Sunday, August 17, 2014

Burung itu.....

Cerita burung itu



.. Angin petang sepoi2 bahasa menjengah ke pipiku. Alhamdulillah ya Allah, terasa ketenangan ini dalam hati sambil melihat keindahan langit yang tidak putus-putus disusuli dengan kicauan burung-burung yang sedang terbang balik setelah penat seharian mencari makan. Inilah suasana setiap petang di tanah tempatku dibesarkan, Tanah Merah Kelantan. Sesekali kelihatan kucing kesayangan keluargaku, Gemuk ligat bermain di laman rumah. Ya Allah, terima kasih atas nikmat ketenangan ini, bisikku dalam hati.

Akak, cuba tengok burung-burung  yang sedang berkicau terbang tu. Aku mendongak ke langit. Kuat kedengaran kicauan burung-burung itu, mungkin tengah bercakap dalam bahasa mereka, persis hatiku. Ya ayah, semuanya tengah bercakap sesama mereka..hepi gamatnya.. kataku kepada ayah sambil tersenyum.

Ayah memulakan ceritanya.. Ayah masih ingat, dlu ade seorang kawan ayah yang suka menembak burung. Suatu petang, dia berjaya menembak tiga ekor burung. Bila diteliti, ade sekor burung yang agak kosong perutnya, manakala dua ekor lagi penuh dengan makanan.. Terdetik dalam hatinya, tentu sahaja burung yang kosong perutnya akan kelaparan pada malam ni. Entah tidurnya lena atau tidak memikirkan ke manakah destinasinya esok untuk mencari rezeki..Simpati menjengah dirinya. dan akhirnya alhmdulillah kawan ayah tidak memburu lagi selepas itu...

Ayah menambah lagi.. Ayah rasa bunyi kicauan burung sekarang semuanya tengah bercerita sesama mereka apa yang mereka dapat makan hari ini dan ke mana akan mereka pergi pada esok hari. Burung-burung yang kekenyangan kerana berjaya mendapat rezeki yang bnyak mungkin adalah burung yang paling kuat berkicau bercerita.. Kata ayahku sambil tersenyum melihat langit.. Sesungguhnya rezeki itu harus dicari. Rezeki yang halal. Aku juga tersenyum. Mendongak melihat burung-burung yang terbang berpasangan dan berkumpulan di langit. Jarang sekali melihat ade burung yang pulang bersendirian pada petang. Rezeki.. Terbayang di mindaku betapa banyaknya rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita hamba ALLAH. Terima kasih Allah. Teringat aku kepada sepotong ayat al quran:

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).



Dunia adalah satu pengembaraan



Belajarlah dengan semua yang berada dan berlaku disekelilingmu. Belajarlah dengan universiti kehidupan ini kerana sesungguhnya persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara. Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang, bantulah kami. Bantulah kami agar tetap menjadi hambanya yang bersyukur.

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)


Berulang-ulang ayat di atas dibacakan kepada ana oleh seseorang yang penting dalam hidup ini. Hafallah dan bacelah dengan mati hati, katanya. Bila di baca dengan penuh penghayatan, sebak di dada. Kenapa? kerana doa ini adalah satu permohonan, satu rayuan kita kepada Allah sebagai hambaNYA yang sangat lemah tetapi ingin  menjadi hamba yang lebih baik dan hamba yang tidak lupa padaNYA. Jadi marilah kita sama-sama berdoa; ketika berdiri, ketika duduk, senang dan juga susah. Dengan doa, hati akan menjadi tenang. Dengan doa, keazaman ini makin kuat kerana hidup ini milik Allah. Dengan doa, semuanya yang tidak mungkin boleh menjadi realiti.. dan dengan doa, tanda kita hamba Allah yang tidak sombong.

Marilah kita sama-sama menasihati, tolong menolong agar kita lebih kuat di masa hadapan dan menjadi umat berjaya. In sha Allah.

Moga Allah redha :)











2 comments:

  1. Sesungguhnya hidup ini adalah bagi mencari redha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah, terima kasih En Zairi atas ingatan.

      Hidup tenang dengan redha Allah :)

      Delete