Showing posts with label Slot Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Slot Inspirasi. Show all posts

Thursday, March 05, 2015

Sang pemikir...

malam sudah melabuhkan tirai..
Insan kerdil nie masil lagi dihadapan PC, penuh dengan nota nota dihadapan..Nota nota kehidupan#

Tiba tiba teringat kisah adik kesaynganku, syofwan.
Sungguh jika putus asa itu menjemput, tengoklah orang-orang yang begitu berusaha untuk belajar, namun masih belum mendapat peluang..Kesungguhan dia, adikku untuk terus belajar menyambung pelajaran, buat aku terpikir..

Ya Allah, indahnya percaturan hidup ini. Tidak semua yang ENGKAU kurniakan senang, adalah senang dalam semua bentuk kehidupan. Senang harta, mungkin tidak tenang hati. Miskin harta, tapi mungkin kaya hati. Maha suci Allah sebaik baik perancang. Indahnya perancangan Allah.

Buat sang sang pemikir di luar sana termasuk diriku, andai di hadapan ini seribu duri yang dikau lihat, pujuk hati ini dengan seribu masalah yang kita telah berjaya tempuhi. Hidup ini tidak menjanjikan semuanya senang kerana ujian adalah pasti untuk org org yang beriman. Tetapi jika kesusahan itu hadir, pastinya itu adalah rencana Allah untuk hamba hambaNYA yg tersayang..

Just one word, keep going.. 
Spread the positive talk and mind, 
may Allah bless.


Sunday, January 04, 2015

Istighfar - pembuka rezeki

Aku mohon keampunan pada Allah, Aku taubat pada Allah
. Tazkirah dari Dr Maza - Moga Allah merahmati beliau. Amin.





Keajaiban istighfar.. Sahabt2 yang disyangi sekalian dengarlah.. sekejap sahaja :)

Istighfar-Pembuka Rezeki

Bila ana mendengar tazkirah nie, ya Allah ia betul2 berlaku dalam hidup saya. One of the biggest things happened in my life....
Masih ana ingt bagaimana ana sangat mengharap untuk medapat Biasiswa Yang di Pertuan Agong,Istighfar dijadikan sebagai peneman ana.. Sebab ketika tue, mg rase xkan diplih melainkan dengan pertolongan Allah.. Allah Sebaik-Baik Pendengar, Sebaik-Baik Pemberi Rezeki..

Dengan istighfar,
rezeki bertambah
Kekuatan bertambah
kebahagian bertambah...

Ubat kepada semua perkara dalam hidup - ISTIGHFAR






Sunday, October 12, 2014

Wednesday, August 20, 2014

Untuk Renungan Bersama...


Video kesukaan ana..
Memberi inspirasi dan semangat..
Moga untuk sahabat-sahabat juga.. :)

P/s: credit kepada semua yang menghasilkan video ini. Moga menjadi saham di akhirat nanti. in sha ALLAH :)

Sunday, August 17, 2014

Burung itu.....

Cerita burung itu



.. Angin petang sepoi2 bahasa menjengah ke pipiku. Alhamdulillah ya Allah, terasa ketenangan ini dalam hati sambil melihat keindahan langit yang tidak putus-putus disusuli dengan kicauan burung-burung yang sedang terbang balik setelah penat seharian mencari makan. Inilah suasana setiap petang di tanah tempatku dibesarkan, Tanah Merah Kelantan. Sesekali kelihatan kucing kesayangan keluargaku, Gemuk ligat bermain di laman rumah. Ya Allah, terima kasih atas nikmat ketenangan ini, bisikku dalam hati.

Akak, cuba tengok burung-burung  yang sedang berkicau terbang tu. Aku mendongak ke langit. Kuat kedengaran kicauan burung-burung itu, mungkin tengah bercakap dalam bahasa mereka, persis hatiku. Ya ayah, semuanya tengah bercakap sesama mereka..hepi gamatnya.. kataku kepada ayah sambil tersenyum.

Ayah memulakan ceritanya.. Ayah masih ingat, dlu ade seorang kawan ayah yang suka menembak burung. Suatu petang, dia berjaya menembak tiga ekor burung. Bila diteliti, ade sekor burung yang agak kosong perutnya, manakala dua ekor lagi penuh dengan makanan.. Terdetik dalam hatinya, tentu sahaja burung yang kosong perutnya akan kelaparan pada malam ni. Entah tidurnya lena atau tidak memikirkan ke manakah destinasinya esok untuk mencari rezeki..Simpati menjengah dirinya. dan akhirnya alhmdulillah kawan ayah tidak memburu lagi selepas itu...

Ayah menambah lagi.. Ayah rasa bunyi kicauan burung sekarang semuanya tengah bercerita sesama mereka apa yang mereka dapat makan hari ini dan ke mana akan mereka pergi pada esok hari. Burung-burung yang kekenyangan kerana berjaya mendapat rezeki yang bnyak mungkin adalah burung yang paling kuat berkicau bercerita.. Kata ayahku sambil tersenyum melihat langit.. Sesungguhnya rezeki itu harus dicari. Rezeki yang halal. Aku juga tersenyum. Mendongak melihat burung-burung yang terbang berpasangan dan berkumpulan di langit. Jarang sekali melihat ade burung yang pulang bersendirian pada petang. Rezeki.. Terbayang di mindaku betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita hamba ALLAH. Terima kasih Allah. Teringat aku kepada sepotong ayat al quran:

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).



Dunia adalah satu pengembaraan



Belajarlah dengan semua yang berada dan berlaku disekelilingmu. Belajarlah dengan universiti kehidupan ini kerana sesungguhnya persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara. Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang, bantulah kami. Bantulah kami agar tetap menjadi hambanya yang bersyukur.

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)


Berulang-ulang ayat di atas dibacakan kepada ana oleh seseorang yang penting dalam hidup ini. Hafallah dan bacelah dengan mati hati, katanya. Bila di baca dengan penuh penghayatan, sebak di dada. Kenapa? kerana doa ini adalah satu permohonan, satu rayuan kita kepada Allah sebagai hambaNYA yang sangat lemah tetapi ingin  menjadi hamba yang lebih baik dan hamba yang tidak lupa padaNYA. Jadi marilah kita sama-sama berdoa; ketika berdiri, ketika duduk, senang dan juga susah. Dengan doa, hati akan menjadi tenang. Dengan doa, keazaman ini makin kuat kerana hidup ini milik Allah. Dengan doa, semuanya yang tidak mungkin boleh menjadi realiti.. dan dengan doa, tanda kita hamba Allah yang tidak sombong.

Marilah kita sama-sama menasihati, tolong menolong agar kita lebih kuat di masa hadapan dan menjadi umat berjaya. In sha Allah.

Moga Allah redha :)











Friday, August 15, 2014

Apa yang ditakdirkan ALLAH, pasti satu KEBAIKAN..

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)



Bersyukurkah aku?? Persoalan yang sentiasa ana ungkapkan dalam diri ini. Dalam sedar x sedar, Allah dah bawa ana jauh, melepasi hari-hari yang lepas dengan jayanya, alhmdulillah.. ana harap shabat-shabat juga begitu...

Belajarlah dari universiti dunia. Setiap yang berlaku, tidak bertujuan untuk sia-sia melainkan membawa seribu pengajaran dan pengalaman untuk di contohi dan dipelajari untuk hari ini dan masa hadapan yang lebih baik.

Buat sahabat-sahabat pembaca, jom sama-sama kita ingatkan diri:

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

JIka terasa berat, kembalilah kepada Allah. JIka terasa susah hati, berdoalah kepadanya, sujudlah kepadaNYA. Lumrah seorang insan akan betul betul tunduk kepada ALLah apabila di dalam kesedihan dan kesempitan. Jika tidak kembali kepada Allah, kepada siapa lagi kita boleh berpaling dan mengharap?

Tuhan pemilik segalanya. Tuhan yang menggerakkan hati-hati manusia. Kita ada Allah, sesungguhnya itu adalah lebih bermakna dari segala-galanya.


P/s: Buat adikku syofwan dan amir yang tersayang, setiap yang datang dalam hidup ini pasti bersebab. Kuatkan semangat, yakin dan terus berdoa, Allah pasti bersama.. :)