Friday, October 07, 2016

Hari kedua di CCRF, Oxford

7 October 2016


Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang telah menetapkan perjalanan yang cukup terbaik padaku pada hari ini dan hari sebelumnya.

Hari ini merupakan hari keduaku. Seusai jam 7.50 pagi aku dah tercegak di CCRF. Jam 12 tengahhari, seorang patient untuk 'screening visit' datang. Lantas aku menjadi pemerhati dan membantu serba sedikit proses tersebut. 'Screening visit' itu merupakan salah satu bahagian yang aku akan jalankan dalam penyelidikan Dphilku dan menjadi pemerhati adalah kerana aku diharap akan dapat mengambil alih tugas mengendalikan 'screening visit ini..

Pemandangan John Radcliffe Hospital
Saat ini aku tengah menunggu bas dengan sabar untuk balik ke rumah dan jumpa suami tercinta. Rindunya..hihi

Secara ringkas kesimpulan pada hari ini:

1. Banyakkan bersyukur walau dalam kepala ini dah overload'.
2. Sentiasa aktif dan proaktif walau hanya menjadi pemerhati. Caranya, banyakkan bertanya dan hulurkan bantuan walau hanya dengan mengambil tisu kepada pesakit.
3. Sentiasa bawa buku kecil ke mana mana untuk nota.
4. Kalau rasa takut, istifar banyak banyak. We will be fine.

All is well


Afifah,
Oxford

No comments:

Post a Comment