Monday, May 09, 2016

Pengalaman interview DPhil in Medical Sciences, Oxford

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Moga ketenangan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kalian semua.
Terdetik hati ini untuk berkongsi dengan semua pengalaman menghadapi temuduga di Uni. of Oxford untuk 'DPhil in Medical Sciences' pada 3 Mei 2016.

Walau keputusannya masih belum diketahui, saya ingin berkongsi kerana ingin menggalakkan sahabat sahabat yang mungkin selama ini atau saat ini sudah terselit keinginan tersebut, tetapi masih ragu ragu untuk memohon University of Oxford kerana terlalu banyak faktor penghalang terutama faktor kurang keyakinan diri.

Pengalaman interview

Pada 3 Mei 2016, saya datang ke John Radcliffe Hospital seawal jam pukul 11.00 pagi dan temuduga dijadualkan berlangsung pada pukul 2.45 petang di Cardiovascular Clinical Research Facility (CCRF), John Radcliffe Hospital, Oxford . Pada hari tersebut, hanya Allah yang tahu perasaan dalam hati ini, sungguh berdebar, namun kususuli dengan istifar dan zikir, sambil berbisik pada diri sendiri, semua ini dari Allah, yakin dengan janji janjiNYA bagi orang yang berusaha.

Jam 2.45 petang. Saya diinterview oleh dua orang independent panel iaitu Prof Martin Farrell and Prof Jurgen Schneider. Pertamanya, saya dikehendaki membentangkan 'dissertation master' selama 5 minit. Pembentangan tersebut sangat ringkas kerana mereka tidak mahu saya menerangkan secara detail, Selesai sahaja pembentangan, bermulalah otak berfikir dengan ligat untuk menjawab soalan soalan yang ditanya. Saya kategorikan soalan tersebut kepada dua bahagian:

1. Soalan soalan penyelidikan
  • Referring to your MSc project, in short,explain the benefit of your research
  • What is placebo? Referring to your MSc project, how to implement placebo in your research
  • Why we need clinical trials. Give example
  • What is Double blinded. Explain how it works if e.g. you need to add it in your MSc research
  • Referring to your MSc project, how do you categorize the patients in your research. How to identify by looking at the ultrasound images which group they are belong.
  • What you intend to do for your DPhil?
  • What are the apparatus to measure endothelial dysfunction and how?
  • Others questions related to research
2. General questions
  • Why you want to do a DPhil in oxford?
  • Why CCRF, Oxford
  • What do you expect from us
  • What is the biggest challenge in doing PhD
  • Have you discuss on what project to do in Oxford
  • WHat is your MSc result. 
  • Explain the theory of ultrasound
  • How to measure blood using ultrasound - (lots of questions on this topic, hehe)
  • What are other machine or apparatus that can be used to measure blood
Temuduga tersebut berlansung selama 45 minit. Lepas selesai temuduga, saya terasa sangat lega dan tenang. Secara jujur memang banyak soalan yang saya tidak dapat jawab dan jawab dengan tepat, tetapi Alhamdulillah dimaklumkan oleh panel temuduga ada 'keywords' yang betul dalam jawapan yang diberikan.

In sha Allah saya akan berkongsi pada post akan datang berkaitan dengan bagaimana hati saya tergerak untuk memohon Oxford, apakah yang telah saya lakukan, dan bagaimanakah untuk memberi keyakinan kepada diri agar memohon.

Short p/s: Dare to dream big :)

Sekian sahaja perkongsian dari saya yang tak seberapa. Ini adalah sedikit sebanyak pengalaman saya. Mungkin ada orang lain prosesnya lebih senang berbanding saya. Doakan kejayaan saya :) 
Terima kasih semua

Terima kasih Allah. Msc In Medical Ultrasound 2015 di Royal Albert Hall
Kenangan bersama suami tercinta di Imperial College London sempena Graduation day 2016



2 comments:

  1. Assalamualaikum saudari.

    Saya sangat tertarik dengan entri-entri pengalaman sampai dapat masuk ke Oxford alhamdulillah.

    Bolehkah sekiranya saya mendapatkan akaun Facebook untuk saya bertanyakan soalan lebih lanjut in sha Allah?

    Saya boleh dicari di FB menggunakan kata kekunci Farid Majid.

    Terima kasih.

    ReplyDelete