Monday, June 16, 2014

Kenapa saya menulis Blog??

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di entry ini. Moga shabat-sahabat sihat selalu, amin. in sha Allah.

Pada malam nie terasa sangat tenang. Alhmdulillah, sememangnya ketenangan tu tak dapat dibeli oleh wang ringgit. Terpanggil untuk mengupdate blog nie, pesanan dari seorang yang sangt istimewa dan penting dalam hidup ini juga. Hehe. Terima kasih untuk dia yang selalu ingatkn ana agar sentiasa membantu orang lain walau hanya melalui penulisan blog.



Kenapa saya menulis Blog? Hehe. Kerana terlalu banyak yang ana belajar dan dapat tahu dari BLOg. Terima kasih kepada semua blogger, yang ana kunjungi laman blognya dan bakal kunjungi nanti kerana mereka semuanya membantu dalam diam. Tahu tentang sambung belajar, biasiswa, pengisian rohani, bahkan pengalaman-pengalaman yang sangat hebat dalam hidup2 manusia terutamanya mengenai pergantungan pada Allah sepanjang belajar hampir semuanya ana dapat dari blog. Terima kasih, hanya Allah yang akan membalas budi atas keiklasan mereka berkongsi perkara-perkara yang sangat bermanfaat itu.

Pada permulaan ana menulis blog, serius lamanya spend masa depan laktop sebb budak baru belajar kan. Tapi masa t, alhmdulillah niat dalam hati nie, apa-apa yang ana dapat, ingin ana kongsikan dengan orang lain juga. Alhmdulillah, apabila start menulis entry dan ditanya dan ditanya walaupun soalannya hampir sama, terasa sangat gembira. Gembira kerana dapat membantu hamba Allah yang lain untuk sama-sama berjaya, sama-sama mengejar impian, sama sama mencari redha Allah dengan saling mempringatkan :)

Perasaan berjaya menolong orang di sini bukanlah untuk show off. Pastinya tidak. Perasaan gembira dan puas hati nie xdpat digambarkan dan sebenanya akan menceriakan hari-hari ana setiap hari. Pada masa yang sama juga, menulis blog ini juga preparation yang bagus bagi orang yang meminati bidang penulisan tetapi agak sukar untuk memupuk semangat dan skill dalam penulisan. Believe me. Try yourself ;)



Untuk sesiapa yang sudah lama berniat untuk menulis sama ada blog @ anything, menulislah. Your first step, insha Allah will change everything. Menulislah, ade kalanya perkara yang kita ingin kongsi itu kita rasakan biase sahaja, namun jangan lupa perkara itu juga mungkin sangat bermakna pada orang yang sangat memerlukannya. Berkongsilah dan teruskan memberi dalam diam. Moga usaha yang kecil ini mendapat redha Allah. Ana doakan Allah senantiasa mempermudahkn urusan semua sahabat2. Sharing is caring.




No comments:

Post a Comment