Sunday, July 13, 2014

Permohonan PPC dalam negara-Perkongsian

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah ana terpanggil untuk menulis entry ini. tercetus dari soalan seorang shabat berkaitan macam mana ana apply PPC dalam negara pada Tahun lepas, 2013 sdangkan pada waktu tersebut ana belum grad dan baru shaja tamat semester akhir Ijazah...

Ok, pada tahun lepas ana apply PPC dalam negara untuk MSc by research UiTM. Dan alhmdulillah ana berjaya. Cuma ana tolak tawaran tersebut.. in sha Allahini yang terbaik untuk ana. Allah sebaik2 perancang :)

Masa apply tue dalam bulan 7, 2013 sama mcam sekarang. Jika diimbau pada saat tue, mg ana sangat keliru betul ke nak belajar di UiTM, sebenarnya aku nak apa. Maklumlah baru habes belajar, baru hbes viva osce semua, minda pom macam terkejut.hehe. Tapi teringat pesanan ma tersayang, apa2 dalam hidup nie, jika ade peluang apply je, dapat ke tak lain kira dan kalau dapat tapi xnak boleh tolak tawaran. In sha Allah sebagai persediaan mana tahu tiba2 saat dapat tawaran PPC tue berubah hati memang nak sambung di UiTM.. hehe. Kata2 bondaku tersayang.

Jadi berbekalkan pesanan dari ma ni, ana apply. Yang tercatat syarat adalah:
1. tawaran mesti unconditional
2. Kena lampirkan keputusan Ijazah
3. Study plan

Apa yang ana send adalah
1. Twaran bersyarat (conditional) - sebab memang masa tu ana x grad lagi, mg x mungkin akan dapat unconditional offer.
2. Ana hantar mini transcript Ijazah yang tunjuk resuz dari sem 1-7. At that moment, resuz sem 8 x keluar lagi.

Mungkin ramai yang teringin nak minta PPC jpa dalam negara tapi syarat2 seperti Unconditional offer letter xdpat lagi. Pada ana, apply je. Who knows, ada rezeki untuk ini.  sesungguhnya, nie semua dari Allah, Alhmdulillah.

 Jika sesiapa yang berminat dan sudah dapat tawaran Msc kat dalam negara, walaupun masih tawaran bersyarat, mohonlah.. Sekdar usaha, selebihnya sama sama tawakal pada Allah. ;)

Moga membantu :)



Saturday, July 12, 2014

Cari Rumah/bilik sewa Di LONDON

Assalamualaikum wbt.. Alhmdulillah, bertemu lagi kita pada entry kali ini. Ana doakan agar Allah sentiasa mempermudahkn urusan shabat2 sekalian..in sha Allah.

Terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat yang akan berhijarah ke london, in sha Allah.
Perkongsian pada kali ini adalah mengenai permohonan accommondation di Ducane Housing, London.

Dibawah adalah step2 yang perlu di ambil:

1. Layari laman web DUcane housing (http://ducaneha.org.uk/)
website ducane housing

2. Click Applicants   (download form yang berkaitan dan Isi)
download form yang berkaitan

3. Pos ke alamat yang telah tertera di belakang form permohonan tersebut. Ana cdangkan guna pos daftar malaysia saje. Kosnya adalah lebih kurang Rm 10 ringgit sahaja. Ana hantar application ini menggunakan pos daftar pada 1 July dan alhmdulillah permohonan tersebut sampai ke Imperial Accommondation centre 7 hari kemudian.. Cepat dan jimat kan :) Pos daftar ni kita boleh track document smpai ke x juga dalam website Pos malaysia. Tapi untuk hantar sijil original, ana akn suggestkan supaya guna pos DHL seperti yang ana kongsi di entry ini : http://iefa123.blogspot.com/2014/03/dhl-express-pos-laju-ke-luar-negara.html


Post daftar Malaysia


4. Untuk pelajar Imperial College London, anda terlebih dahulu akan menerima email dari Imperial Accommondation Centre yang akan memaklumkan borang tersebut sudah sampai kepada mereka untuk pengesahan dan dihantar ke Unit Ducane housing.



5. Memandangkan Ducane housing nie applicantsnya ramai, jadi adalah lebih baik untuk ada tempat tinggal sebagai standby bimbang lambat dapat jawapan dari Ducane. Jadi ana cdangkan kat sini agar cari homestay malaysian iaitu sewa bilik bersama family malaysia yang tinggal di sana selama sebulan. Untuk cari homstay tersbut, bolehlah cari kwn2 yang tinggal di London dan minta diorg surveykan jika ada mana2 family Malaysia yang ingin sewakan bilik untuk 1-2 bulan pertama di sana. Jadi dalam sebulan pertama tu, boleh pergi ke Ducane housing dan urge diorang ckp kita dah ada di london dan inginkan tempat tinggal. Pada masa yang sama, bolehlah survey2 rumah di kawasan2 yang dirasakan sesuai dan tidak terlalu jauh dari campus untuk bulan kedua di London.

For this part (homestay), i would like to thank my fren Ira for the help. Moga Allah sentiasa permudahkn urusanmu kerana permudahkan urusan org lain, in sha Allah. amin :)

Untuk penjelasan yang lebih baik tentang tempat tinggal yang sesuai di london, boleh layari blog di bawah. sangat membantu.

Credit to the Blogger for the efforts :)
http://guwapunyesuke.blogspot.com/2013/06/again-mara-house-london.html


Moga membantu :)

P/s :