Monday, October 03, 2016

Bagaimana saya memulakan pencarian supervisor PhD (University of Oxford)


In sha Allah pada entry kali ini, saya akan berkongsi bagaimana saya saya memulakan langkah untuk mendekati' supervisor (SV) daripada Universitiy of Oxford. Ini hanyalah perkongsian daripada saya untuk sahabat pembaca. Moga bermanfaat.

Imperial College London

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya berjaya melanjutkan pelajaran dalam MSc Medical Ultrasound di Imperial College London (ICL) (1 Oktober 2014 - 30 September 2015). Memandangkan pada saat itu saya memegang jawatan 'Fellowship di UKM, adalah satu kemestiaan untukku melanjutkan pelajaran ke Peringkat PhD. Maka sejak saya menjejak kaki ke ICL, otak saya ligat berfikir untuk peluang peluang melanjutkan pelajaran ke PhD. Memang sejak kecil lagi tertanam impian untuk ke salah sebuah universiti yang terkemuka di dunia seperti Oxford, Harvard dan Cambridge. Tetapi dalam hati ini ada kegusaran, mampukah aku dan layakkah aku??

Langkah pencarian bermula
" Akak kena selalu tanam dalam hati, nak belajar kerana Allah, nak belajar untuk menjadi salah seorang penyumbang kepada Ummah, bukan kerana harta dan dunia". Pesanan ini sentiasa meniti di bibir ibuku apabila saya menyuarakan rasa hati tentang kebimbangan dan kerunsingan berkaitan PhD. Kata-kata ini tanpa sedar menjadi penguat semangat untukku. Bermula pada bulan Julai 2015, saya memulakan pencarian mencari supervisor PhD. Memandangkan saya ini memang seorang yang suka membuat perancangan, lalu kugoogle' dan tulis satu persatu hasil pencarian universiti, SV dan bidang yang terlibat.


Tips sebelum dan ketika membuat pencarian:

1. Tanamkan niat ingin melanjutkan pelajaran ikhlas demi kemajuan diri, agama dan juga ummah, bukan kerana pangkat dan harta semata mata.

2. Membuat list seperti di bawah bagi memudahkan dokumentasi:

Universiti
SV
Email
Bidang
Info tambahan
Tindakan
Maklum balas
 Oxford






UKM








3. Merisik nama 'potential SV' daripada pensyarah atau senior yang sudah atau sedang melanjutkan PhD di dalam bidang berkaitan.

3. Jika 'potential SV' membalas e-mail dan meminta maklumat tambahan, sila berbuat demikian secepat mungkin bagi menunjukkan kesungguhan untuk menjadi pelajarnya.

4. Sentiasa berdoa agar ALLAH memberikan kita jalan yang terbaik, terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Percayalah, kita boleh meminta pandangan dengan ramai orang dan berusaha sebaik mungkin sehabis kita. Pengakhirannya, Allah sebaik baik penggerak hati dan penentu. Semuanya di bawah perlindunganNYA. Jika rasa resah dan gelisah, berdoalah. Bila rasa buntu, berbicaralah Allah, mengadu padaNYA. Selagi kita berusaha, doa dan tawakal, in sha Allah, Allah pasti tentukan dan ketemukan kita dengan sv yang terbaik. 


Hasil pencarian saya di dalam bidang Ultrasound, terhasillah kumpulan email-email di bawah:

1. Cubaan pertama- Potential SV daripada Uni. of Oxford, UK



2. Alhamdulillah, Prof Robin dengan baik hatinya mencadangkan saya siapakah SV yang lebih sesuai


3.  Cubaan kedua - Potential SV daripada daripada Uni. of Oxford, UK



4. Permulaan berkomunikasi melalui e-mail - Uni. of Oxford, UK

Peter Hoskins - Buku ini adalah buku rujukan utama saya sepanjang pengajian MSc di ICL

5. Cubaan ke tiga- Potential SV daripada Uni. of Edinburgh, UK




6. Cubaan ke empat - Potential SV daripada Uni. of Cambridge, UK


7. Cubaan ke lima - Potential SV daripada Uni. of Melbourne, AUS


E-mail yang dilampirkan di atas hanya daripada SV yang membalas e-mail saya. Ada juga yang tidak membalas, jadi tidak saya lampirkan di sini. Kesimpulan yang saya boleh simpulkan daripada pencarian ini:

1. Kebanyakkan e-mail akan dibalas oleh 'potential SV'. 
2. Jika 'potential SV' tersebut berminat, kebiasaannya kita perlu memberi kepada mereka maklumat tambahan seperti; CV, akademik transkrip,  pengalaman dan kepakaran.
3. Ada juga 'potential SV' yang akan memberi cadangan 'potential SV' yang lebih sesuai dengan diri, kehendak dan kepakaran kita.


'Potential SV' daripada University of Oxford

Pada penghujung pengakhiran MSc di ICL, alhamdulillah saya mendapat tawaran melanjutkan PhD di ICL di bawah penyeliaan SV ketika itu. Namun, hati terasa ingin menimba ilmu di universiti baru. Alhamdulillah SV di ICL ini sangat baik hati dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri ini.  "I just want the best for you", kata-kata daripada beliau apabila saya menyuarakan isi hati untuk memohon universiti lain.

Setelah mendapat maklum balas daripada Prof Paul Leeson daripada University of Oxford, saya segera menghantar dokumen yang diminta oleh beliau. Hasil diskusi bersama, saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan beliau di Oxford sebelum saya pulang ke Malaysia 'for good' seusai tamat MSc di ICL.

9 Oktober 2015
Pada tarikh ini, saya dijadualkan untuk berjumpa bakal SV buat kali pertama di Oxford.Sangat berdebar dan tidak pasti apakah yang ingin dibincangkan pada hari ini. Saya bisikkan dalam diri saya, saya sekadar mencuba, jika Allah izinkan, in sha Allah ada rezeki saya di Oxford. Jika tidak pastinya ada yang terbaik untuk saya. Yang penting, saya mencuba dan tidak putus asa.

Pertemuan kali pertama bersama beliau adalah lebih kepada perkenalan. Antara soalan yang beliau ajukan adalah:
1. Terangkan pengalaman anda sepanjang pengajian MSc
2. Adakah saya sudah mempunyai biasiswa
3. Selain Oxford, universiti mana lagi yang saya mohon untuk PhD
4. Kenapa berminat untuk menyambung PhD
5. Bagaimanakah saya mengenali beliau
6. Apa yang saya tahu tentang penyelidikan di sini.

Saya juga memaklumkan kepada SV bahawa saya tiada proposal, tetapi saya berminat dengan bidang kajian beliau. Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu berakhir apabila beliau membawa saya untuk meninjau department department tersebut. Namun, yang menjadi sedikit kerisauan saya adalah beliau memperkenalkan saya kepada salah seorang penyelidik di situ dan mencadangkan saya berada di bawah Oxford Brookes. Jadi saya pulang dengan penuh tanda tanya. Adalah beliau ingin mengambil saya sebagai pelajar PhD di Oxford?

Saya balik ke Malaysia dan membisu tanpa sebarang e-mail di tulis kepada potential SV di Oxford. Alhamdulillah, pada Januari 2016, saya menerima e-mail daripada beliau bertanyakan adakah saya masih berminat untuk menyambung PhD di University of Oxford.

Lantas saya membalas, ya. Bermula dari situ, beliau menerangkan kepada saya sedikit sebanyak berkenaan Oxford dan kami berbincang berkenaan permohonan ke Oxford. Jika ada di antara kalian yang sudah sampai kepada tahap ini, saya doakan yang terbaik kerana saudari/a sudah berada 'one step closer'.



Tiada research proposal??

Sebelum saya terlupa, saya ada memaklumkan kepada Prof Paul Leeson yang saya masih belum ada research proposal. Tetapi saya maklumkan kepada beliau akan idea saya sedikit sebanyak untuk PhD. Pastikan walau tiada research proposal, sekurang kurangnya anda sudah mempunyai sedikit idea untuk PhD. Untuk mendapatkan idea tersebut, cara yang saya buat adalah dengan membaca penyelidikan yang pernah dan sedang dijalankan oleh beliau lalu saya sesuaikan dengan kepakaran atau bidang yang saya minati. Namun tidak dinafikan ada sesetengah 'potential SV yang ingin bakal pelajarnya sudah ada proposal penyelidikan. Namun, untuk kes saya, alhmdulillah, saya tidak perlukannya. Beberapa tips di sini bagi yang masih belum ada proposal penyelidikan:

1. 'Be honest with your SV'. Maklumkan kepada beliau bahawa masih belum ada proposal
2. Sekurang kurangnya sudah ada sedikit idea di dalam fikiran apakah yang ingin dibuat.
3. Tunjukkan bahawa saudara/i sudah mempunyai sedikit/banyak pengalaman di dalam bahagian penyelidikan
4. Jika ada publication' boleh maklumkan kepada 'potential SV'.

Saya juga ada beberapa kali skype dengan Prof Paul Leeson. Memang mendebarkan. Satu saje yang saya selalu bisikkan pada diri saya bila rasa berdebar, takut dan sebagainya; " Afifah, kau dah usaha daripada dulu lagi. Kau dah istikharah dengan Allah, dah doa pada Allah. Allah dan sampaikan kau ke saat dan waktu ini, kerana Allah tahu kau mampu dan layak. Jadi, just look forward, jangan takut kerana Allah ada, Allah sebaik baik pelembut hati manusia dan penentu. Apa yang kau perlu buat adalah teruskan usaha yang terbaik, doa dan serah segalanya pada Allah. Bersangka baik dengan Allah"...

Buat sahabat sahabat yang di luar sana, saya doakan kemudahan kalian. Saya memang ada menyimpan keinginan untuk ke Oxford, Cambridge, Harvard dan sekarang saya tengah berusaha ke arah itu. In sha Allah ini adalah jalan yang Allah tetapkan pada saya dan moga saya dapat kembali dan menyumbang kepada Malaysia kembali.


Pengalaman ditemuduga untuk Dphil in Medical Sciences

Pengalaman menjalani temuduga Dphil In Medical Sciences di University of Oxford



Moga niat kecil ini untuk membantu orang lain dinilai olehNYA sebagai pahala untuk ke sana kelak. Amin :)

p/s: Terima kasih kepada ibu bapa, suami dan keluarga yang tidak putus putus memberi semangat kepada saya.








12 comments:

  1. Tahniah atas usaha yg hebat. I'm looking forward to read your next post... currently undertaking masters in one of the local uni in malaysia... i'm super interested to further my phd overseas. ��. Not as bright as you though.. but i love to challenge myself.

    Hope that you can have the success you've dreamed of.

    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Sis,

      I'm not as bright as you think but I'm only a mere person that never give up. i am just like you before.


      Lay out your strategy, be positive and doa, in sha Allah you will achieve your dreams.Thank you for your support and in sha ALLah will keep writing and sharing.

      Phd4all

      Delete
  2. Nice sharing dear . Love u and as always, so proud of u . May Allah bless u till jannah inshaAllah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you my dear ain. IN sha Allah amin. May Allah blessing be with you.

      Delete
  3. thank you for sharing your story.. keep inspiring :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Saya mohon kongsikan dengan rakan-rakan di facebook ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila. Mohon war warkan. MOga bermanfaat :)

      Delete
  5. tq for sharing.inspired me to further phd oversea:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Nice post dan tahniah! Perkongsian saudari sangat memberi semangat untuk saya menyambung PhD di UK. Saya ingin bertanya: jika kita tiada biasiswa semasa proses pencarian supervisor, adakah ini boleh mempengaruhi keputusan beliau untuk menerima kita sebagai pelajar penyeliaannya?

    Terima kasih. Good luck for PhD!

    ReplyDelete
  7. Waalaikummusalam wbt.

    Terima kasih dan moga post ini bermanfaat.
    Ramai kawan-kawan yang saya kenal, mereka ketika memohon tiada biasiswa dan mereka masih lagi diterima
    dan mendapat unconditional offer letter. Maksud unconditional offer letter bermaksud tawaran bersyarat sementara menunggu beberapa perkara lain selesai (contoh lulus ielts dan mendapat biasiswa). Saya juga pernah mendapat beberapa tawaran dari Uni UK dan ketika itu saya masih tiada biasiswa-http://iefa123.blogspot.com/2013/12/offer-letter.html.

    Namun, hal ini berbeza dengan beberapa buah universiti contoh Oxford dan Cambridge. Permohonan untuk masuk ke uni ini adalah tinggi dan walau saudara/i sudah mempunyai biasiswa, itu belum tentu menjamin mendapat offer letter. Dan jika saudara/i sudah mendapat offer letter, kebanyakkn universiti membenarkan untuk defer registration belajar tetapi perlu cek di website university berapa lama tempoh yang dibenarkan defer.

    Ini hanyalah secebis pengalaman saya. Bagi saya, jika sudah merancang apply sahaja dan pastikan sauda/i juga aware dengan date line permohonan biasiswa. Bila dah dapat offer letter, lebih senang nak mohon biasiswa.

    Good luck!

    ReplyDelete