee letter@ financial affidavit
  • Ijazah original
  • Ielts
Items yang perlu dihantar ke ICL


3.       Mei 2014 : Alhmdulillah, sebaik sahaja mereka menerima semua dokumen yang ana pos di atas, ana telah mendapat Unconditional offer dari ICL. Berkaitan dengan sijil original Ijazah yang telah dihantar ke ICL, jangan bimbang kerana pihak admission team akan menghantarnya kembali kepada alamat yang telah kita masukkan dalam portal ASAP.
Unconditional offer


4.       JUN 2014: Seawal bulan Jun, CAS number yang diperlukan untuk permohonan visa telah digeneratekan di dalam portal. Alhmdulillah. ICL juga akan indicate dalam portal student tersebut sekiranya pelajar tersebut perlu apply ATAS certificate. Alhamdulillah ana tidak perlu. Pada masa yang sama kena selalu cek portal student ni kerana kena fill up sikit beberapa persoalan dalam portal tersebut.


Sekian sahaja perkogsian ana pada kali ini. Moga dipermudahkan urusan para shabat. Untuk sesiapa yang akan menyambung pelajaran sama ada dalam atau luar negara, sama sama kita betukan niat untuk belajar dan berazam untuk membuat yang terbaik untuk umat, in sha Allah (pesanan untuk diri sendiri juga).

Selamat memohon dan all da best :)







Saturday, June 28, 2014

INTERVIEW CUTI BELAJAR UKM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR


Alhamdulilah, syukur pada Allah.. pada malam Ramadan yang penuh mulia ini, diizinkan Allah untuk berkongsi dengan para shabat akan pengalaman menghadapi interview terakhir cuti belajar pada 13 Jun 2014 lalu, jam 3 petang.

Interview tersebut bertempat di Tingkat 6 bangunan canselor UKM. Mungkin sahabat2 agak pelik kenapa begitu banyak interview yang ana lalui untuk fellowship UKM ini. Buat pengetahuan semua, ana telah melalui tiga peringkat interview untuk fellowship UKM:

  •           Interview peringkat Program
  •          Interview peringkat kedekanan
  •       Interview cuti belajar bersama TNC (pada peringkat ini, in sha Allah permohonan adalah 90% sudah berjaya) – peringkat akhir

Pada 13 Jun tersebut, ana sampai awal ke UKM.. Maklumlah naik bas dan ktm, perjalanan agak jauh dari KL. Secara jujur, ana tidak sempat prepara disebabkan demam yang agak teruk pada minggu yang sebelumnya. Dengan selamba ana ckp kat diri.. You can do it, yeah.. In sha Allah.. hehe

Pada hari tersebut, terdapat 4 Candidate yang akan diinterview untuk cuti belajar (1 post doc dan 3 Master). Pemakaian ana pada hari tersebut adalah formal dan ade juga candidate yang membawa fail sijil original tp ana tak bawa. Alhmdulillah, fail sjil2 tidak diperlukan untuk interview tersebut.

Sebaik sahaja masuk dalam bilik mesyuarat, diri ini agak terkejut. Maklumlah, kami masuk berempat tetapi interviewer ada 5 orang (semua prof dan Dr termasuk Prof Riza Atiq). Seram sejuk jadinya. Tapi Alhamdulillah, sapaan Prof Riza Atiq memberi sedikit kelegaan pada hati kami ni. Sepanjang interview cuti belajar trsebut, banyak juga yang kami kena tnya antaranya:


  • Kenapa kamu nak pegi belajar (masa dengar soalan ni, em .. hehe.. soalan yangs sangat simple but of course require jawapan yang terbaik)
  • Apakah contribution research sebelum ini kepada negara@ masyarakat
  •  Kenapa pilih tajuk inii untuk research kamu.
  • Apa yang kamu hendak beri pada masyarakat

 Ini adalah antara soalan yang ditanya kepada. Secara jujur, ana sangat x bersedia bila ditanya berkaitan dengan research yang telah dipilih untuk bidang pengajian nanti. Sebab tu la kot, ana kena nasihat panjang lebar jugak dengan salah seorang interviewer. Namun Alhmdulillah semuanya berjalan lancar.

Apa yang ana belajar dari interview ini adalah sangat penting untuk kita membuat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia khususnya.  Interview pada tahap ini adalah interview yang lebih santai dan lebih ke arah memberi pencerahan kepada kami tentang matlamat kami untuk pergi belajar. Kebanyakkan soalan yang diutarakan akhirnya akan disusuli dengan nasihat-nasihat yang sangat bermakna.
  Dua hari selepas itu dimaklumkan lulus interview cuti belajar ini.. Alhmdulillah..







Monday, June 16, 2014

Kenapa saya menulis Blog??

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di entry ini. Moga shabat-sahabat sihat selalu, amin. in sha Allah.

Pada malam nie terasa sangat tenang. Alhmdulillah, sememangnya ketenangan tu tak dapat dibeli oleh wang ringgit. Terpanggil untuk mengupdate blog nie, pesanan dari seorang yang sangt istimewa dan penting dalam hidup ini juga. Hehe. Terima kasih untuk dia yang selalu ingatkn ana agar sentiasa membantu orang lain walau hanya melalui penulisan blog.



Kenapa saya menulis Blog? Hehe. Kerana terlalu banyak yang ana belajar dan dapat tahu dari BLOg. Terima kasih kepada semua blogger, yang ana kunjungi laman blognya dan bakal kunjungi nanti kerana mereka semuanya membantu dalam diam. Tahu tentang sambung belajar, biasiswa, pengisian rohani, bahkan pengalaman-pengalaman yang sangat hebat dalam hidup2 manusia terutamanya mengenai pergantungan pada Allah sepanjang belajar hampir semuanya ana dapat dari blog. Terima kasih, hanya Allah yang akan membalas budi atas keiklasan mereka berkongsi perkara-perkara yang sangat bermanfaat itu.

Pada permulaan ana menulis blog, serius lamanya spend masa depan laktop sebb budak baru belajar kan. Tapi masa t, alhmdulillah niat dalam hati nie, apa-apa yang ana dapat, ingin ana kongsikan dengan orang lain juga. Alhmdulillah, apabila start menulis entry dan ditanya dan ditanya walaupun soalannya hampir sama, terasa sangat gembira. Gembira kerana dapat membantu hamba Allah yang lain untuk sama-sama berjaya, sama-sama mengejar impian, sama sama mencari redha Allah dengan saling mempringatkan :)

Perasaan berjaya menolong orang di sini bukanlah untuk show off. Pastinya tidak. Perasaan gembira dan puas hati nie xdpat digambarkan dan sebenanya akan menceriakan hari-hari ana setiap hari. Pada masa yang sama juga, menulis blog ini juga preparation yang bagus bagi orang yang meminati bidang penulisan tetapi agak sukar untuk memupuk semangat dan skill dalam penulisan. Believe me. Try yourself ;)



Untuk sesiapa yang sudah lama berniat untuk menulis sama ada blog @ anything, menulislah. Your first step, insha Allah will change everything. Menulislah, ade kalanya perkara yang kita ingin kongsi itu kita rasakan biase sahaja, namun jangan lupa perkara itu juga mungkin sangat bermakna pada orang yang sangat memerlukannya. Berkongsilah dan teruskan memberi dalam diam. Moga usaha yang kecil ini mendapat redha Allah. Ana doakan Allah senantiasa mempermudahkn urusan semua sahabat2. Sharing is caring.




Saturday, April 19, 2014

Takut Ambil IELTS??

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sgala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.

Kenapa tajuk "Takut ambil ielts" menjadi entry ana pada kali ni? Sebab memang serius ana takut untuk ambil ielts krn ana x pndai sangat english. Takut x lepas, nanti duit xcukup nak repeat, kenkangan masa memandangkan result ielts keluar lambat jugak & etc bermain di benak fikiran ana sbelum ini. Tapi yakinlah, Allah sebaik-baik penolong sebaik-baik penyayang bagi orang yang berusaha. Alhmdulillah, ana lulus ielts requirement bagi KPT dan juga Uni.

Ana sat for ielts pada 5 April 2014 di IDP KL. and ini result ana. Alhamdulillah.




TIPS for IELTS

Memandangkan ana hanya prepare dalam 20 hari sebelum exam (tu pom tolak hujung minggu xsempat study), ana all out buat buku IELTS 7, 8 & 9. Secara jujur IELTS 9 sangat susah, ase macam nak putus asa dah. Tapi sebenanrya bila kita latih diri kita dengan exercise yang susah, kita akan lebih prepare dan dah latih minda kita how to manage time bila soalan tu susah terutamanya bahagian reading. Sebb reading somtimes paragraph tu panjang berjela sampai x larat nk bace.tmbah x faham lagi.hehe. tapi jangan putus asa. Ana paksa sikit diri ana untuk buat semua exercise dalam buku2 ini walau xsempat nk buat semua. In sha Allah, Allah Maha Mengetahui hambanya yang berusaha.

IELTS 7, 8 & 9
DUa buku di bawah pula bagi ana sangat bagus kerana buku ini boleh guide kita step by step. Example, Buku Barron akan ajar step by step untuk writing. Macam mana kita nk create intro, thesis statement, topic sentences sampai conclusion. Bagi sesiapa yang mungkin dah agak lupa nk buat start esei macam mana, boleh lah cari buku ni. Dua buku nie jugak bagi panduan terperinci untuk speaking, listening dan juga reading. Ana highly recommend sahabat sahabat yang nak ambil IELTS agar ade buku dua dibawah ni.

Target Band 7 & Barron's
 WRITING

1. Banyakkn buat latihan.
2. Kalau xsempat macam ana, banyakkan bace cth cth esei specific bagi part 1 & 2. Saya ade cth kumpulan esei part 1 dan part 2. (Sesiapa berminat boleh letak email kat comment nti saya send)
2. Kalau sempat, hafal lah  words sinonim dan gunakan words yang jarang digunakan. Cth food : cuisine
3. Dalam exam: divide time betul-betul antara part 1(20 m) & 2 (40 m). Kalau sempat habes, semak betul2 grammar. Dalam case ana, ana habes tulis ayat terakhir part 2, mase habes, xsempat nak cek.

SPEAKING

1. Berlatih bercakap sendiri. kalau ade kawan boleh minta kawan jadi examiner tanyakan soalan pada kita. ana berlatih sorang2 sebab xde kawan sebilik.
2. Sambil jalan or drive balikdari kerja@ pergi shopping, cuba praktis dalam hati or secara perlahan. Bayangkan kita menerangkan kepada tourist tentang bangunan, shopping complex, makanan popular di tempat kita dan etc. Just untuk familiarkn diri kita dengan bercakap.
3. Dalam exam, greet the examiner. Senyum dan bagitau pada diri kita sendiri, aku boleh aku mampu. Insha Allah kekuatan t akan muncul dengan sendirinya dengan bantuan Allah.

READING
1. Berlatih dengan masa. Divide paragraph 1: 15 minit, paragraph 2: 20 minit, paragraph 3: 25 minit. (kenapa?-sebab biasanya paragraph pertama senang dan yang ketiga paling susah)
2. Setkan dalam minda nak kena betul berapa untuk dapat cth 7.5 for reading
3. Setiap kali dapat score, tulis kata-kata semangat untuk diri.
4. Dalam exam, kalau xdapat jawab sesuatu soalan, jangan ambil masa banyak, terus pegi pada soalan next.
5. Tenang, kalau ase susah sangat, istifar dan doa.

LISTENING
1. Berlatih & berlatih buat latihan listening.
2. Mase exam: fokus.



SOALAN IELTS ANA dapat

Writing PArt 2: Fenomena tukar kerjaya adalah sesuatu yang biase berlaku zaman sekarang. Apa pendapat anda, adakah hal ini postive atau tidak?

Speaking:
Part 1: Introduce yourself, suka cycling x? benefit online shopping
Part 2: Website yang selalu kamu layari. Apa, Kenapa tc
part 3: What is the most visited website by teen in ur country, why, do you use fb, guna tenet harmful or not etc..

Tips for IELTS memang kalian boleh dapatkan secara details dari dua buku yang ana suggestkn di atas.

Apa yang ana lebih concern adalah, kita kena yakin kita boleh. Tak kesah level bi kita takat mana, yang penting adalah praktis dan praktis. In sha Allah, jika ana boleh, kalian jugak boleh. Mungkin mase untuk buat exercise x banyak krn masing-masing ada komitmen dengan kerja etc, tapi in sha Allah boleh. All out dan hargai betul2 bila tiba masa terluang untuk buat latihan ielts. Setkan setiap hari, latihan apa yang kita nak buat. Mungkin hari ni nak buat reading dan listening, esoknya buat writing dan speaking.

Lepas exam, doa lah agar pemeriksa dilembutkan hati dari segi markah dan juga agar kita diberikan resuz yang baik. In sha Allah, Allah Maha Penyayang. Ana memang xdpat jawab. Lepas habes exam call ma n ayah ckp, akak xdapat jawab dan rase xlepas, nk prepare ambil kali kedua. Ana cakap kat ayah, "Ayah Allah je mampu tlg akak, Allah je mampu. Ayah n ma doakan ye".

Alhmdulillah, Allah memang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Namun, jika xlepas kali pertama sekalipom, yakinlah, Allah sebaik-baik perancangan. Never give up.



Suasana EXAM IELTS 

Pada hari exam, IDP ade sediakan pensil dan juga pemadam, tapi kita kena minta. Xdibenarkan guna mechanical pensil dan kalau bawa pensil sendiri pun ok. 2 part pertama; reading, listening akan guna pensil , manakala writing pula saya dimaklumkan boleh guna pensil @ pen. Saya guna pensil untuk writing bimbang comot. Speaking pula x perlu bawa apa apa. Nti diorang akan bekalkan kertas dan pensil untuk part 2 speaking. So jangan bimbang.

Exam akan start dengan part listening, reading dan writing. Exam ini akan non stop except bila nak bagi instructions for very part. Ana hari tu, masuk dewan dalam pkul 9.15 pagi habis dalam pukul 12.30 noon. Jadi kalau sesiapa yang ingin ke tandas, boleh berbuat demikian in between exam. Nanti akan dibacakan regulation sepanjang exam.

Selamat menempuh IELTS bagi yang akan menduduki IELTS. Moga dipermudahkan segala urusan. AMin :)

P/s:  untuk sesiapa yang ingin share post ini, dipersilakan. Moga usahakita ini berkongsi dan sama sama ingin berjaya, menjadi saham kita di sana , in sha Allah :)

boleh bace sambungan kepada IELTS ini di sini Repeat IELTS

Moga Allah redha :)